Wednesday 11 September 2013

Amendedowh? IntroYourDuce.

Situasi : 10 tahun akan datang. Di rumah. Tengah godek PC, tengok gambar lama dalam HDD yang masih elok okey. Dengan, sahabat baik, Nebby lah. Terjumpa gambar ini. 


Ini lah kawan-kawan kita kat PETCO. Dari kiri, Akmal, Azah, Fian, Jean & Olan. Time ni, Azah nak jugak pergi ice skating. So, kita pergi la. First time la keluar bersama-sama, berkenalan berapat-rapat. Gittew. Terima kasih la Azah, perancang masa hadapan.

Haa? Ape dieorg tengah buat sekarang?

Akmal tu, dah kahwin, anak nak masuk dua dah. Hidup suda senang, gaji botingkek-tingkek. Tak kerja kat sanadah, kerja tempat gaji lagi besar lah. Dulu, selalu stress. Sekarang dah ok kot, ade orang jaga kan.

Azah, pun duit botingkek-tingkek. Kahwin dengan abang askar. Waaa.. Rumah dah ada la kan. Pandai jimat ini orang, semua dia nak, semua harga diskaun. Pandai cari. Cerewet orang nye, nak yang perfect saje. Takpe la, puas hati. Ye dak?

Fian, hahaha. Tengok gambar, basah lenjun kawan. Asyik jatuh je. Olan la salah satu sebab jatuh, Olan tak balance, peluk Fian, jatuh kawan. Ceit. Dia ni pun Alhamdulillah, senang hidup. Chill chill gitu, senang dah hidup nye.

Jean.. Dia dah pakai tudung, tu gambar ade smudge sikit. Kawan dah berubah kan.. Takkan nak dedahkan gamba dia dulu-dulu. Cantik Jean pakai tudung, tak pakai tudung pun cantik jugak.

Olan ni haa, acah acah pemalu orang nya. Tapi dia ganas sangat. Tak sesuai uollz. Dia punya curiousity tu, tinggi sangat, susah jugak kekadang. Tapi takpe la kan, dia dah memang macam tu. Iollz orait je.


Ni pula time aktiviti seterusnya. SkyTrex. Ini idea Azah (lagi), Fian and Olan kot. Tiba-tiba pagi tu kita dapat call dari dieorg ni, nak SkyTrex. Sebab tu lambat sikit buat thesis dengan Anep and Kecik. Sorry boys. Tapi sumpah mende ni seronok. Lepas tu, kita ade la pergi lagi. Dengan kamu (Nebby) kan. Sedan and Ayu pun jugak. Oh, tambahan, si botak tu, Ciko. Baru masuk geng. Huntunglah, ada Exec dalam geng. Kenapa nak geng dengan kita pun tak tahu. Dalam ni, Akmal takde. Tak dapat kejut katanya. Pagi kan.


Ni pulak masa jamuan raya. Handsome kan kawan-kawan kita. Cantik kan kawan-kawan kita. Nak tangkap gamba full semua ada, memang susah. Gambar ni Fian pula takde. Nak buat macam mana, geng 7 orang, 7 kepala berbeza. Susah la. Ciko ni buat rosak gambar kan. Ishkk.. Spoil betul!

Itu lah kawan-kawan kita masa intern dulu. Ini la kawan gelak, ini lah kawan gaduh. Padan muka kan. Semoga mereka sentiasa dalam keberkatanNya, happy selalu, senyum sentiasa. Me hearts uollz.

I hearts you more Nebby! Don't worry. Muah. :D

Monday 9 September 2013

My Melaka Journey

Assalamualaikum dan salam sejahtera hendaknya,


So... Last weekend, saya ke Melaka Bandar Bersejarah. Ini kali ke-2 ke Melaka. Tapi, kata orang Melaka seorang tu, 'Kalau pergi Melaka tak try Coconut Shake Pantai Klebang jangan cakap dah pergi Melaka'. Sedih hati 2 saat. So, rasa tak lokek la pergi Melaka kali ni.


Kita bertolak dari Kuala Lumpur pagi Sabtu. Perjalan mengambil masa 1jam++ kot.. Kita tidur lah. Sampai di Melaka, kita terus ke Taman Buaya dan Rekreasi Melaka. Buaya nya, banyak sangat, besar-besar. Tapi, buaya ni malas eh. Duduk diam je. Selamat la ada satu buaya ni buat show sikit. Terhibur lah hati. Tiket, untuk dewasa RM15. Ok la kot. Kanak-kanak tak tahu. 



