Wednesday, 11 September 2013

Amendedowh? IntroYourDuce.

Situasi : 10 tahun akan datang. Di rumah. Tengah godek PC, tengok gambar lama dalam HDD yang masih elok okey. Dengan, sahabat baik, Nebby lah. Terjumpa gambar ini. 


Ini lah kawan-kawan kita kat PETCO. Dari kiri, Akmal, Azah, Fian, Jean & Olan. Time ni, Azah nak jugak pergi ice skating. So, kita pergi la. First time la keluar bersama-sama, berkenalan berapat-rapat. Gittew. Terima kasih la Azah, perancang masa hadapan.

Haa? Ape dieorg tengah buat sekarang?

Akmal tu, dah kahwin, anak nak masuk dua dah. Hidup suda senang, gaji botingkek-tingkek. Tak kerja kat sanadah, kerja tempat gaji lagi besar lah. Dulu, selalu stress. Sekarang dah ok kot, ade orang jaga kan.

Azah, pun duit botingkek-tingkek. Kahwin dengan abang askar. Waaa.. Rumah dah ada la kan. Pandai jimat ini orang, semua dia nak, semua harga diskaun. Pandai cari. Cerewet orang nye, nak yang perfect saje. Takpe la, puas hati. Ye dak?

Fian, hahaha. Tengok gambar, basah lenjun kawan. Asyik jatuh je. Olan la salah satu sebab jatuh, Olan tak balance, peluk Fian, jatuh kawan. Ceit. Dia ni pun Alhamdulillah, senang hidup. Chill chill gitu, senang dah hidup nye.

Jean.. Dia dah pakai tudung, tu gambar ade smudge sikit. Kawan dah berubah kan.. Takkan nak dedahkan gamba dia dulu-dulu. Cantik Jean pakai tudung, tak pakai tudung pun cantik jugak.

Olan ni haa, acah acah pemalu orang nya. Tapi dia ganas sangat. Tak sesuai uollz. Dia punya curiousity tu, tinggi sangat, susah jugak kekadang. Tapi takpe la kan, dia dah memang macam tu. Iollz orait je.


Ni pula time aktiviti seterusnya. SkyTrex. Ini idea Azah (lagi), Fian and Olan kot. Tiba-tiba pagi tu kita dapat call dari dieorg ni, nak SkyTrex. Sebab tu lambat sikit buat thesis dengan Anep and Kecik. Sorry boys. Tapi sumpah mende ni seronok. Lepas tu, kita ade la pergi lagi. Dengan kamu (Nebby) kan. Sedan and Ayu pun jugak. Oh, tambahan, si botak tu, Ciko. Baru masuk geng. Huntunglah, ada Exec dalam geng. Kenapa nak geng dengan kita pun tak tahu. Dalam ni, Akmal takde. Tak dapat kejut katanya. Pagi kan.


Ni pulak masa jamuan raya. Handsome kan kawan-kawan kita. Cantik kan kawan-kawan kita. Nak tangkap gamba full semua ada, memang susah. Gambar ni Fian pula takde. Nak buat macam mana, geng 7 orang, 7 kepala berbeza. Susah la. Ciko ni buat rosak gambar kan. Ishkk.. Spoil betul!

Itu lah kawan-kawan kita masa intern dulu. Ini la kawan gelak, ini lah kawan gaduh. Padan muka kan. Semoga mereka sentiasa dalam keberkatanNya, happy selalu, senyum sentiasa. Me hearts uollz.

I hearts you more Nebby! Don't worry. Muah. :D

No comments: