Thursday, 22 December 2016

The Making of ainaalif.jr - Third Trimester

Assalamualaikum,
By the time I post this, Alhamdulillah, I gave birth to a beautiful baby boy. Pengalaman mesti la di tulis selepas ia berlaku kan. So, here goes my experience for the third trimester.

Since I've forgotten things, blame my pregnancy brain, I'm referring to Fit Pregnancy and Baby as my guide for this post. 

Braxton Hicks and baby movement
Braxton Hicks, dalam bahasa biasa, perut mengeras. Bak kata my colleague, Zana, masa mengeras tu, baby macam tengah tambah daging (membesar). Perasaan tidak selesa sikit, tapi it'll go away lepas you change position. Duhh. Every pregnant mothers knew this. 

Baby movement pula, bila terasa something kicking dalam perut. At first, I macam geli. Hahaha! Sorry sayang. I mean, it does feel weird. Lepas hidup 26 tahun, tiba-tiba feels like your food kicking you. Tak gila? So, start disini, kebiasaannya, doktor akan suruh kira pergerakkan bayi, those kicks. Pastikan bayi bergerak 10x dalam masa 12 jam. Since I am very forgetful, I've made a personal group, to count these kicks. Nak tahu pukul berapa start, pukul berapa habis, jarang antara satu sama lain dan bila dia aktif.

My baby active dalam pukul 6. A way to say, "Mommy, it's 6pm, ready to go homeeee!" 

Persiapan ke hospital
Macam yang diperkatakan dalam The Making of ainaalif.jr - Second Trimester, kami laki bini dah mulai beli barang untuk ketibaan orang ketiga. I'll share the list in the next post - insyaAllah, this is penting. At least for me, if I have the chance to do this again the first time, I would want to know.

Sakit-sakit di third trimester:
  • Sakit perut - OMG! Dulu I ada online window shopping and this 'supporting belt' was flashed to me. Imma like, 'Hek eleh, amende natang ni. Bawak perut pun tak lalu ke?'. Sekali jadi kat kita, huh! Amekkau. Like seriously, tak larat bawa perut. I remember times, I was holding my tummy macam bawak tembikai.
  • Fatigue - Sangat! Buat menda sikit, penat. Balik lambat sikit, penat. Jalan jauh sikit, penat. Tak buat apa-apa, penat. Selalu je suami balik, tengok I dah tidur. Adeyhh.
  • Backaches - This is too real people! terutama masa baring. Jangan la berangan nak baring biasa, you'll have to lie on your sides, preferably left side (dan ada orang akan argue - sunnah baring belah kanan.) Which is  not wrong - terpulang pada keselesaan.Tengah malam pun I akan bising nak tukar posisi kiri ke kanan sebab sakit okeyyy.
  • Lack of bladder control - so far, masih boleh control, cuma sangat kerap la pergi toilet. Takpe, kemudahan toilet dimana-mana. No biggie. 
My third trimester:
  • You are big! So, people everywhere gives you everything. Want to seat, have a seat. Nak jeruk? Abang bagi diskaun, rezeki anak. Lif hampir terlepas, no worries, ada je tolong tahan. Barang berat, biar suami angkat semua (terima kasih suami).
  • Jaga berat badan - ini sangat penting. Sila perhati berat anda ye. It's true berat semasa mengandung ni bertambah, tapi berat semasa third trimester ni tak patut bertambah banyak sangat. Ini yang terjadi pada saya. Hutang lagi post pasal The Delivery Day.
  • Lawat hospital yang cadang nak bersalin nanti. Ini juga akan di cover dalam The Delivery Day.
  • Prepare to breastfeed. Pergi mana-mana pun, orang akan cakap, susu ibu adalah yang terbaik. Tapi, tak salah nak prepare formula milk. Bukan menidakkan rezeki, cuma kita tak boleh predict masa hadapan kan. Lain kali bebel kat post lain. Maybe juga dalam The Delivery Day.
  • Kaki bengkak like crazy. Rasa macam kaki tu belon. Bengkaknya... Nak jalan pun susah. Mak kata, bila bengkak tu surut, nak bersalin dah tu. First kaki bengkak, I ok je, dia surut. Tak bersalin lagi. Kali ke 2 bengkak, surut je, bersalin terus. Suratan atau kebetulan? Ntah. Tips nya, selalu-selalu tinggikan kaki masa tengok TV. Minta suami tolong picitkan, bagi darah mengalir je.
Oh ya, last. Saya buat monthly checkup di klinik swasta - sebab saya nak scam setiap bulan dan saya takde masa nak ambil banyak cuti. Atas desakan semua yang mengenali diri ini, (termasuk doktor dihospital), sayan telah mengambil keputusan untuk buat juga buku di klinik kesihatan berdekatan. Malangnya, saya telah di tegur (macam marah, tapi nurse muka ada senyum), cakap, "Kalau dah buka buku kat swasta, tak perlu buka buku kat sini dah. Lagi pun dah lewat sangat. Test di swasta dan disini sama je. Nak bersalin nanti, bawa kad ni, serah pada hospital. Doktor tak halau. Melainkan awak ada masalah kesihatan yang kena refer hospital, tak ada keperluan nak buka buku di sini."

So, that's that. Alhamdulillah, journey mengandung 9 bulan. Sekarang, dah jadi Mak saya ni. Hehehe. 



Tuesday, 13 December 2016

Sang Suami

Alhamdulillah pada 19 September 2016, kami telah selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz di hadapan keluarga dan sahabat di Masjid Rapat Setia, Ipoh.

This is my marriage life and I couldn't ask for more.

Dia sentiasa support saya :
- bila saya gembira, dengan melayan cerita cerita saya.
- bila saya sedih, dengan memujuk dan memberi rasional kepada perkara itu (huh. Tak suka, saya sentiasa betul ok.)
- bila saya marah, dengan mendengar dan memahami punca kemarahan
- bila saya mengadu tak suka seseorang, dengan tak suka orang yang sama


Perasaan lepas dah lebih setahun (masa entri ni ditulis dan di-publish) lepas berkahwin ni, emm. Menarik. 

Saya masih rasa macam pengantin baru, setiap hari dia balik, tunggu depan pintu nak peluk cium. Setiap kali saya balik lagi lambat, cari suami dulu untuk peluk cium. Sebelum gerak ke tempat kerja, kacau salah seorang yang tak bangun tidur lagi, yeap, untuk peluk cium dan salam.

Kat luar sana mungkin ada suami yang lebih baik, lebih kacak, lebih kaya, tapi itu bukan suami saya. Suami saya, yang paling saya sayang dalam dunia ni mana ada orang lain yang saya sayang macam saya sayang dia, dialah yang paling baik, paling kacak dan paling kaya dalam dunia.

P/s: Kalau kaya kenapa pakai kereta local? Erm.. sebab aku hidup bukan untuk menunjuk dekat kau atau puaskan hati kau. Apa yang kami ada Allah dah tentukan. InsyaAllah ini yang terbaik buat kami.

Sekarang saya dah 9 bulan mengandung, tunggu masa je budak ni nak keluar. Dia, jadi orang yang.. beyond words can describe. 
- Nak mengada? Silakan, Encik Suami layan je
- Nak berdikari? Silakan, Encik Suami layan dan follow rapat - macam tau kita ni fragile sangat
- Sakit? Encik Suami urutkan, picitkan, cuba fahami sakit tu, cuba bantu mana mampu.
- Sihat? Encik Suami la paling happy.