Sesudah habis di Taman Buaya, kita pergilah check in di homestay. Homestay kita di Taman Pandan Maju. Cari lah kat Google Map, jenuh tak jumpa (or mine is outdated, tak tahu la pula kan). Nak cari homestay ni, Google je. Homestay ni, kita dapat di Carihomestay.net. Menarik juga website ni. Dah kelaskan ikut negeri, ikut bandar pula. Wow! Harga homestay kita ni, RM170 semalam. Check out pukul 2 petang, tapi kita nak check out lambat, kena tambah sikit la. Lokasi dia, tak jauh cari Pusat Bandaraya and Bandar Dihilir. Bilik ada 3, air cond, washing machine, tv with Astro, fridge, pinggan mangkok. Cantik la. Yang kureng sikit, takde water heater. Wuuwuu. (manje nyew!) Check it out here. Pandan Maju Homestay


Rehat-rehat kan badan kejap, segar-segarkan badan juga. Kita keluar untuk sesi malam pula. Dalam pukul 5.30pm kita keluar. Teruslah mencari Coconut Shake yang kononnya famous tu. Guna Google Map, dekat je la dengan rumah. Mula dah runsing da, kenapalah jalan nya jem sangat. Rupanya, benda tu tepi jalan je. Tak tahu lah kalau kita salah coconut shake ke kan. Tapi orang beratur memang panjang. Kita sampai dalam pukul 6pm kat sana. Tengok board, dia kata, tutup 6.30pm. Beratur pun tak panjang. Alhamdulillah, merasa sudah. Harganya, RM2.50 satu. Sedap juga. Merasalah.


Next lagi, kita lunch + dinner at Asam Pedas Claypot Kota Laksamana. Kita bukan orang Melaka kan, katanya Melaka famous asam pedas. Dan tentulah bersepah orang jual asam pedas. Kita tak tahu yang mana best, kita Google je. Top search, Asam Pedas Claypot Kota Laksamana. Kita datang dalam pukul 7pm. meja dah banyak tapi orang tak ramai lagi. Dia punya hassle nak uruskan kedai, gaya macam akan fullhouse. Set dia, nasi putih + asam pedas (boleh pilih ikan), sayur kacang panjang and sambal belacan. Ok la. 3/5 la. Sebab tak pedas sangat and tak masam sangat. Tapi ada ikan pari, faveret!


Dah kenyang, dah makan, kita ke Bandar Di Hilir. Naik River Cruise. Sila bawa MyKad untuk warganegara ye. Boleh dapat tiket harga RM10. Kalau tak RM15. Ada photobooth macam biasa, tapi gambar tak wajib beli pun. Tangkap je gambar, senangkan hati workers tu. Harga gambar RM35 - RM45. Sepanjang rivercruise tu, ada bangunan yang ada painting yang menarik. Cantikk.. and Kampung Morten, pergh! Lawaa.. Oh, duduk depan kat dalam kapal memang menarik, tapi, jangan la duduk depan sangat. Air sungai percik-percik. Ewww.


Dah naik Rivercruise, masa untuk patahkan kaki di Jonker Walk. Macam uptown je, tapi lagi menarik sebab banyak barang and makanan locals. Macam tepat lah pilihan kalau ke Melaka. Harga pun menarik barangannya, tapi takde cash masa tu. Tak beli apa-apa pun. Sedih hati 3 saat.


Keesokkan hari, dah segar, kumpul balik tenaga yang hilang semalam. Kita ke Bandar Di Hilir lagi. Kali ni jalan-jalan dalam bandar je. Seronoknya Melaka, bila dia punya point of attraction are within walking distance. So, Google Map point kan tempat, kita jalan je ke sana. Kita park kereta di Balai Polis Melaka Tengah. Macam jauh, tapi tak. Seriously. Nak parking tengah bandar, memang takde and mahal.

 


Kita mulakan dengan melawat Muzium Seni Bina. Amboi seronok orang seni bina tu. Kita pun seronok, dapat tahu jenis rumah-rumah Malaysia. Menarik. Nak masuk free je. Lagi la menarik. Amboi kedekut. Lepas tu, naik ke St Paul Hill. Makam orang Perancis eh? Lupa lah. Menarik, sebab tinggi and HAMPIR nampak seluruh Melaka. Sejuk juga, angin kan. Kita teruskan berjalan area situ, sampai lapar.


