Assalamualaikum dan salam sejahtera hendaknya,
So... Last weekend, saya ke Melaka Bandar Bersejarah. Ini kali ke-2 ke Melaka. Tapi, kata orang Melaka seorang tu, 'Kalau pergi Melaka tak try Coconut Shake Pantai Klebang jangan cakap dah pergi Melaka'. Sedih hati 2 saat. So, rasa tak lokek la pergi Melaka kali ni.
Kita bertolak dari Kuala Lumpur pagi Sabtu. Perjalan mengambil masa 1jam++ kot.. Kita tidur lah. Sampai di Melaka, kita terus ke Taman Buaya dan Rekreasi Melaka. Buaya nya, banyak sangat, besar-besar. Tapi, buaya ni malas eh. Duduk diam je. Selamat la ada satu buaya ni buat show sikit. Terhibur lah hati. Tiket, untuk dewasa RM15. Ok la kot. Kanak-kanak tak tahu.
Sesudah habis di Taman Buaya, kita pergilah check in di homestay. Homestay kita di Taman Pandan Maju. Cari lah kat Google Map, jenuh tak jumpa (or mine is outdated, tak tahu la pula kan). Nak cari homestay ni, Google je. Homestay ni, kita dapat di Carihomestay.net. Menarik juga website ni. Dah kelaskan ikut negeri, ikut bandar pula. Wow! Harga homestay kita ni, RM170 semalam. Check out pukul 2 petang, tapi kita nak check out lambat, kena tambah sikit la. Lokasi dia, tak jauh cari Pusat Bandaraya and Bandar Dihilir. Bilik ada 3, air cond, washing machine, tv with Astro, fridge, pinggan mangkok. Cantik la. Yang kureng sikit, takde water heater. Wuuwuu. (manje nyew!) Check it out here. Pandan Maju Homestay.
Rehat-rehat kan badan kejap, segar-segarkan badan juga. Kita keluar untuk sesi malam pula. Dalam pukul 5.30pm kita keluar. Teruslah mencari Coconut Shake yang kononnya famous tu. Guna Google Map, dekat je la dengan rumah. Mula dah runsing da, kenapalah jalan nya jem sangat. Rupanya, benda tu tepi jalan je. Tak tahu lah kalau kita salah coconut shake ke kan. Tapi orang beratur memang panjang. Kita sampai dalam pukul 6pm kat sana. Tengok board, dia kata, tutup 6.30pm. Beratur pun tak panjang. Alhamdulillah, merasa sudah. Harganya, RM2.50 satu. Sedap juga. Merasalah.
Next lagi, kita lunch + dinner at Asam Pedas Claypot Kota Laksamana. Kita bukan orang Melaka kan, katanya Melaka famous asam pedas. Dan tentulah bersepah orang jual asam pedas. Kita tak tahu yang mana best, kita Google je. Top search, Asam Pedas Claypot Kota Laksamana. Kita datang dalam pukul 7pm. meja dah banyak tapi orang tak ramai lagi. Dia punya hassle nak uruskan kedai, gaya macam akan fullhouse. Set dia, nasi putih + asam pedas (boleh pilih ikan), sayur kacang panjang and sambal belacan. Ok la. 3/5 la. Sebab tak pedas sangat and tak masam sangat. Tapi ada ikan pari, faveret!
Dah kenyang, dah makan, kita ke Bandar Di Hilir. Naik River Cruise. Sila bawa MyKad untuk warganegara ye. Boleh dapat tiket harga RM10. Kalau tak RM15. Ada photobooth macam biasa, tapi gambar tak wajib beli pun. Tangkap je gambar, senangkan hati workers tu. Harga gambar RM35 - RM45. Sepanjang rivercruise tu, ada bangunan yang ada painting yang menarik. Cantikk.. and Kampung Morten, pergh! Lawaa.. Oh, duduk depan kat dalam kapal memang menarik, tapi, jangan la duduk depan sangat. Air sungai percik-percik. Ewww.
Dah naik Rivercruise, masa untuk patahkan kaki di Jonker Walk. Macam uptown je, tapi lagi menarik sebab banyak barang and makanan locals. Macam tepat lah pilihan kalau ke Melaka. Harga pun menarik barangannya, tapi takde cash masa tu. Tak beli apa-apa pun. Sedih hati 3 saat.
Keesokkan hari, dah segar, kumpul balik tenaga yang hilang semalam. Kita ke Bandar Di Hilir lagi. Kali ni jalan-jalan dalam bandar je. Seronoknya Melaka, bila dia punya point of attraction are within walking distance. So, Google Map point kan tempat, kita jalan je ke sana. Kita park kereta di Balai Polis Melaka Tengah. Macam jauh, tapi tak. Seriously. Nak parking tengah bandar, memang takde and mahal.
Kita mulakan dengan melawat Muzium Seni Bina. Amboi seronok orang seni bina tu. Kita pun seronok, dapat tahu jenis rumah-rumah Malaysia. Menarik. Nak masuk free je. Lagi la menarik. Amboi kedekut. Lepas tu, naik ke St Paul Hill. Makam orang Perancis eh? Lupa lah. Menarik, sebab tinggi and HAMPIR nampak seluruh Melaka. Sejuk juga, angin kan. Kita teruskan berjalan area situ, sampai lapar.
Dalam pukul 2pm, dah lapar. Ada orang cakap asam pedas terbaik ialah Asam Pedas 35 di Bandar Di Hilir. Alhamdulillah lagi, dekat je. Dari Mahkota Parade, dalam 10 minit berjalan je. Kali ni, dia ada lauk lain. Dan ia LEBIH sedap dari Asam Pedas Claypot Kota Laksamana. Pedas dia best, masam dia pun terasa. terliur pula. Lokasinya di Jalan PM 5. Kepada awak yang baca sambil Google Map tak jumpa tu.
Dah kenyang, dah gemuk, jalan lah buang lemak. Kali ni kita mencari cenderahati nak bawa balik. Kita lupa la nama tempat tu. Memang banyak la cenderahati yang menarik hati. Kawan-kawan pun dah dapat. Makanan locals yang mengimbau kenangan lalu pun kita ada beli. Puas hati lah.
Dalam pukul 6 petang, kita check-out homestay tu. Amboi tepat pukul 6pm orang tu dah text tanya, dah keluar belum. Efficient betul. Kita continue berjalan di Bandar Di Hilir dalam kereta saja. Sebab penat. Then kita dinner di Ikan Bakar Parameswara, Medan Ikan Bakar Umbai. Kesian sikit pada restoran di depan tu, takde orang pun, di belakang, penuh. Anyway, saya ni orang Perlis (5 tahun je), compare Umbai and Kuala Perlis, KP lagi best. Harga, Umbai lebih melampau. Bukan mahal sikit tau, MELAMPAU. Untuk menjamin makan best dan mengelak perasaan ditipu, tanya in details sebelum lauk anda dimasak.
That's the end of My Melaka Journey.
No comments:
Post a Comment