Kami ni, banyak kelemahan. Kami ni, selalu lain style, minat, kesukaan. But we works.

Suami. Buat kali kedua lepas kahwin, I love you.


Gambar bakal mak bapak budak versi baru nak up

Monday, 21 November 2016

The Making of ainaalif.jr - Second Trimester

The heavenly months.

Second trimester - bulan ke 4,5 dan 6. I feel good, not that fat, yet. Orang pun tak perasan yang I dah mengandung. Hahaha. It's either I'm genuinely fat - sampai orang tak sedar or I hid it well. Bukan cerita malu ke apa, cerita dia, I do not need the 'she's pregnant' look or 'pregnancy cheat' yet. I feel fine.

1 day, I went to Ikea. Faham la kan bila pergi Ikea, mesti la follow the maze kan. Sambil-sambil ambil gambar and berangan. Selepas sehari, balik, sakit perut, sakit kaki. Sakit macam kau tiba-tiba lari 100m takde warm-up. 2-3 hari juga nak sembuh tu. Nak tambah rencah dalam cerita ni lagi, tak tahan sangat, I went to see doctor. Dapat 2 hari MC beb! Doktor buat muka risau, tiba-tiba I pun terlebih risau. He did not prescribe any medications, he said, "just rest, limit walking". And I did that, for 1.5days - sebab ada sales, gila tak pergi sales?? Just did not walk that much la.

Hmmm.. Benda baik ni orang biasanya tak ingat. Ye dak? HAHAHA!

Ok ingat dah. Barangan baby! So, I pun bajet-bajet la nak beli baby stuff, sebab kalau beli semua sekali, sakit juga kan. Kebetulan pula ada Pureen Warehouse Sales and it it amazing! I bought almost everything, botol susu, detergent, baju, pads almost all lah, kat sana. 2 bag plastik besar RM300+ je!

So, nak cerita pasal tips ni, I baru je anak 1, tu pun belum keluar lagi. Tapi benda boleh share kan, why so much hatred. Ok what Hanis Zalikha share stuff dia buat untuk Yusof, sama-sama tahu. Beza dia anak 1 dengan kau anak 5 is - dia kongsi pengalaman dia.

Second trimester, you should:
  • Buy baby stuff sikit-sikit
  • Maybe start a log book on stuff to buy & bought
  • Not walk too much - walaupun digalakkan, fahami badan masing-masing.
  • Elakkan sakit selagi boleh - I had fever and took meds and baby was not as active. Sedih.

Oh, maybe you can join FB groups pasal orang mengandung ni - I join group Info Ibu Hamil. It is helpful, I gain knowledge and sometimes la, not everytime, it's entertaining. 

Ok lagi. Dunia dah moden, you can read eveything on the Internet, baca tapi jangan la percaya bulat-bulat. Manusia bagi kita teknologi, Tuhan bagi kita akal. Apa guna bersama-sama? Petua-petua mengarut, tolong jangan percaya ye.


Sakit-sakit di second trimester:
  • Backache - it's real people! Badan nak tampung baby kan. 
  • Stretch marks - OMG! Can we not have this? Butt, tummy, tight, breast - basically anywhere that expands.
  • Hair growth - OMG-OMG! I thought I am the most feminine girl. Bulu roma kat tangan pun nampak tak nampak. Bila pregnant - poof! Everything is obvious! Rambut juga semakin tebal and I feel hot - not fantastically hot (itu memang), hot-I-constantly-need-kipas/aircond kinda hot.
  • Headache - sometimes. Reasons to sleep in. Yeay!
  • Baby mengeras - quickening/ Braxton hicks - That one time you tummy in weird shape.
  • Skin chages - OMG-OMG-OMG. I had almost never have pimples. I'm that pure. LOL. Tiba-tiba, pimple bersepah. Haih.
  • Varicose vein - yeap. When you are too heavy - this happens. It looks scary but it doesn't hurt.

Masa-masa nak bermanja dengan suami. Walaupun takde alahan or mengidam bukan-bukan. Alhamdulillah. I'm that good dalam psiko diri sendiri. There's always tomorrow. ;)

So kepada bakal ibu, selamat menjalani bulan-bulan ini, semoga dipermudahkan segala urusan sebelum, semasa dan selepas kelahiran nanti. Amin.

Tuesday, 16 August 2016

The Making of ainaalif.jr - The First Trimester

Untuk orang biasa, dan untuk mengelakkan annoying, first trimester atau trimester pertama ialah 3 bulan pertama. Geddit? Tri = three/tiga/3
First trimester, I panggil bulan-bulan lembik dan bulan morning sickness.
I rasa badan sangat lembik, semua benda tak boleh buat, masak pun jarangggg sangat. Sian suami.
Morning sickness pula, for me, Alhamdulillah, at night. So, makan malam, muntah semua. Then boleh tidur dengan selesa. Tak kacau kerja or waktu bekerja. Alhamdulillah.
So, my first trimester happened to be during Ramadan. First day, I puasa, then I muntah semua bila berbuka. Second day, I puasa, and muntah semua bila berbuka. It's like I tak makan 2 hari. So, risaukan diri dan bayi, I ambil keputusan tak puasa sampai ke sudah.
Disclaimer: Sesiapa yang nak bagi ceramah susah nak ganti puasa ape benda, sila PM saya di Facebook. Saya nak tau macam mana komen awak tu boleh mengurangkan hari saya kena ganti puasa.
So, selepas 2 bulan, atas nasihat doktor, saya ke klinik berhampiran, untuk ultrasound. Bagi bakal ibu diluar sana, 2 bulan dah ok nak buat ultrasound. Awal-awal baby tak berbentuk, tak puas tengok. Alhamdulillah, nampak bentuk baby tu. Ada kaki, tangan, kepala, mata, jantung yang berdegup.  Alhamdulillah.
Bab berpantang makan pula, I paling terseksa bila tak boleh minum kopi and makan sushi. Nenas, tebu, durian, I ok lagi.
Nota kaki buat bakal ibu,
1. Mengidam masa awal-awal kandungan adalah sangat merepek. Disahkan doktor. Itu semua hanya nafsu awak dan mengada awak.
2. Nak makan makanan tajam tu boleh, tp jangan la bantai sebiji nenas, satu jug tebu atau satu biji durian. Itu cari nahas namanya.
I think that's about it untuk first trimester ni. Simple je.

The Making of ainaalif.jr - The First Trimester

Untuk orang biasa, dan untuk mengelakkan annoying, first trimester atau trimester pertama ialah 3 bulan pertama. Geddit? Tri = three/tiga/3
First trimester, I panggil bulan-bulan lembik dan bulan morning sickness.
I rasa badan sangat lembik, semua benda tak boleh buat, masak pun jarangggg sangat. Sian suami.
Morning sickness pula, for me, Alhamdulillah, at night. So, makan malam, muntah semua. Then boleh tidur dengan selesa. Tak kacau kerja or waktu bekerja. Alhamdulillah.
So, my first trimester happened to be during Ramadan. First day, I puasa, then I muntah semua bila berbuka. Second day, I puasa, and muntah semua bila berbuka. It's like I tak makan 2 hari. So, risaukan diri dan bayi, I ambil keputusan tak puasa sampai ke sudah.
Disclaimer: Sesiapa yang nak bagi ceramah susah nak ganti puasa ape benda, sila PM saya di Facebook. Saya nak tau macam mana komen awak tu boleh mengurangkan hari saya kena ganti puasa.
So, selepas 2 bulan, atas nasihat doktor, saya ke klinik berhampiran, untuk ultrasound. Bagi bakal ibu diluar sana, 2 bulan dah ok nak buat ultrasound. Awal-awal baby tak berbentuk, tak puas tengok. Alhamdulillah, nampak bentuk baby tu. Ada kaki, tangan, kepala, mata, jantung yang berdegup.  Alhamdulillah.
Bab berpantang makan pula, I paling terseksa bila tak boleh minum kopi and makan sushi. Nenas, tebu, durian, I ok lagi.
Nota kaki buat bakal ibu,
1. Mengidam masa awal-awal kandungan adalah sangat merepek. Disahkan doktor. Itu semua hanya nafsu awak dan mengada awak.
2. Nak makan makanan tajam tu boleh, tp jangan la bantai sebiji nenas, satu jug tebu atau satu biji durian. Itu cari nahas namanya.
I think that's about it untuk first trimester ni. Simple je.

Monday, 8 August 2016

The Making of Ainaalif Junior - The Stick Test

Yes readers. You've heard it right. I'm pregnant. Alhamdulillah. Currently we're at 5th months.

I just nak cerita the journey so far.

So, my period. It has always been late, I don't have perfect 28-day period cycle. Mine like 30-40 days and I'm fine. Sebab, since my period memang lambat, it will come on or earlier within 30-40 days. Until, last April, I suspected that I was late, 1 week later than the late time. I dah pernah jumpa doctor and my mom is a teacher, dan nasihat mereka, tunggu at least 2 minggu lambat then do the pregnancy test sebab awal-awal that stick can't show anything yet or korang dapat result yang blur.

So, I've waited for another week. Suami tak tahu lagi yang period lambat time ni. We ollz buat relax je. Until I became very weak. Sakit badan, sakit kepala, angin, nak demam, you name it lah. Suami belikan ubat-ubat lagi sebab I memang weaklings pun. LOL.

It's that time to test, I bought a RM3 pregnancy test and tested in the office. I am kinda expected to see a double line and that what I saw. A double-line. Perasaan? I'm not sure. I was happy, excited and scared all at the same time. Snapped a picture and send it to suami and he was like, "Apa tu?". I remember he said he was shocked.

Since I did the test at the office dan suami takde time tu, he bought another stick to test. And yeap, more double-line.

Dan sejak hari itu, saya telah berbadan dua dan the journey to parenthood started then.

Monday, 11 July 2016

Emergency Lane

Korang mesti familar dengan kisah 'pembunuh' emergency lane kan?
Tak tahu? Tak Malaysian lah!

Long story short, once there was a huge accident happened and fellow Malaysian uses emergency lane without knowing about the accident ahead and end up delaying arrival of ambulance by 2-hour to the scene and the victim was dead before he reaches the hospital.
Hence, those who uses emergency lane on that day and after is called 'killer'.

Sebagai #teamemergencylane tegar, saya tidak berpuas hati dengan tuduhan ini.
Kami #teamemergencylane ni otak pantas la jugak (ewahh), kami guna emergency lane bila perlu. Kebiasaannya, kami akan muncul pada highway yang mempunyai 2 lane. Kami akan menggunakan lane kecemasan ini sekiranya 2 lane kiri dan kanan TIDAK bergerak selepas menunggu sekian lama.
Kami akan menggunakan laluan kecemasan pada situasi ini. TETAPI, sekiranya terdapat polis, ambulans, bomba atau mana-mana kenderaan kecemasan, kami akan segera masuk ke lane kiri. Kebanyakan kami (saya) juga AKAN memberi laluan kepada penunggang motosikal (yang juga tempat mereka tidak dikhaskan di laluan kecemasan) atas dasar tolak ansur.

Pada pendapat kami (saya), mereka yang mengambil gambar semasa kami menggunakan lorong kecemasan ini adalah mereka yang cemburu dan cramp kaki sebab tak dapat meneruskan perjalanan tetapi mereka tidak mempunyai keberanian (atau kebenaran isteri2) untuk berbuat demikian.

Nasihat saya kepada #teamemergencylane, bawa bertabah. Isu ini masih panas. Hampa wat lek wat pis dulu, esok lusa dah reda, kita claim balik hak kita. Hahaha!

Akhir kata, jangan menghalang lalu lintas. Jadi pemandu dan pengguna jalan raya berhemah. Hati-hati di jalan raya dan rancang perjalanan anda.

*gambar ehsan Google. Iollz takde masa nak tutupkan no plate. Sorry owner, no plat kereta you semua orang tau and buat contoh.

Thursday, 7 July 2016

Telur Ayam vs Telur Itik

Syawal ke-2 2016. Aku tengah tolong mak masak-masak. Hari ni family belah mak nak datang. Mak masak Western gitcew.
Tapi, mak masak juga Gulai Telur untuk anak teruna berdua yang boleh mengamuk tak dapat makan nasi.
Tengah masak tu, mak bagi teka-teki.
"Antara telur ayam dengan itik, mana lagi berkhasiat?"
"Ntah"
"Bahagian telur mana yang berkhasiat?"
"Telur kuning?"
"Betul. Telur mana yang kuning dia lagi banyak?"
"Telur itik"
"Betul. Kenapa orang beli telur ayam? Tak beli telur itik?"
"Sebab murah?"
"Salah. Sebab ayam, bertelur sebiji, riuh sekampung. Itik takde buat promosi, tu pasal orang tak beli telur dia. Kekeke."
Ok mak. You win!
-_-"

Sunday, 14 February 2016

The Making of #ainaalif: Dan lain-lain

These are things I consider luxury mainly because kau boleh dapat yang lebih murah or you can live without it.

Luxury Item 1: Photobooth
I deal dengan @la_passion Instagram handle dia. Sebab? Affordable price dan those yang cakap nak reply Whataapp and actually reply Whatsapp. Korang boleh deal theme nak macam mana dan arrange la dengan source dia kan. Benda boleh bincang.
IG: @la_passion
Nama: Yana
Phone#: 012-597-9124

Di sini, saya juga suka untuk mempromosi encik yang telah buat door gift saya, Encik Hairul. Instagram handle @lovedoorgift. Cumanya, dia specialize in Kuala Lumpur. Kerja kawan kemas dan kreatif. Boleh usha Instagram dia kalau mahu.
IG: @lovedoorgift
Nama: Hairul
Phone#: 011-1531-8740

Sebelum majlis juga, ada sahabat terdekat nak sponsor photobooth dari @waghihphotobooth. Tapi kami tolak alasan, banyak sangat arguement dari kami dan tukang nak sponsor. Kalau ada bajet lebih, boleh usha-usha kawan.
IG: @waghihphotobooth

Luxury Item 2: Wedding Cake
Ni almost wajib la, tapi bila kau mengada macam aku, nak custom made bagai, dia jatuh luxury. Saya pilih Cik Sajidah Shopian untuk kek kahwin. Dia dicadangan oleh Cik Anis Manis dan Cik Azah @azahkitchen dan Nana. Sebab dia? Dia banyak supply kek di kedai area Ipoh, harga affordable. Kelemahan, hang pickup kek sendiri nooh, no delivery. So, gua akan terpikir-pikir keselamatan kek time make-up.

