Thursday, 17 September 2015

The Making of #ainaalif: Borang Nikah

Assalamualaikum. Wedding lagi 3 hari. Nervous tak? Ok la. Belum lagi. Sebab busy, takde perasaan sangat.

So, borang nikah ni; it can be simple or serabut gila.

Borang ni, kena settle dalam masa 3 bulan sebelum majlis. So, calm your tatas. Opps. Ngeeee~

Berikut ialah untuk pasangan yang kedua belah pihak dari Perak, specifically Ipoh. Sebab I've been told, lain negeri lain procedure.

Saudara-saudari Google je "Borang Nikah Online Perak" and click kepada Google result pertama. Anda akan di direct kepada website Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia
> Daftar
> Isi bahagian berkenaan
> Catat No Rujukan
Home Page Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia
Borang nikah juga boleh didapati di Pejabat Agama Islam Daerah. Kalau feeling oldschool.
Tapi, ustaz kata, kalau online ni, untung ke perempuan. Kalau Cik Abang awak nak kahwin lain, dia isi borang. Straight kita dapat email - untuk awak g ganyang Cik Abang.
*tips*

Chapter 1: Borang Nikah

1. Email akan dihantar sejurus selepas anda mendaftar. Kalau tak ada, sila check spam emails. Most probably ada di sana. Lepas check, jangan tengok saja, Move to Inbox. So, later bila nak refer, tak hilang. Spam emails kan ada lifespan 14 hari je.

2. Semua procedure, lelaki dan perempuan kena lengkap dalam masa 14 hari. TETAPI, setiap kali anda logged in, the days to completion akan di-reset. DAN pejabat agama tak refer to anything pun bila dia terima borang kita. I don't know if it's just me or semua kan.


3. Bagi kedua pasangan dari Ipoh atau Perak. Korang boleh settle kan hal kedua pihak dan hantar borang sekali je. Tak perlu hantar lelaki dulu, then lepas lulus perempuan pula. Nasihat senang dan elak bebelan dari Ustaz juga.

4. Bagi pengantin lelaki, untuk page yang mengandungi bahagian C, D, E (you'll know bila dah start buat; just print everything. Walaupun takde kaitan dengan anda) Tips taknak kena bebel.

5. Lokasi: Takut berbalah dengan pasangan sebab ada 2 pejabat agama di Ipoh ni. Serah borang di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) berdekatan dengan Mahkamah Syariah, di lot kedai. Bukan di dalam mahkamah bukan pejabat di Bank Islam & BSN tu.

6. Pengisian borang nikah. Kami bakal suami-isteri ni panjang akal. Kami serah je borang kat Ayah dan Abah masing-masing. Tiba-tiba, dalam 3 hari. Settle borang bahagian Tuan Kadi or Tuan Imam kena isi. So, save the hassle to meet the old man lah. Dengar cerita dia scary.

7. Borang pengakuan bujang. Apparently, kat Perak tak perlu. Kalau perlu; minta je di HR company. Kalau kerja sendiri, taip dan minta Ketua Kampung sign. Taip apa? Google kan je.

Chapter 2: Ujian Darah

Google: Thalassemia
Buat di Klinik Kesihatan Malaysia. Katanya wajib di situ saja. RM1 je. 
  • Encik Tunang buat di Klinik Kesihatan Tg Rambutan. Masa completion, less than 30 minutes. Result HIV ada atas kad. No siri jelas dinyatakan. Thalassemia test; juga ada bukti black and white yang kita dah menjalani ujian Thalassemia.
  • Saya buat di Klinik Kesihatan Gunung Rapat. Masa menunggu lebih kurang 30 minit. Tiada no siri.  Thalassemia just inform; "Cik bukan pembawa Thalassemia"
  • Ujian Thalassemia tak wajib, tapi better buat. Untuk anak-anak kita juga.
  • Ujian HIV memerlukan setitik darah sahaja, TETAPI jika anda nak buat Thalassemia, dia akan ambil satu tube lah.
Sila buat ujian darah on weekdays, sebab weekends klinik tutup. 

Chapter 3: Total Payment 
  • Ujian darah = RM1/person
  • Serahan borang = RM5
Sebab mention walaupun tak seberapa. Sejak saya settle kan hal kahwin ni, jarang keluar rumah, so, purse pun kosong je. Tiba-tiba Ustaz kata, "Bayar RM5 kat kaunter sana ye." Segan beb nak cakap, "Ayah nak RM5". Nak kahwin, duit takde, puii.. Tapi time tu saya ada duit la. Anjat gegirl. =_="

Chapter 4: Confirm!

Ustaz di PAID akan menasihati anda (atau bapa) untuk call Tuan Kadi 4 hari sebelum majlis, untuk mengingatkan Tuan Kadi kutip borang kita di PAID.