Dalam pukul 2pm, dah lapar. Ada orang cakap asam pedas terbaik ialah Asam Pedas 35 di Bandar Di Hilir. Alhamdulillah lagi, dekat je. Dari Mahkota Parade, dalam 10 minit berjalan je. Kali ni, dia ada lauk lain. Dan ia LEBIH sedap dari Asam Pedas Claypot Kota Laksamana. Pedas dia best, masam dia pun terasa. terliur pula. Lokasinya di Jalan PM 5. Kepada awak yang baca sambil Google Map tak jumpa tu.

Dah kenyang, dah gemuk, jalan lah buang lemak. Kali ni kita mencari cenderahati nak bawa balik. Kita lupa la nama tempat tu. Memang banyak la cenderahati yang menarik hati. Kawan-kawan pun dah dapat. Makanan locals yang mengimbau kenangan lalu pun kita ada beli. Puas hati lah.


Dalam pukul 6 petang, kita check-out homestay tu. Amboi tepat pukul 6pm orang tu dah text tanya, dah keluar belum. Efficient betul. Kita continue berjalan di Bandar Di Hilir dalam kereta saja. Sebab penat. Then kita dinner di Ikan Bakar Parameswara, Medan Ikan Bakar Umbai. Kesian sikit pada restoran di depan tu, takde orang pun, di belakang, penuh. Anyway, saya ni orang Perlis (5 tahun je), compare Umbai and Kuala Perlis, KP lagi best. Harga, Umbai lebih melampau. Bukan mahal sikit tau, MELAMPAU. Untuk menjamin makan best dan mengelak perasaan ditipu, tanya in details sebelum lauk anda dimasak.

That's the end of My Melaka Journey. 

Saturday 11 May 2013

Nobody's Perfect

Haritu, aku baca lah satu buku make-up, housemate punya. Cara-cara nak bersolek. Ada yang aku ingat, buat shading pada rahang.

Kalau muka bulat - patut buat shading macam ni.

Kalau muka petak - shading ini macam pula.

Kalau muka bentuk hati - ada cara shading nya.

Kalau bentuk bujur - lain pula cara shading nya.

Lagi yang aku ingat, nak apply lipstick.

Kalau bibir tebal - nipiskan.

Kalau bibir nipis - tebalkan.

Kalau satu tebal, satu nipis - samakan.

Dah habis menyelak buku tu, aku dapat satu konklusi. A very general conclusion.

Nobody is perfect.

Semua benda kena sorok, semua benda kena tunjuk. Tak elok buat ni, baik buat macam ni.


p/s: I wonder how perfect the author is.

Monday 25 March 2013

how long would you wait for the one you love

Love in Time of Cholera



What I understand from this movie are:

  • The man fell in love with the woman who loves him in return
  • They can't get married because her father want the best for her child and asked her to marry a doctor instead.
  • She marries the doctor.
  • He is brokenhearted. He tries to forget her and he slept with more than 300 women.
  • His love for her is eternal. Though he loves her very much, he NEVER disturb her marriage. 
    • If you love her, let her go. If she comes back she's yours. If she doesn't, you are never meant to be.
  • One day, her husband passed away. He approaches her again after many years. They are both now very old. VERY old.
  • They ignite their love sparks that long gone.
So, how long would you wait for the one you love?

nota mintak kaki: 
I ada kenal sorang ni, dia ada boyfriend dah, tapi dia still mesej ex-boyfriend dia cakap rindu semua. Awak, kalau betul awak rindu, awak masih sayang kan dia, baik awak biarkan dia bahagia dengan girlfriend baru dia tu. Saat bahagia awak dengan dia dah berakhir. Sekarang, please embrace and create good memories with your CURRENT boyfriend. Kalau awak nak melayan perasaan awak je dan ignore perasaan semua orang, please respect your CURRENT boyfriend's feeling.

nota mintak tangan:
kau memang dokter cinta pun aena~ pui!

Saturday 23 March 2013

Week 7 Recap

Gittew. Tajuk macam buat report untuk Nadia pula.

FAQs sejak intern di PETCO

Q: Seronok tak intern kat PETCO?
A: Seronok. Duduk kat Twin Tower. Colleagues gila-gila, comel, handsome, friendly dan lain-lain yang best.

Q: PETRONAS tuu.. Mesti banyak kerja
A: Actually. Not really. Yang buat busy tu ad-hoc work. Kalau routine work, sebelum lunch dah siap. Lepas tu boleh buat thesis. Sila cemburu. *lebih-lebih lagi Nadzrul yang kerja sampai Sabtu dan Ayu kerja sampai 9 malam. Over tau korang.

Q: Makan mesti mahal kan.
A: Well of course. Tempat tarikan pelancong. Heart of KL.

_________________________________________________________________________________

Makan makan makan.

Last Friday (currently dah Saturday, sebab dah pukul 1234. Fuyoo, cantik no. Awak mesti tau nak masuk blog kan? ehem!).. Last Friday, Sedan and Ayu bercadanglah nak makan kat Kg Baru. Aku dengan Ayu baru je makan kat Kg Baru, tapi, Sedan kan buddies. So, kita pergi la catching up and stuff.

Tunggu Sedan dari Lembah Beringin tu, aku duduk kat office je. Kacau Kak Muni dan buat thesis yang took forever. So, dalam pukul 7pm dah bosan, keluar lah minum-minum. Sampai Sedan text cakap dia dah naik train. Pukul 8 jugak lah. Waktu tu jugak baru diingatkan, Maghrib belum lagi Cik Nena. Pantas ke Surau Suria KLCC tu.

Lepas solat, dah orang tunggu kan, cepat-cepat lah. Boleh pulak buat lawak. Tudung hilang! Nak dekat 10 minit kehulu kehilir cari tudung. Tak jumpa. Nak keluar pun, rasa bogel. Kebetulan, Anis call. Cerita kat Anis, dia boleh bagi idea, 'Along keluar je free hair. Bukan orang tau pun Along pakai tudung.' Membantu sangat. So, dah buntu sangat, mintak tolong penjaga surau. Dia pun tergelak dengan lawak Maghrib ini. Dia pun tolong cari lagi 10 minit. Cari-cari, rupanya ada kat tempat solat tu. Bawah telekung. Patut tak jumpa. Ceit!

Cepat-cepat keluar surau. Orang tunggu kan. Elok pulak, takde number nak explain situation. Maaf ye! 

_________________________________________________________________________________

Then, I literally berlari dari Suria KLCC tu ke LRT dan kami bertiga menuju ke Kg Baru. One of my colleagues cakap, yang best Suraya. One of Sedan's friend pun cakap Suraya. So, Suraya lah kami pergi.

Makan macam orang tak makan setahun tu! Habis diet aku!

Nasi putih
Ayam masak halia
Tomyam campur
Sotong goreng tepung
Kailan cendawan
Kerang bakar
Somtam
Pulut mangga

pergh pergh pergh

Roughly, seorang bayar RM16. OK la tu, makan banyak gila kot! So, I memang rekemen lah tempat ni. Orang memang ramai, jangan putus asa. Tunggu sekejap je. Yang suka pedas, sila try Kengsom. Sedap! Hampir challenge yang Kengsom Hatyai, tapi kalah sikit je.







p.s.: Shaik. Suka hati lah nak letak pasal makanan. Makanan seronok kan.

pp.s: gambar sumber dari Google. Kita kalau dah lapar, tak dan nak bergambar bagai. Terima kasih kepada Instagram yang trending 'tangkap-gambar-makanan-sebelum-makan'. I dapat gambar-gambar ini.

ppp.s.: Welcoming new readers.Hello Azah, Ciku, Akmal, Shaik dan warga-warga yang boleh dan mahu membaca status Lync gua! n_n


Saturday 2 March 2013

Lunch in Perlis

I'm going to post something about food. This will make Incik BF furious. Ihik!

Bila pergi Perlis, ada beberapa kedai / makanan yang macam mesti pekana la orang kata. Kita start dari tengah hari, sebab pagi korang tak bangun tidur lagi kan..... ok jangan tipu lah.

Tengah hari, tempat wajib pergi, Naz Nasi Ayam Madu. Tak, bukan kedai Nazruddin Shazatul. Nasi ayam ni sedap giler! Ayam goreng dia ayam madu (of course!) and sos dia terbaik. Mixed of pedas dan manis yang best! Sila pergi awal. 12.30pm tu elok-elok la. Orang tak ramai, makanan pun pantas je dapat. Masuk pukul 1 pm, kau tunggu la orang habis makan.

Lokasi : Arau, Perlis
Harga: RM4.00 (biasa), RM5.00 (special - extra nasi dan ayam), RM4.50 (extra nasi)
Turut ada: Mihun sup, moi sup
Masa operasi: 11.00 pagi - 4 petang (ikut nasib)


Lagi tempat wajib, Warung Pokok Sawa. Ni makanan berlauk la. Bila dah pergi sana, rasa homey. Macam kat kampung. Pekerja dia, opah-opah. Dia serve makanan dalam pinggan kaca, macam kat kampung-kampung. Choices of food, variety! Kawasan bersih, selesa la. Sini, orang office selalu datang. So, datang awal - nak tempat and ikan keli. Kenapa ikan keli? Weyy, orang datang sini, beratur tunggu ikan keli masak.


Lokasi: Mata Ayer, Perlis
Harga: Average - mahal
Mesti cuba: Ikan keli goreng / bakar
Masa operasi: 12.00 tgh hari - 3.00 petang



p/s: 5 tahun aku kat Perlis, this is the only time I felt happy. Bila saya perlu melawat Perlis sekali sekala sahaja. Terima kasih Perlis yang banyak mengajar saya. I love Perlis.

pp/s: readers, ada idea tempat makan best lain tak?

Monday 25 February 2013

Sleep - Eat - Shop

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tak jawab dosa, jawab sayang~ gittew..

So, it has been 3 weeks since I became an internship student. Life's good. More discipline I shall say. Very the routine. Weekdays, macam takde life, but thank you Fakhri sebab occasionally asked if I had dinner, ajak pergi pasar malam and stuff.

Weekends is the fun part though.

Last weekend, supposedly bosan. Sleeping till noon, watching TV. Then I watched 'My Kitchen Rules 2', they served pavlova, and I'm like, 'I want that pavlova pronto!'. So, I text-ed Nebby; minta tolong my dear soulmate, to buy the pavlova and we'll eat together. And she did. The pavlova was great. I'm looking for more. With Sedan and Ayu hopefully. Cepatlah korang free ye. We'll go eat pavlova.

After that; Aiman, Razlan, Jem, Radin and I - were the DBS and Nebby and Abang - were not. We went to Uptown 24, minum-minum, sembang hal lama, gelak-gelak. Then, dah bosan, Aiman bought us jalan-jalan sekitar Shah Alam. Dia tunjuk, 'rumah hantu Mona Fendi' - bukan rumah Mona Fendi sebenar, panggilan je and 'rumah hantu sewa RM50' - yes, yang tu macam seram rumah nye.. grrr..


On the Sunday pula, Jem bought me - yes me sahaja, sebab Nebby busy jadi MPP, to lunch at Ayam Penyet Nusantara. Sedap! Pedas gila! Tapi sedap. Oh, by the way, perempuan tak elok makan pedas sangat, nanti usus melecet and later, bila nak mengandung, susah nak lekat sebab suka makanan pedas.
Ini bukan aku
After lunch, we went to this spa. terasa orang kaya sehari kejap. We did coffee body scrub. Seronok juga, but then, bila dia scrub tapak kaki, geli gila! Rasa nak sepak je dia. Then dia scrub ketiak, pun macam rasa nak tampo dia! Hahahaha.. Kesian dia if I did that.



The day continue dengan shopping di Setia City Mall. tengok dari luar macam dull, masuk, heaven beb. Semua ada! Do go. Me got a new blouse from DressingPaula at RM50 discount beb! Heaven! This is the first time Jem and I, penat giler shopping. We went to literally every shop.

As the result of the hectic weekend, I end up waking up late this morning and kena park jauh-jauh. Padan muka kau Aena!

Happy Monday people.

Tuesday 5 February 2013

Internship....Lagi


They say, 'Picture worth thousand words'.

Since my picture pun tah hape-hape, membuatkan banyak pembaca tertanya-tanya (gittew) ((AIdil salah seorang)); I'll explain lah senang.

First day at PETRONAS Trading Corporation Sdn Bhd or currently known as PETRONAS Trading Labuan Company Ltd - PETCO or PTLCL, located at PETRONAS Twin Tower, Tower 1, Level 35. Dah dapatkan pas, naik lif, yang ikut tingkat. Dah ikut tingkat, ada even and odd levels pulak. First time dah sesat. Haihs.