Di sini, saya juga suka untuk mempromosi kawan @ekinishak juga pembuat kek. Kek dia sangat sedap dan cantik! Sebab tak pilih dia? Lambat. Dia dah busy time gua kahwin tu, ada job lain.

Luxury Item 3: Inai
Ini juga almost wajib. Tapi, bergantung pada design, juga boleh menjadi luxury.

Saya telah memilih Cik Fiqa - dimana dia telah di recommend oleh Puan Jue Nidzam, sebab hasilnya sangat halus. Cik Fiqa juga telah membantu saya dan Puan Tira dalam mencari tukang inai last minute time Tira kahwin dulu. Cik Fiqa juga agree untuk ikut design yang saya suka, dan telah berlatih di tangan sendiri sebelum hari sebenar. Comel kan?
IG: @fiqa_henna
Nama: Fiqa
Phone#: 017-539-5236

Option lain: @za_henna_art - jumpa di KTM. Hasil sangat menarik, cantik, halus.
Henna di De Chantek Andaman, Ipoh Jaya. Phone: 017-549-3612

Saya bagi semua yang saya ada. Kot kot perlu.

Luxury Item 4: Hantaran
Oleh kerana kami sudah menghantar barangan hantaran waktu bertunang, pada hari persandingan nanti, barang yang makanan, barangan lama yang di hantar semula. Saja nak buat majlis meriah. Saya telah mendapatkan hiasan dulang mostly di Kraftangan Pengkalan. Staff dia sangat baik dan membantu (sebaik mungkin). Harga juga berpatutan dan banyak hiasan cantik dan up-to-date.

Saya juga telah membeli dulang hantara (sebab anak sulung) dan berharap adik-adik guna la di masa akan datang kan. Alah membeli, bisa memakai. Dulang ni saya beli di OK Bahagia di Jalan Kuala Kangsar. Tapi, last pergi kedai tu da tutup. Or pindah. Di area Jalan Kuala Kangsar juga. So, kalau nak cari kedai pengantin ni, jalan slow, hati-hati tengok kiri kanan. Area ni either jem or lengang (which most drivers will drive macam peleset)

Luxury Item 5: Rings
I'm not at big fans or gold tapi tahu la nilai emas. So, ada la barangan emas yang ayah bagi, cincin pusaka, rasa dah cukup. Tapi teringin nak cincin kahwin ala-ala Mat Salleh kan, so, kami beli di Kedai Emas Raffa di Angsana Mall (previously known as Rainbow, Greentown Mall, UO). Time ni la nak support Melayu. Juga, design dia mostly sangat cantik! Kedai ni di rakemen oleh mak dan rakan-rakan bakal suami.

Pagi saya pergi ke Kedai Emas Raffa dan survey bersama mak. 
In our relationship, kita jarang nak report kita pergi mana to each other.

Petang tu pula, bila dengan Encik Tunang ni, "Kawan saya cakap kedai kat Rainbow, tingkat 1" 
*aku terkebil-kebil tengok dia. Terkejut ada. Excited ada* 
"Mana sayang tau saya pergi survey kat sana tadi? Saya dah jumpa dah cincin saya nak!"

I think that's that for now. Kalau gua ada teringat lagi gua share. Buat masa ni rasa post ni dah berhabuk kat draft. Might as well share dulu.

Happy wedding future brides and grooms!

Life is not just about wedding you know...

... so, where was I?

I checked I was at the last stage of sharing those who are involved in my wedding.

Wedding.. You might have been nauseous by now. Wedding wedding wedding.. Is there anything else??

Anyway, I will post that later.. Let me just whine..

So, there are of course life after marriage. Mine involved, unemployment, full-time housewife, living with the parents and the in-laws, getting the fat I hold on for my wedding in just a month and a job.

Yeap, landed on a job. You can pat me on the back now. C'mon

*pat pat*

Along the way (4 months), there are a lots of issues on the Internet. Duhhh. It would be a very boring day to not have issues.

... and then I realize, does my blog have a theme? Direction? 

Nebby reads blog to research about her sugar glider.
Totty reads and writes blog on her travels.
Loveshak writes about her family.

Me? I like stuff about make-ups, and shoes, and dresses, and movies..

Nah.. I'll just stick to whine. I might not be paid to whine or write but I do remember one of my ambitions was to be a writer or an editor. I'll write and edit my blog posts. That's the best I can do. 

So, they say to do things you like. I'm doing that now.

Thursday, 17 September 2015

The Making of #ainaalif: Borang Nikah

Assalamualaikum. Wedding lagi 3 hari. Nervous tak? Ok la. Belum lagi. Sebab busy, takde perasaan sangat.

So, borang nikah ni; it can be simple or serabut gila.

Borang ni, kena settle dalam masa 3 bulan sebelum majlis. So, calm your tatas. Opps. Ngeeee~

Berikut ialah untuk pasangan yang kedua belah pihak dari Perak, specifically Ipoh. Sebab I've been told, lain negeri lain procedure.

Saudara-saudari Google je "Borang Nikah Online Perak" and click kepada Google result pertama. Anda akan di direct kepada website Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia
> Daftar
> Isi bahagian berkenaan
> Catat No Rujukan
Home Page Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia
Borang nikah juga boleh didapati di Pejabat Agama Islam Daerah. Kalau feeling oldschool.
Tapi, ustaz kata, kalau online ni, untung ke perempuan. Kalau Cik Abang awak nak kahwin lain, dia isi borang. Straight kita dapat email - untuk awak g ganyang Cik Abang.
*tips*

Chapter 1: Borang Nikah

1. Email akan dihantar sejurus selepas anda mendaftar. Kalau tak ada, sila check spam emails. Most probably ada di sana. Lepas check, jangan tengok saja, Move to Inbox. So, later bila nak refer, tak hilang. Spam emails kan ada lifespan 14 hari je.

2. Semua procedure, lelaki dan perempuan kena lengkap dalam masa 14 hari. TETAPI, setiap kali anda logged in, the days to completion akan di-reset. DAN pejabat agama tak refer to anything pun bila dia terima borang kita. I don't know if it's just me or semua kan.


3. Bagi kedua pasangan dari Ipoh atau Perak. Korang boleh settle kan hal kedua pihak dan hantar borang sekali je. Tak perlu hantar lelaki dulu, then lepas lulus perempuan pula. Nasihat senang dan elak bebelan dari Ustaz juga.

4. Bagi pengantin lelaki, untuk page yang mengandungi bahagian C, D, E (you'll know bila dah start buat; just print everything. Walaupun takde kaitan dengan anda) Tips taknak kena bebel.

5. Lokasi: Takut berbalah dengan pasangan sebab ada 2 pejabat agama di Ipoh ni. Serah borang di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) berdekatan dengan Mahkamah Syariah, di lot kedai. Bukan di dalam mahkamah bukan pejabat di Bank Islam & BSN tu.

6. Pengisian borang nikah. Kami bakal suami-isteri ni panjang akal. Kami serah je borang kat Ayah dan Abah masing-masing. Tiba-tiba, dalam 3 hari. Settle borang bahagian Tuan Kadi or Tuan Imam kena isi. So, save the hassle to meet the old man lah. Dengar cerita dia scary.

7. Borang pengakuan bujang. Apparently, kat Perak tak perlu. Kalau perlu; minta je di HR company. Kalau kerja sendiri, taip dan minta Ketua Kampung sign. Taip apa? Google kan je.

Chapter 2: Ujian Darah

Google: Thalassemia
Buat di Klinik Kesihatan Malaysia. Katanya wajib di situ saja. RM1 je. 
  • Encik Tunang buat di Klinik Kesihatan Tg Rambutan. Masa completion, less than 30 minutes. Result HIV ada atas kad. No siri jelas dinyatakan. Thalassemia test; juga ada bukti black and white yang kita dah menjalani ujian Thalassemia.
  • Saya buat di Klinik Kesihatan Gunung Rapat. Masa menunggu lebih kurang 30 minit. Tiada no siri.  Thalassemia just inform; "Cik bukan pembawa Thalassemia"
  • Ujian Thalassemia tak wajib, tapi better buat. Untuk anak-anak kita juga.
  • Ujian HIV memerlukan setitik darah sahaja, TETAPI jika anda nak buat Thalassemia, dia akan ambil satu tube lah.
Sila buat ujian darah on weekdays, sebab weekends klinik tutup. 

Chapter 3: Total Payment 
  • Ujian darah = RM1/person
  • Serahan borang = RM5
Sebab mention walaupun tak seberapa. Sejak saya settle kan hal kahwin ni, jarang keluar rumah, so, purse pun kosong je. Tiba-tiba Ustaz kata, "Bayar RM5 kat kaunter sana ye." Segan beb nak cakap, "Ayah nak RM5". Nak kahwin, duit takde, puii.. Tapi time tu saya ada duit la. Anjat gegirl. =_="

Chapter 4: Confirm!

Ustaz di PAID akan menasihati anda (atau bapa) untuk call Tuan Kadi 4 hari sebelum majlis, untuk mengingatkan Tuan Kadi kutip borang kita di PAID.

Alhamdulillah, 5 hari sebelum majlis; Ustaz Mazlan yang telah call saya dan confirmkan masa, tarikh, tempat nikah. Sebelum saya sempat nak remind ayah untuk call Ustaz. 

Maknanya? Sayang, kita nikah Sabtu ni ye. *wink* ^_^



p/s: Procedure lain?

Kedah: 
Semua borang kena ada dan settle 3 bulan sebelum majlis. Bukan dalam 3 bulan sebelum majlis. Know the difference.
Pasangan yang nak berkahwin, kena settle kan sendiri, nanti ada misunderstanding di pihak pejabat agama. Dia ingat anda dah kahwin. Aje haghru.

Selangor/Kuala Lumpur:
Adalah sangat normal perempuan tak dapat those statement cards di klinik kesihatan.

Kelantan:
Borang pengakuan bujang tidak diperlukan. Kalau tanya HR, HR pun tanya kita balik

Thursday, 10 September 2015

The Making of #ainaalif: The Wedding Planner & Dewan Resepsi

Dah lama hutang post ni. I just kept thinking; before I tell about this, I should tell about that. Before I share this, I should share that. Anyway, just share lah. Sharing is caring kan.

The Wedding Planner

For wedding planner, I chose to work with Wawa The Wedding Planner. Lokasi seperti dibawah.


Kenapa Wawa The Wedding Planner?

I was doing survey, unfortunately, 4 other Wedding Planner did not attend me and was closed. Ni je yang buka. Cadangan asal juga dari Ekin.

So, pergi sana, dengan Mak. Tengok pakej, tengok baju.

Since pakej pun menarik, dapat offer baju baru pula. Iollz ok je. Lagipun dah penat mencari haritu. If I'm not mistaken, it was about 7 pm hari tu. We are satisfied with the service and pakej. So, why mencari lain kalau hati dah suka kan.

Anyway, pakej termasuk:

  • Pelamin Dewan
  • Sepasang Dress Lelaki + Perempuan
  • Sepasang Dress Nikah Lelaki + Perempuan
  • Make-Up 1 Sesi
  • Red Carpet
  • Walkway Pillars
  • Welcome Entrance
  • Aksesori Lengkap
  • Bunga Tangan + Bantal Tangan + Payung
  • Kasut + Veil
  • Hiasan Meja Makan Pengantin + Kerusi Pengantin 
  • DJ + PA System

Payment. Boleh beransur sampai hari majlis. 


So, ape lagi nak cerita ye? Macam dah settle je? Since dah settle, cerita pasal dewan juga la. Dalam topik kan.

____________________________________________________________

The Dewan

Untuk dewan, kami pilih Dewan Bankuasi Carsem, Kami akan adakan 1 majlis sahaja untuk kedua pihak. So, rasanya Dewan Carsem cukup nak menampung tetamu bagi anak perempuan sulung dan anak lelaki last akan kahwin ni.

Untuk booking, just pergi ke Dewan Carsem dan cari the person in charge. Bilik dia on the left before entrance. Dia akan bagi satu buku untuk booking tarikh. Just tulis nama pada tarikh yang berkenan.

*update* no untuk dihubungi untuk tempahan


*update*

Fees? 
Dewan: RM900 untuk satu hari. 
Khemah: RM200/khemah. 
Anggota RELA: RM120 untuk 2 orang

Settings meja:
Meja Pengantin: 10 orang + Pengantin 2 orang
Meja VIP: 6 meja; 10 orang/meja
Meja tetamu: 30 meja; 8 orang/meja
*Meja tetamu khemah: 5 meja/khemah; 8 orang/meja

Takde gambar pula untuk dewan. 
Ada parking bertingkat dimana tetamu boleh guna.
Ada playground kalau anak-anak nak main.
Tak susah nak cari dari Tol Simpang Pulai. Sesuai untuk orang luar dan orang Ipoh.

Apparently, above are rough figure. I baru balik dari dewan ni. So, figure as below:

Dewan: RM1,300.00
Khemah: RM440.00 (2 set)
Buffet: RM80.00 (2 line)
Door Gift: RM40.00 (2 line)
Alas Meja Double Layer: RM234.00
Sarung Kerusi: RM540.00
Total: RM2,634.00
____________________________________________________________

Sorry kalau entry ni tak menarik & just enough info to share.
Penat buat door gifts. Esok nak fitting baju pula.

Will share about that later.

Sambil-sambil bungkus doorgift; I re-watch My Love From Another Star. Memang kerja lambat siap la kan. Mihmihmih.

*update*

Takkan nak share pasal door gift before majlis? Amat tidak senonoh ye. So, I'll think about what to share lah - other than door gift

Monday, 24 August 2015

The Making of #ainaalif : The MUA

Google : Ida Kaiza

Google Result for Ida Kaiza

Now, wouldn't it easy to be recognize and have a unique name?
For MUA untuk hari pernikahan, I chose Cik Ida Kaiza. Cik ni disarankan oleh Totty (abuden?). Kebetulan pula, one of my friends, juga menggunakan khidmat dia untuk majlis pertunangannya. So, more reason for me to trust my choice.

