Puii! Hang cakap pandai Aena. Hang tengah duduk sejuk jugak macam deme, tapi hang sejuk air-cond, kerusi empuk, ada shawl cover badan. KAPDAI (cakap pandai).
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
FB Post dari seorang sahabat. Hmm. |
Macam mana nak cakap ye? Emm.. Bila dapat tahu yang banjir melanda Pantai Timur, jujur cakap, sedikit pun saya tak terjejas. Yelah, tak rasa kan. Tapi, sebagai salah seorang ahli group WhatsApp, sedikit sebanyak saya terasa jejasnya. Kenapa? Sebab, group tu, group FAMILY. Family saya, keluarga belah ayah yang berasal dan menetap di Kelantan. Kemudian, sedar diri, ramai kawan-kawan yang dari Kelantan, Terengganu, Pahang. Sedikit sebanyak, saya berasa risau.
Risaukan keadaan mereka.
Tetapi, kehidupan masih perlu di teruskan.
Berdasarkan FB post diatas. Hmm.
Pada 27 Disember 2014, suatu majlis keramaian berlaku di rumah saya. Keadaan sungguh meriah, majlis berjalan lancar, majlis sangat sempurna. Saya telah bertunang pada hari tersebut.
Jadi, salahkan saya? Berdosakah saya?
Pada pandangan saya, tolong lah mana perlu, mana patut, mana boleh. Kalau saya duduk atas tikar sejadah sehari semalam bermalam-malam, berdoa untuk Tuhan selamatkan mereka, tak kenyang pun mereka disana. Biarlah saya sedekahkan 2tan barangan keperluan, mereka mungkin tidak dapat bantuan itu serta merta.
Ketahuilah doa saya sentiasa untuk mereka tetapi saya juga ada kehidupan yang perlu di sempurnakan.
No comments:
Post a Comment