Sampai, macam amazed sebab spacious gila. Then I met the HR Personnel for PETCO, Miss Intan Nadia. Dia brief sikit pasal FAQs.

Then, di pass kepada facilitator, Miss Ain Onizukawaki, nope, not surpervisor - yet. So, Ain just briefly brief about PETCO, introduces to all the staff. Dia bagi work station, supposedly, cubicle tu untuk seorang sahaja, since tak ada tempat lain, cubicle tu dikongsi dengan rakan intern dari UMP - Azah. Each dapat computer with currently Intranet access, hopefully Internet access in the future - untuk kerja ok! A phone line is attached too. Ramai call, macam pelik sebab kami baru - so, semua pun wrong number.

Ain bawa round lagi and show us the prayer area. Dalam gambar di atas. Prayer area ni belakang cubicle I je. Kalau nak solat kat surau pun ok, jauh je la.

Ada juga discussion area, dekat dengan pintu masuk PETCO. Maybe, just maybe we'll do presentation here. I'll do my best!

Ain juga tersangat lah comel dan baik hati, she bought us to Sky Bridge. Kami guna pas harian, memang tak boleh access. So, tiba-tiba I jadi seorang intern yang jakun dengan Sky Bridge. Weyyy, masuk guna pas pekerja pula.

From my cubicle, kalau dah penat buat kerja, bosan ke, boleh pusing - eh, dah nampak KL Tower. Menarik betul.

(^_^)

So far, itu je pengalaman baru. Kerja, biasa lah, mesti ada. Wish me luck je lah oke!

Much love,
xoxo

Internship Placement


Alhamdulillah
Congratulation Nena
*Self pat on the back

Good Luck!


Saturday 12 January 2013

Tips Elak Pacat

Ok Aena, gaya macam tiap-tiap hari masuk hutan, padahal, baru SEKALI je masuk hutan, survivor bagai. Ok Aena, kalau bab over, kau je yang menang. Yang lain taknak lawan pun. Ok Aena.

Ok. Time survivor hari tu, aku kena pacat sekali jee.. SEKALI jee.. So, aku macam nak share la kan, macam mana nak elak Mr Pacat ni. 

First thing first,
Avoid lah tempat berpacat. Laluan yang lembab, basah. Kalau memang tak boleh elak dah. Kena lalu situ juga, jalan laju-laju sambil kaki 90 degree.. Hahhaha!! Ini memang lawak. Aku dah praktikkan. Sangat penat untuk dilakukan juga. Sesuai untuk pergerakkan short distance bagi yang tak fit macam aku ni. Tips ini diberi oleh Encik Yap

And then, pakai tights and socks,
Personally, aku pakai tight dalam track suit. It's a heel-less tights, yang takde tumit tu. Then, pakai socks. Ia kedengaran macam sangat fobia. Memang pun. Andddd.. it's more bearable dan tidak ditertawakan rakan-rakan. Korang mesti pernah dengar nasihat cakap, masukkan seluar dalam socks. Konsepnya sama, just, tak lawak sangat. Dalam hutan pun kena cantik. *puih!




Pakai handsocks or stongan,
Tetiba dalam hutan aurat jaga gila, Kita tak tempat orang, kena la menjaga sahsiah rupa diri. Stongan tu, kalau boleh, biar yang keluarkan jari je. Ya, saya seorang geli pacat. Tips dari Cik Wani, handsocks belang-belang ni, JANGAN pakai bila camping di tengah panas, especially di pantai. Nanti kulit sama belang dengan handsocks. ok comel.


Insect repellent,
Kalau nak masuk hutan sekali je, kongi lah beli ramai-ramai. Jangan bazir duit ok. Tuhan tak suka.

Bawa garam,
Just in case pacat berjaya hisap darah korang dan korang tak puas hati dengan pacat tu. Taburkan garam atas badan dia. Nescaya, hati korang puas tengok darah keluar dari pacat dan pacat mati. *Ok perempuan ni dah psycho.

Walaupun kurang nampak, tapi, boleh la nampak yang tangan pakai stongan/handsocks. Tight and socks, tak yah tunjuk la ye. Malu. Just to know, I wore them.

Monday 7 January 2013

Outdoor Adventure Leadership Camp: Day 3

Last last last pasal camping. Bosan aih. Aku pun bosan. eh?