Antara yang best dengan akak ni; see Google Search No 1 tu, it directed to her blog where all the calendar booking for the year. Before korang nak kacau akak ni, check her calendar and ask. Wouldn't that eliminate all the hassle. Dunia di hujung jari bro.

19 Sept 15 - Mine
Terima kasih juga Kak Ida update calendar tu.

Untuk mekap hari perkahwinan pula, saya guna khidmat yang disediakan di butik pengantin je. Dalam pakej. Butik ini dan MUA nya di sarankan oleh Ekin Ecane. And that should be my next topic. 

The Wedding Planner.

This is a short post. So, I'll end with pictures of my friends. Untuk tatapan saya, bakal pengantin dan bakal customer Ida Kaiza? Mungkin.

Till next time.

Disini bermulanya sebuah cinta #ainaalif.

Pieja on her E-Day by Ida Kaiza
Ekin Ecane
Kiri - Nikah & Kanan - Persandingan
by Wawa the Wedding Planner
*update - after party*

Kak Ida did my solemnization make-up. Aku rasa, tujuan utama makeup adalah untuk nampak cantik dalam gambar, sebab aku rasa aku buruk gila IRL (in real life); tengok gambar, Imma like, "Omaigoshh! Is that meee? Really?!! I'm that prettyyy?!" Macam tu la..

Since aku taknak cukur kening - soalan pertama Kak Ida haritu. Kak Ida decide untuk glue kan kening aku. So, jadi nipis. Tapi bila nak cuci, seksa. Ke ada tips cuci yang aku tak tahu? Tobek jugak la kening.

Abaikan gemuk tu.
Nampak tak kening nipis tetiba?!
For Wedding Day pula, I dah engaged with Wawa The Wedding Planner. So, makeup by Datin Wawa herself. I insisted days before nak MUA perempuan, sebab nak ambil solat sebelum majlis. Alhamdulillah dapat.

Maaflah. Gambar before tu, tu je paling buruk. Mak tengok pun gelak! Hahaha!
Sedih juga saya melihatnya. Tapi nampak la kesan mekap tu kan.
Di fahamkan, Kak Ida juga antara MUA Wawa ni. So, kalau bertuah, minta la dia mekapkan anda kalau ambil pakej di Wawa.

Highly recommended!!
Ida Kaiza
017-647-2363
Blog: Ida Kaiza

Wednesday, 19 August 2015

The Making of #ainaalif : Kad Kahwin

Previously on The Making of #ainaalif; Our Engagement followed by Introduction to the wedding.

Next up: Kad Kahwin.

Source: IG @pameranpengantinmalaysia
Al-kisah, awal tahun ni (2015) ada Pameran Pengantin di SACC Shah Alam. I went for the first time, saja tengok-tengok and I fell in love. Tapi waktu tu, belum lagi nak kahwin (dah la, belum start enjin what-so-ever lagi). So, chillax lah. Bila tahu the next event, terus mark calendar, clear the schedule for at least 2 days. You know, great deals demand great attention. Kena fikir baik-baik. Semua pakej macam lumayan.

So pada bakal pengantin, boleh la follow Instagram: @pameranpengantinmalaysia and keep updated lah. Kalau orang KL-Selangor senang nak deal sebab most vendors from there. Kalau orang luar, boleh deal stuff yang sekali kerja, macam door gift or photographer or in my case, kad kahwin.

Pada hari berkenaan, memang banyaaakk booth yang buat promosi kad kahwin. Ada yang se-grand alam, ada yang se-simple alam. Depends on wants and budget la kan. I have always wanted a kad kahwin yang sekeping je. Depan details pasal majlis perempuan, belakang details pasal majlis lelaki. Siap. And ada je yang promosi macam tu. 

What caught my eyes was the deal from Mesra Kad Kahwin. And I've been eyeing on these for 2 years tau. Ingat nak deal so that they follow my demands, last-last I yang terfollow their package which includes:
  • 1000 800 pcs kad kahwin 
  • 1000 800 pcs envelope bercetak
  • 1000 300 pcs kotak door gift kecil or 400 pcs kotak door gift besar
  • 2 4 pcs bunting
  • 4 pcs arrow signs
  • 1 pc guest book
  • 20 pcs button badges
  • 1 pc photobook
  • 1 pc canvas
Price: RM890 je! Ok, I rasa murah. Tengok la dapat apa beb? Anyway, kami tak ikut pakej 100% pun. Kita boleh tukar quantity as advised. So, quantity kami in purple

Payment pula: Booking terpulang, first deposit (bagi info) RM200, second deposit (for them to start printing) 20% and balance upon pickup last item.

Since ada je item for before and after wedding, ada la tinggal sikit commitment balance.

Artwork? I can't share all, but I can share my wedding card. InsyaAllah after majlis I will posts the other pictures lah. I need those surprise elements for my wedding kan. 

Kad Kahwin & Envelope bercetak
For this particular package, you can choose from 7 designs. Ada banyak design lain kalau taknak ikut pakej ni. I thought this package on that day je. Rupanya, kalau pergi kedai, mungkin juga akan di promote pakej ini. 

Place / Lokasi kedai: Wangsa Walk Mall, depan FOS sebelum Food Court.

Oh. Tips Bakal Pengantin & parents.
Kalau nak post kad, better guna sampul surat kosong instead of sampul bercetak ni. It will cost more on the postage stamp. 

That's that for kad kahwin. Next I might be sharing about MUA. Since her FB page keeps popping up on my News Feed. Petanda suruh share la tu.

Till next time.

Disini bermulanya sebuah cinta
#ainaalif

Tuesday, 18 August 2015

The Making of #ainaalif : Introduction to the Wedding

InsyaAllah, kami akan bernikah pada 19 September 2015 dan majlis untuk kedua pihak lelaki dan perempuan akan diadakan pada 20 September 2015 di Dewan Carsem.

Let's talk about our journey to get there.

1. My guide
Macam Pandu Puteri pula. Nope, saya team St John waktu sekolah dulu. So, nak kahwin ni langkah yang besar. Saya pun antara orang awal yang kahwin di kalangan kawan rapat. So, macam blur. Kakak pun takde nak tolong. Tiba-tiba cari semua kawan yang dah kahwin. 

One of them, dear Totty. Terus WhatsApp tanya kursus kahwin and nasihat-nasihat yang perlu. Totty pulak creative orangnya, so, apa-apa panduan warna tak tahu, tanya dia, and I follow je.

Kedua Ekin Ecane nama Facebook dia. Dia invite kita ke wedding dia and her wedding day seems magical, so, macam tertarik and terus bertanya-tanya apa yang patut. Like, her wedding planner, her make-ups and stuff.

Next, Moon. Yang ni macam pelik, I've been telling the whole world I'm getting married, tiba-tiba dia message me on Facebook and bagi tahu what to do. Tiba-tiba she's getting married before I am. Alhamdulillah majlis dia baru selesai 8 Ogos 2015 yang lepas.

Turut membantu, Chico. Ni power, bulan November 2014 kata, "I nak kahwin" the next thing, "Datang lah wedding I Februari nanti". His wedding cake is amazing and I pun bertanya-tanya juga pada dia.

