Monday 11 July 2016

Emergency Lane

Korang mesti familar dengan kisah 'pembunuh' emergency lane kan?
Tak tahu? Tak Malaysian lah!

Long story short, once there was a huge accident happened and fellow Malaysian uses emergency lane without knowing about the accident ahead and end up delaying arrival of ambulance by 2-hour to the scene and the victim was dead before he reaches the hospital.
Hence, those who uses emergency lane on that day and after is called 'killer'.

Sebagai #teamemergencylane tegar, saya tidak berpuas hati dengan tuduhan ini.
Kami #teamemergencylane ni otak pantas la jugak (ewahh), kami guna emergency lane bila perlu. Kebiasaannya, kami akan muncul pada highway yang mempunyai 2 lane. Kami akan menggunakan lane kecemasan ini sekiranya 2 lane kiri dan kanan TIDAK bergerak selepas menunggu sekian lama.
Kami akan menggunakan laluan kecemasan pada situasi ini. TETAPI, sekiranya terdapat polis, ambulans, bomba atau mana-mana kenderaan kecemasan, kami akan segera masuk ke lane kiri. Kebanyakan kami (saya) juga AKAN memberi laluan kepada penunggang motosikal (yang juga tempat mereka tidak dikhaskan di laluan kecemasan) atas dasar tolak ansur.

Pada pendapat kami (saya), mereka yang mengambil gambar semasa kami menggunakan lorong kecemasan ini adalah mereka yang cemburu dan cramp kaki sebab tak dapat meneruskan perjalanan tetapi mereka tidak mempunyai keberanian (atau kebenaran isteri2) untuk berbuat demikian.

Nasihat saya kepada #teamemergencylane, bawa bertabah. Isu ini masih panas. Hampa wat lek wat pis dulu, esok lusa dah reda, kita claim balik hak kita. Hahaha!

Akhir kata, jangan menghalang lalu lintas. Jadi pemandu dan pengguna jalan raya berhemah. Hati-hati di jalan raya dan rancang perjalanan anda.

*gambar ehsan Google. Iollz takde masa nak tutupkan no plate. Sorry owner, no plat kereta you semua orang tau and buat contoh.

Thursday 7 July 2016

Telur Ayam vs Telur Itik

Syawal ke-2 2016. Aku tengah tolong mak masak-masak. Hari ni family belah mak nak datang. Mak masak Western gitcew.
Tapi, mak masak juga Gulai Telur untuk anak teruna berdua yang boleh mengamuk tak dapat makan nasi.
Tengah masak tu, mak bagi teka-teki.
"Antara telur ayam dengan itik, mana lagi berkhasiat?"
"Ntah"
"Bahagian telur mana yang berkhasiat?"
"Telur kuning?"
"Betul. Telur mana yang kuning dia lagi banyak?"
"Telur itik"
"Betul. Kenapa orang beli telur ayam? Tak beli telur itik?"
"Sebab murah?"
"Salah. Sebab ayam, bertelur sebiji, riuh sekampung. Itik takde buat promosi, tu pasal orang tak beli telur dia. Kekeke."
Ok mak. You win!
-_-"