Gittew. Tajuk macam buat report untuk Nadia pula.
FAQs sejak intern di PETCO
Q: Seronok tak intern kat PETCO?
A: Seronok. Duduk kat Twin Tower. Colleagues gila-gila, comel, handsome, friendly dan lain-lain yang best.
Q: PETRONAS tuu.. Mesti banyak kerja
A: Actually. Not really. Yang buat busy tu ad-hoc work. Kalau routine work, sebelum lunch dah siap. Lepas tu boleh buat thesis. Sila cemburu. *lebih-lebih lagi Nadzrul yang kerja sampai Sabtu dan Ayu kerja sampai 9 malam. Over tau korang.
Q: Makan mesti mahal kan.
A: Well of course. Tempat tarikan pelancong. Heart of KL.
_________________________________________________________________________________
Makan makan makan.
Last Friday (currently dah Saturday, sebab dah pukul 1234. Fuyoo, cantik no. Awak mesti tau nak masuk blog kan? ehem!).. Last Friday, Sedan and Ayu bercadanglah nak makan kat Kg Baru. Aku dengan Ayu baru je makan kat Kg Baru, tapi, Sedan kan buddies. So, kita pergi la catching up and stuff.
Tunggu Sedan dari Lembah Beringin tu, aku duduk kat office je. Kacau Kak Muni dan buat thesis yang took forever. So, dalam pukul 7pm dah bosan, keluar lah minum-minum. Sampai Sedan text cakap dia dah naik train. Pukul 8 jugak lah. Waktu tu jugak baru diingatkan, Maghrib belum lagi Cik Nena. Pantas ke Surau Suria KLCC tu.
Lepas solat, dah orang tunggu kan, cepat-cepat lah. Boleh pulak buat lawak. Tudung hilang! Nak dekat 10 minit kehulu kehilir cari tudung. Tak jumpa. Nak keluar pun, rasa bogel. Kebetulan, Anis call. Cerita kat Anis, dia boleh bagi idea, 'Along keluar je free hair. Bukan orang tau pun Along pakai tudung.' Membantu sangat. So, dah buntu sangat, mintak tolong penjaga surau. Dia pun tergelak dengan lawak Maghrib ini. Dia pun tolong cari lagi 10 minit. Cari-cari, rupanya ada kat tempat solat tu. Bawah telekung. Patut tak jumpa. Ceit!
Cepat-cepat keluar surau. Orang tunggu kan. Elok pulak, takde number nak explain situation. Maaf ye!
_________________________________________________________________________________
Then, I literally berlari dari Suria KLCC tu ke LRT dan kami bertiga menuju ke Kg Baru. One of my colleagues cakap, yang best Suraya. One of Sedan's friend pun cakap Suraya. So, Suraya lah kami pergi.
Makan macam orang tak makan setahun tu! Habis diet aku!
Nasi putih
Ayam masak halia
Tomyam campur
Sotong goreng tepung
Kailan cendawan
Kerang bakar
Somtam
Pulut mangga
pergh pergh pergh
p.s.: Shaik. Suka hati lah nak letak pasal makanan. Makanan seronok kan.
pp.s: gambar sumber dari Google. Kita kalau dah lapar, tak dan nak bergambar bagai. Terima kasih kepada Instagram yang trending 'tangkap-gambar-makanan-sebelum-makan'. I dapat gambar-gambar ini.
ppp.s.: Welcoming new readers.Hello Azah, Ciku, Akmal, Shaik dan warga-warga yang boleh dan mahu membaca status Lync gua! n_n
No comments:
Post a Comment