2. Kursus Pra-Perkahwinan
Cik Anis teman saya dan Encik Tunang ke kursus kahwin.
Untung hang takyah pergi lagi nanti.
Kursus ini wajib bagi pasangan Muslim yang akan mendirikan rumah tangga. Kami pilih Hasani Kursus Kahwin. Siapa orang Ipoh, memang ini lah tempat pertama dalam otak bila cakap pasal kursus kahwin. It may sounds weird, tapi memang dari sekolah rendah bincang dengan kawan akan ke sini.

Step 1 : Daftar online di http://www.hasanikursuskahwin.com/
Step 2 : Bayar yuran RM80 je. Yang daftar online, akan dapat email and proceed to online banking lah.
Step 3 : Hadiri kursus 2 hari (Sabtu dan Ahad).

Minum pagi disediakan. Makan tengah hari sendiri. Kursus habis pukul 4 petang.
Yang perempuan sila pakai baju kurung kalau taknak kena perli dalam kelas.
Macam yang semua tahu, kursus kahwin mestilah 18SX kan. So, prepare lah mental anda. Prepare fizikal juga bagi siapa yang dah lama tak pergi kelas, kena duduk dalam kelas 2 hari.

Sijil kursus simpan baik-baik. I almost lost mine. Alhamdulillah tidak.

3. The bible
The Guide to be Bride Bible.
No no no. I am still a good Muslim. This is just a phrase I use to describe my book - Guide to being Bride. I have this habits of collecting note books particularly ones with bright colors, sekarang baru tahu gunanya. So, berguna juga la.

4. The discussion
So, pada suatu hari ni, Encik Tunang cakap, "Jom minum-minum. Bawa buku kahwin juga, boleh bincang". I remembered clearly it was almost 6pm that day. We went to #rowcome Cafe. Masakan panas pun belum ada lagi. We talked, and talked, and talked, and sorted out everything sampai bateri phone masing-masing dah nak mati. Sampai parking kereta tukar 2 kali (sebab keluar solat). Sampai pukul 12 tengah malam.

Alhamdulillah, that talk. We almost settled out everything. Dah nampak jalannya. Dah nampak majlis nya sipi-sipi. Dan juga, dah nampak lebih lagi, Encik Bakal Suami ni, macam mana orangnya.

And I fell in love with him again.

So, that's that for The Making of #ainaalif : Introduction to the Wedding. InsyaAllah I will share the details and where I got what in future posts. Since dalam gambar ade pasal kad kahwin. Maybe I'll share that next.

Until next time. Assalamualaikum.
Disini bermulanya sebuah cinta #ainaalif

Sunday, 16 August 2015

The Making of #ainaalif : The Engagement

So, among all those hatred posts I've posted, I did tell that I'm engaged. Subtlely. I guess? In the blog titled Duka vs Suka.

Alhamdulillah, pada tanggal 27 Disember 2014, saya telah menjadi Cik Tunang kepada Encik Tunang. 

I don't know about anyone else, for us, we decided the date we planned to get engaged and married  first and then tell our parents. The parents meet up, and the ceremony is to make things official.

*FYI: Non-Malay reader; in Malay culture, we planned to get engaged. It's a ceremony on it's own. In Islam, (correct me if I'm wrong, when a couple agrees to marries each other, then they are engaged. Like in the movies, guys goes on one knees and proposed*

So, pada 27 Disember 2014 tu, hari Sabtu, we held a simple engagement ceremony. I will disclose what we did make that day a beautiful day. We call it perfect and we wouldn't want otherwise.

1. The hantaran
Kami berbalas hantaran pada hari pertunangan. Cadangan nya, pada hari perkahwinan nanti, either tak ada hantaran or letak balik hantaran tunang. So, hantaran di tekankan lebih pada hari pertunangan ini. Cadangan hantaran 7 balas 9 dulang. 7 dulang barangan perempuan, 9 dulang barangan lelaki.

*FYI: Hantaran biasanya nombor ganjil yang bermula dari 5vs7, 7vs9 and so on. Kebiasaannya angka besar tu barangan lelaki.

Hantaran Lelaki vs Perempuan.
Budak tak termasuk. :p
L1 : Tepak Sirih
L2 : Beg
L3 : Kasut + Tali Pinggang
L4 : Sepersalinan baju Melayu
L5 : Perfume
L6 : Buah - buahan
L7 : Buku Ilmiah
L8 : Jam + Wallet
L9 : Sejadah + Songkok

P1 : Tepak Sirih
P2 : Cincin
P3 : Kasut + Jam
P4 : Kain Ela
P5 : Perfume
P6 : Telekung + Sejadah
P7 : Coklat + Buah




Hantaran kami siapkan sendiri. Cumanya, Encik Tunang ni, anak terakhir yang kahwin, tenaga kerja dia hebat dan berpengalaman, hantaran dia sangat meriah and I love it! Saya pula anak pertama yang akan berkahwin, so, kami guna konsep simple - and it really is. And, walaupun katanya nak bagi kepada pihak lelaki 9, end up bagi 11 dulang. Sumbangan dari tetamu.

2. The jamuan
Seperti yang saya katakan, saya anak pertama mak ayah yang akan berkahwin. Anak perempuan pula tu. So, ayah macam excited dan adakan jamuan for 100 pax. Makanan kenduri biasa, I was full with butterflies, I did not eat during the cermony lah. I ate after. Mihmihmih. And if anyone knows ayah better, yes, there.is.satay! Yey! How can you not love the majlis with satay??

3. The make-up
Al-kisah, Anis, my dear sister pernah belajar mekap di satu spa di Ipoh Jaya ni. So, we went there to 'survey'. My budget was RM150. Baru nak bincang, ada MUA tu buat freelance. So, got her number and she did my makeup for RM100 only. Memang grab it lah kan. But, I did not like it. My eyes were too heavy, macam night make-up and dia nak buat sanggul I tinggi. I tak suka. I will not recommend her. Just in case orang terambil or terconsider dia. Her name, Sharifah Mashitah.

4. The photographers
Encik Tunang yang cari ni. Kawan dia. Alus. Facebook Fairus Sofian. Orangnya baik, mudah mesra dengan crowd, so, tak janggal nak bergambar. Seronok ada. Unofficial aka friend photographer, Totty. I just love her pictures and nak buat majlis meriah, got her. Datang, sorok handbag, terus bersilat, "Ok siap siap, act natural, nak amek gambar"

5. The cake
Cake dari The Coffee Beans and Tea Leaf - gitcew nama panjang. Suka kek ni! Cantik and tasty! What more can I ask from a cake?

6. The door gift
I rasa ni macam tak perlu. Tapi, anak-pertama-perempuan, so, perlu. So, we got a bahulu for the tetamu. Got from Kak Ju in Bangi. Design of the box boleh pilih and please confirmkan awal. You know how things happened. We got a little hiccup along the way but it turns out alright. Her number 013-227 1416 Kak Ju. Hope she didn't mind little feedback. Encik Tunang juga telah menambah sepaket coffee from Oldtown White Coffee and pocket calender. Juga disertakan a little sticker to emphasize the day.

