Wednesday 26 September 2012

Suara Wanita

Assalamualaikum wbt.

Sebagai seorang pelajar, presentation adalah suatu yang sangat sinonim. Minggu ni saja, 3 hari kami sekelas kena present. 3 hari berturut-turut tahu. Yang seronok time present ni, boleh borak, tidur, main dan tak payah belajar. Yang tak seronok pulak, bila kita present and bila presenter present kepada hidung beliau. Ni biasanya perempuan.
Faham tak metafora tu? Ecececeee.. Metafora, pui!




Dalam arti kata lain, presenter tu menggunakkan suara halus dan lembut semasa present. Ala-ala berbisik gittew?

So, saya sebagai pendengar yang selalu duduk belakang, macam geram la. Tolong kuat suara sikit boleh? Tak confident lettew..

Bagi mereka yang membidas, 'Suara wanita tu aurat tahu! Ana mana boleh kuatkan suara Ana.' 

Ana (nama dia Rozana, pendek Ana, bukan Ana = saya bahasa Arab tu); suara wanita bukan aurat




"Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik (kandungan dan tatacaranya)"
(Al Ahzab: 32)


Saya bukan orang yang bijak pandai mengulas hadis ni. Tapi, di sini jelas, suara wanita bila berbual, dalam keadaan biasa, bukanlah aurat! Tapiii, bila merendahkan / melembutkan suara yang jadi aurat. 

Hah, so, gadis-gadis yang bersuara lembut time present tu, baik awak kuatkan suara, dikhuatiri menjadi aurat pula.

Renung-renungkan dan selamat beramal. 

p/s: kepada pembaca pelajar wanita, tolong kuatkan suara okek. Show your confidence!