Alhamdulillah, 5 hari sebelum majlis; Ustaz Mazlan yang telah call saya dan confirmkan masa, tarikh, tempat nikah. Sebelum saya sempat nak remind ayah untuk call Ustaz. 

Maknanya? Sayang, kita nikah Sabtu ni ye. *wink* ^_^



p/s: Procedure lain?

Kedah: 
Semua borang kena ada dan settle 3 bulan sebelum majlis. Bukan dalam 3 bulan sebelum majlis. Know the difference.
Pasangan yang nak berkahwin, kena settle kan sendiri, nanti ada misunderstanding di pihak pejabat agama. Dia ingat anda dah kahwin. Aje haghru.

Selangor/Kuala Lumpur:
Adalah sangat normal perempuan tak dapat those statement cards di klinik kesihatan.

Kelantan:
Borang pengakuan bujang tidak diperlukan. Kalau tanya HR, HR pun tanya kita balik

Thursday, 10 September 2015

The Making of #ainaalif: The Wedding Planner & Dewan Resepsi

Dah lama hutang post ni. I just kept thinking; before I tell about this, I should tell about that. Before I share this, I should share that. Anyway, just share lah. Sharing is caring kan.

The Wedding Planner

For wedding planner, I chose to work with Wawa The Wedding Planner. Lokasi seperti dibawah.


Kenapa Wawa The Wedding Planner?

I was doing survey, unfortunately, 4 other Wedding Planner did not attend me and was closed. Ni je yang buka. Cadangan asal juga dari Ekin.

So, pergi sana, dengan Mak. Tengok pakej, tengok baju.

Since pakej pun menarik, dapat offer baju baru pula. Iollz ok je. Lagipun dah penat mencari haritu. If I'm not mistaken, it was about 7 pm hari tu. We are satisfied with the service and pakej. So, why mencari lain kalau hati dah suka kan.

Anyway, pakej termasuk:

  • Pelamin Dewan
  • Sepasang Dress Lelaki + Perempuan
  • Sepasang Dress Nikah Lelaki + Perempuan
  • Make-Up 1 Sesi
  • Red Carpet
  • Walkway Pillars
  • Welcome Entrance
  • Aksesori Lengkap
  • Bunga Tangan + Bantal Tangan + Payung
  • Kasut + Veil
  • Hiasan Meja Makan Pengantin + Kerusi Pengantin 
  • DJ + PA System

Payment. Boleh beransur sampai hari majlis. 


So, ape lagi nak cerita ye? Macam dah settle je? Since dah settle, cerita pasal dewan juga la. Dalam topik kan.

____________________________________________________________

The Dewan

Untuk dewan, kami pilih Dewan Bankuasi Carsem, Kami akan adakan 1 majlis sahaja untuk kedua pihak. So, rasanya Dewan Carsem cukup nak menampung tetamu bagi anak perempuan sulung dan anak lelaki last akan kahwin ni.

Untuk booking, just pergi ke Dewan Carsem dan cari the person in charge. Bilik dia on the left before entrance. Dia akan bagi satu buku untuk booking tarikh. Just tulis nama pada tarikh yang berkenan.

*update* no untuk dihubungi untuk tempahan


*update*

Fees? 
Dewan: RM900 untuk satu hari. 
Khemah: RM200/khemah. 
Anggota RELA: RM120 untuk 2 orang

Settings meja:
Meja Pengantin: 10 orang + Pengantin 2 orang
Meja VIP: 6 meja; 10 orang/meja
Meja tetamu: 30 meja; 8 orang/meja
*Meja tetamu khemah: 5 meja/khemah; 8 orang/meja

Takde gambar pula untuk dewan. 
Ada parking bertingkat dimana tetamu boleh guna.
Ada playground kalau anak-anak nak main.
Tak susah nak cari dari Tol Simpang Pulai. Sesuai untuk orang luar dan orang Ipoh.

Apparently, above are rough figure. I baru balik dari dewan ni. So, figure as below:

Dewan: RM1,300.00
Khemah: RM440.00 (2 set)
Buffet: RM80.00 (2 line)
Door Gift: RM40.00 (2 line)
Alas Meja Double Layer: RM234.00
Sarung Kerusi: RM540.00
Total: RM2,634.00
____________________________________________________________

Sorry kalau entry ni tak menarik & just enough info to share.
Penat buat door gifts. Esok nak fitting baju pula.

Will share about that later.

Sambil-sambil bungkus doorgift; I re-watch My Love From Another Star. Memang kerja lambat siap la kan. Mihmihmih.

*update*

Takkan nak share pasal door gift before majlis? Amat tidak senonoh ye. So, I'll think about what to share lah - other than door gift