7. The guests
Disini nak memohon maaf ada kawan-kawan yang marah sebab tak ajak. Truthfully, we are under quota. Lagipun, tunang je. So, I just invited closed friends and closed-by friends. Just a few yang baik hati datang dari jauh. For that, I love you lah.

Nebby, Nana, Jue, Nena, Jem, Tira, Totty
Not in picture: Sedan, Ayu, Hisyam & Ekin
8. The hand bouquet
I love Q's graduation bouquet and I want that. Thing is, hers is in purple, I got mine in yellow and white. Ok la. Got mine in Pasar Besar Ipoh. There's few kedai bunga and they can make a bouquet for you then and there. Kalau nak tunggu la. Tiba-tiba jadi minah bunga, suka semuaaa bunga.

9. The baju
Can't believe this appears not in the earlier number. Anyway, baju dibeli di Angsana Mall or Greentown Mall or Rainbow. Ada satu butik corner lot before Nagoya. Banyak choices and murah! Banding dengan gerai-gerai lain, same pattern, mine is RM170 yang lain jual RM400. Choose wisely people.

10. The mini pelamin
Pelamin mini, yeah - none. So I'm not fond of that. Motonya, show less now and wow them on the wedding day. Kalau semua nak tunjuk sekarang, jenuh nak keep up on the wedding. :p

So, I think that's that. Right after the ceremony, Encik Tunang bagi WhatsApp, "Wasn't it perfect?"
Indeed it is.

Apart from sharing my life event, post ni juga nak promote stuff and guide brides to be. And for my memories and my children's. InsyaAllah.

Disini bermulanya sebuah cinta. #ainaalif


Thursday, 11 June 2015

Sorry.. We are not looking for you

Job Interview
Dear Miss X,
Thank you for coming for the job interview. Regret to tell you that you did not make it. We are looking for a male for the position. Good luck!

Modelling
Miss X, you have exotic feature and everything we're looking for but I'm afraid you are too small for this industry. Good luck!

If you know what you're looking for, why give hopes and break it in the end?

Is it fun to play with people's hope?
Is it fun to play with people's feeling?

People got nervous and prepped everything for the interview.
People studied and practice to be a model.

Just to hear you say,
"Sorry, you did not make it, we're looking for people like you but not you. Good luck"

Pffftttt..

xoxo,
Nenas

Monday, 18 May 2015

Of Organizational Structure and Selfie

Pada pandangan saya, yes, Malaysia and UiTM specifically too strict. Pakai baju biasa tak boleh masuk dewan, selfie kena gantung setahun.

Waktu belajar subject International Management dulu ade cakap pasal Organizational Sturucture, and UiTM & Malays tergolong dalam Tall Organizational Structure. (Kau carut ape Aena?). 

Well, dalam organisasi Melayu, orang ada pangkat tu gah sangat dibanding orang biasa. Tu yang nampak kita dimarah bila panggil seorang yang berpangkat Doktor, Encik/Sir. Protokol sangat ketat, itu tak boleh ini tak boleh. This may not be a good thing but it is a thing. 


Ok hal selfie tu, kalau kau kat tempat Pro-Censellor (correct me if I'm wrong) tu, tiba-tiba ada budak selfie, dengan kau tak ready-nya, ada 20juta budak beratur nak ambil scroll, aku dah penat berdiri and majlis ni boring. Tanpa minta kebenaran (I assume so sebab muka budak tu sorang yang eksited), kau bergambar dengan dia. Kau selfie bersama dia dalam gambar.

Kau pikir?

Yes, then to justify your dah-tau-salah-tapi-ego thinking, kau attached gambar orang luar negara boleh, Obama pun wat lek wat pis je. Kembali kepada Organizational Structure which they are of Flat Organizational Structure - semua orang sama, kau panggil Obama pun guna nama. And, permission, they were smiling broadly in the pictures attached. I assume they asked permission before the selfie took place.



p/s: Walaupun aku tak pernah grad kat UiTM Shah Alam tu, aku ada dengar cerita yang graduates buat hal, SELEPAS dapat scroll. Menari what-so-ever.

BTW, Najib pun selfie dengan Obama.

Tuesday, 3 March 2015

Hectic Week

Pameran Pengantin Malaysia 2015
Tempat : SACC Convention Centre
Tarikh: 27 Feb - 1 Mac 2015
Tarikh pergi: 28 Feb 2015
Tarikan: Pakej perkahwinan menarik (Wedding Planner, Katering, Door Gift, Kad Kahwin)
Misi: Pakej Kad Kahwin
Status: Kawtim. Dah book harga. Tunggu proceed.

Finalize Dewan Kahwin
Tempat: Ipoh
Masa pergi: 1 Mac 2015, 8.30 pagi
Misi: Look around, finalizes arrangement in the hall, table cloth, etc.
Status: Booked! Next Wedding Planner buat. Supervise je.

Kenduri Hery & Zety
Tempat: Teluk Intan, Perak
Masa: 1 Mac 2015, 1 tengah hari
Misi: Mingle around in others' wedding so that they come to my wedding. Miahahaha
Status: Complete with flying colors! The day was darn hot! I got headache. Thanks Nebby for driving till Sg Buloh.

Tira admitted to hospital
Tempat: HKL
Masa melawat: 1 Mac 2015, 5.30 petang
Misi: Melawat Tira dan bebel what she should do. Ehem. Been there done that.
Status: Tira still sakit. Thanks Nana teman Tira sepanjang di hospital. Mana nak dapat kawan baik macam ni?

Dinner with Kyotocol
Tempat: NYSS, Mid Valley
Masa: 1 Mac 2015, 8.30malam. Sampai pukul 9.00 malam. Sorry!
Misi: Catch up with Jamirul. Lama betul tak loqlaq dengan dia nih!
Status: Jimmy masih sama. Alhamdulillah. And I got Jamie Oliver knives from UK! Thank Jimmy!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

What happened next was so stressful just thinking out it make me stressed out. So, I'm just going to pretend that did not happened and continue my hectic week as it is. Hope I can calm down and sort everything out by this week. Amin!

Ok makan!

Thursday, 19 February 2015

CNY 2015

Alhamdulillah, Chinese New Year tahun ini diberkati.

 Jeng jeng jeng. 

Diberkati guane? 

Well, diberkati dengan kasih sayang seisi keluarga. Bila mana semua adik- beradik pulang ke Ipoh.

Aena dari Shah Alam.
Baeh dari Melaka.
Anis dari Tapah
Awe dari Perlis.
Jauh anak mak-ayah semua, semua balik CNY ni.

Aku tak tahu family lain bonding time macam mana; but ours, melalui kuaci.

Cerita dia, ade kuaci tersepah. Haruslah aku menjerit suruh kemas kan. Then sorang-sorang datang. "Kemas" dengan memakan kuaci yang sepah dan tidak.

Hehehehehe.

Masa tu jugak la segala topik mak nenek keluar dan bincang. Tidak lupa juga topik mengutuk sesama sendiri dan belagak dengan kelebihan masing masing. Apa ada hal. We brothers and sisters maa.

So, wishing you a Happy Chinese New Year. May your year filled with joy and blessings.

Gong Xi Fa Cai.
Xinnian Kuaile.

Ni kuaci sengaja disepahkan sebab nak makan