Dah nak habis dah camp kami. Awal-awal tanya, bila la hari ketiga ni. Time ni, dah macam 'ALaa, nak balik dah?' dasar manusia! hoho

Hari ketiga
Kami mulai hari dengan Mini Orientation. Memang mini betoi la.. Terkejar-kejar sana sini, kurang 10 minit habis. Tapi, memang penat la cerita nya, kena laju-laju kan. Lepas main, baru breakfast. Then ke aktiviti seterusnya. White water rafting bagi yang belum main and river boarding bagi yang  dah main rafting and lastly ATV. 

Oleh kerana Skipper rafting tak sampai lagi, geng rafting main air dulu. Geng ATV dah lama pergi main. Sebab main air - nak sejukkan badan, nanti menggigil masuk air. Pagi pulak, memang sejuk gila lah air sungai tu kan. Dah lama mandi baru macam teringat, durian boleh panaskan badan, so, makan durian banyak-banyak.

Tak lama lepas tu, skipper datang, oh - skipper tu orang yang kawal bot tu and yang bagi arahan apa nak buat. Aku memang excited la, tapi Sedan Tough senyap je, muhasabah diri mungkin. Kebetulan ada inflatable bot kat situ and paddle, geng rafting ni ambil and konon-konon prektis la.

Nak rafting ada 5 arahan simple, forward (paddle dari depan ke belakang), backward (dari belakang ke depan), stop or relax (angkat paddle keluar dari air), boom! (jangan duduk tepi, masuk dalam bot) and up (kembali ke posisi asal). Rafting pula ada 2 skipper, satu tak ingat nama, satu Kapten Amri, team Vulcan - dapat yang professional skipper, team Lipan Bara dapat Kapten Amri. Kami mula lah berafting! Excited habaq hang! Mula macam takut takut, tapi macam best.

Yang jadi tak best dan pengalaman, bila bot kami stuck di satu jeram yang dipanggil sandwich. Aku ingat, time tu, aku nampak Erin Hot tengah pegang kasut, aku cakap pakai la kasut sambil bergerak ke kanan bot ikut arahan Kapten, tak sempat gua pegang tali bot tu, bot terbalik!

Aku stuck bawah bot tu, peluk bantal di tengah bot tu. Tapi aku pikir, sampai bila nak macam ni, air tak tenang, nanti patah tulang semua, aku try keluar dari bawah bot. Dah keluar, aku nampak kawan-kawan kat depan dengan bot tebalik. Selamat juga dah belajar apungkan diri, aku praktikkan. Memang langgar banyak batu la, sakit bontot beb. Telan air jugak dah banyak sangat.

Alhamdulillah, dalam banyak-banyak batu yang bontot ni langgar, ada satu tu, air dia tak deras sangat, gua terduduk terus, tercungap-cungap sorang-sorang tengah sungai tu. Skipper team Vulcan datang selamatkan. Alhamdulillah sangat.

Ambil nafas sekejap sambil Yap Gagah hantar Erin Hot balik khemah sebab Erin Hot dah traumatize. Then, perjalanan diteruskan, kali ni dengan skipper Vulcan and Faris Fit ganti Erin Hot. We did enjoy the moments! Seronok! Walaupun dah lemas sikit, I think I'll do it again. InsyaAllah.

Next, kami pula main ATV. Kami tanya Faris Fit, seronok tak main tu. Dia kata, 'seronok, masa turun dan masa naik.' Tanya lagi, apa yang seronok. Faris Fit cakap, 'Dah, tu je'. Memang pun, mencabar masa naik dan turun, jalan agak bosan, cuaca tak mengizinkan kott.. At least, dapat main.

Selepas tu, majlis penutup. Terima kasih Sir Niza datang ke majlis penutup kami. Usai majlis penutup, kami pun naik bas dan pulang ke Arau. Sepanjang dalam bas, gua tidur je. Penat syiall.

Panjang pulak entri ni. Well, sedikit excited ada pengalaman yang tak dapat kat tempat lain.

 Ni gambar tambahan team lain. Cantik syial!

 




Terima kasih team Lipan Bara, kita team no 1 dari awal sampai habis, just last tu, jadi team no 1 dari belakang pula. Terima kasih for the meaningful weekends,  nangis sama, gelak sama, main sama, sakit sama. I love you ollz lah!!