Sunday 30 December 2012

Selamat Tahun Baru 2013


Twitter dah. Facebook dah. Blog pun dah. Dah apa? Dah share Jadual Puasa Yang dianjurkan Islan bagi Tahun 2013 & 1434/35H. Bila lagi nak tambah pahala kecil-kecil kan. 

Selamat beramal.
Selamat tahun baru 2013.

Azam tahun baru, tambah pahala sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Lumayan.

Wednesday 26 December 2012

Outdoor Adventure Leadership Camp: Day 2

Well well, entri Day 2 ni, dibuat selepas Day 1 je, tapi, post lambat sikit la.. Nak  grab reader katakan. Kena ada strategy. Eh???

Lipan Bara - Sikin, Nena, Yap, Erin, Leya


Hunger Bear - Fuzah, Anip, Naim, Ruby, Aei

Semut Ipoh - Q, Nasha, Faris, Deeba, Meny

Vulcan - Sedan, Tirah, Kak Pah, Teha, Pak Din

Sparta Tiger - Ayu, Anep, Kikin, Jimmy, Ju
Hari Kedua
Hari main air, main air dari pagi sampai petang. Sebabnya, harini, hari White Water Rafting y'all!! Woohoo!! Before hal sebenar, kami kena belajar dulu la, tak kelam kabut. So, mula-mula, kami belajar macam mana nak cross sungai yang arus deras tu, berenang. Pak Dan yang ajar, time gua nye turn, dia tak ready nak sambut gua. Gua hampir berjaya tau! Thanks to Kikin Toge yang berjaya dapat gua, tapi dia pun sama toge dengan gua, dia pun hanyut sekali. Thanks to Faci Anderson yang tolong jugak.. Haihs.. Tak berbakat sukan air betei..

Next game, Human Crossing, macam mana nak cross sungai arus deras tu, dengan partner. My partner, geng 3 Serangkai gua la, Ayu Omey. Kami try human crossing ni, 3 kali! Rasa macam loser gila! Tapi berjaya akhir nya.. Ok la kan. Belajar. Arus deras gila gila nyer. Alhamdulillah berjaya.
Gambar dalam handphone Kapten, so sedih.

Next, water confident, aku tengok sumpah tak confident. Kita kena terjun dalam air dalam tuuu.. Takut beb!! Gua fikir, ada life jacket, mesti akan timbul balik. So, gua berani kan diri dan terjun. Best jugak! Dah terjun, timbul, Yap Gila dan Faris Fit boleh jerit-jerit "Aena, kening bersepah tu, sapu sikit. Hahahah!!" Eh, biadap! Orang tengah bersabung nyawa nii.. Anyway, dah ada confident sikit la kat air dalam pun.. Tempat terjun tu, sebelah dengan jeram, so, situasi memang mencabar lah. Lepas kami terjun, Faci Karem cerita, faci-faci sekalian, terjun pula dari jambatan atas tempat terjun kami. Gillow!!

Then, kami berkumpul sebab nak pilih group untuk White Water Rafting. Kebetulan, dia pilih 3 group lain and group Lipan Bara, Erin Hot tengah dapatkan medical attention. So, nak mengisi masa lapang, kami main la River Board. Main nyer macam surf board tu, tapi takde berdiri atas board lah. Mula-mula macam ok, tapi bila jatuh jeram, tak ok jugak. Sebelum start main, gua dah hanyut, sebab Pak Dan tak ready nak amek gua. Thanks Faci Amin tolong (kalau tak silap laa). Kalau tak, hanyut sampai Sungai Arau dah. Dah main, jatuh board, hanyut lagi. Thanks Pak Din and Faci Karim bawa gua ke tepian.

Nampak tak, tak berbakat main air.

Tengah main tu, budak rafting kembali. Ada eksiden! Q Cantik cedera kat mata, Alhamdulillah tak perlu jahit or ada injury berbahaya. Don't worry Q, parut InsyaAllah takde, kalau rajin guna Cocoa Butter serum. Then group Sparta Tiger, capsized juga. 2/3 bot yang pergi rafting capsized. Kami yang tak pergi lagi ni, cuak juga lah.

Oleh karena hujan, injury, Lipan Bara and Vulcan tak dapat pergi pada hari yang sama. Kami pergi Hari Ketiga pula. Kami sambung mandi dan makan durian dan rambutan. Yumm.. Termimpi-mimpi rambutan kuning.

BBQ Time


Geng tak tolong masak. 
Malam hari, sesi BBQ! woohoo!! Tapi, gua nak minta maaf dengan kawan-kawan, gua tak dapat nak menolong masak semua. Gua period pain sangat. Maaf ya Kyotocol? :'(. Bangun-bangun, dah dapat makan. Kat situ, nampak lah leader Lipan Bara, Yap Gila tu caring. Kawan-kawan lain pun sangat caring. Terima kasih semua. Muka mamai, makan, ambil gambar, senyum pula.

Muka nak kenakan kawan-kawan untuk game Body Language
Lepas makan, main game indoor. Game pertama, game superhuman. Kami kena buat gaya mengikut percakapan Kapten Amri, bukan gaya yang dibuat nya. Alhamdulillah Lipan Bara menang! Thanks to Nebby, Rasyaik, RPA0410 dan geng OC tu, game tu, makanan je. Berbakti sikit pada Lipan Bara, tak tolong masak kan.

Then game Body Language. Ya tuhan, lawak gila tengok gelagat masing-masing waktu nak bagi group teka. Yap Gila dan Jimmy Loqlaq terbaikk.. Hahaha!! Lepas main, gotong royong. Bersih semua kawasan. Kerjasama kan.



Its been a really long day, semua dah penat. Tidur pukul 12. Gua malas nak tidur dalam khemah. Gua tidur kat dewan. Thanks Kapten Amri lagi, bagi pinjam sleeping bag. Gua buat alas lantai share dengan Tirah Sweet. Thanks Tirah Sweet sebab share selimut dengan gua. Gua rasa gua tidur sangat selesa. Thanks juga kat Faci-faci yang sebenarnya terpaksa tidur kat dewan juga sebab hujan, tempat korang tidur basah, then korang terpaksa jaga kami. Thanks!

Thursday 20 December 2012

Outdoor Adventure Leadership Camp: Day 1

Tarikh: 7-9 Disember 2012
Tempat: Sg Sedim, Kulim, Kedah

Sebelum
Gua rasa macam sikit-sikit best, sebab enjoy dengan kawan-kawan, away from work, destressed. Tapi, pikir banyak-banyak macam tak best pun ada, sebab tak tahu tempat kat mana, apa akiviti, macam mana penjagaan diri dan kebetulan, datang bulan pulak..

Hari Pertama

Sampai Sg Sedim, campsite. Memang excited! Sebab, mesti ada aktiviti White Water Rafting, dah sampai Sedim kott!! Macam ok jugak tempat dia. Well at least, ada toilet, walaupun tak mewah. Bak kata Kapten Amri, nak bagi keluar dari comfort zone. Girls dapat satu khemah, macam sempit juga memandangkan girls ramai. Khemah boys seronok, mereka bahagi 3, sidai baju, tidur, beg & kasut. Kami, situ la sidai baju, situ lah tidur, situ lah beg. 

First day, siang tu, just be with team members and create name. Team gua ada 5 orang, Nena Omey, Leya 4S, Erin Hot, Sikin Sexy and Yap Gagah. Yes, seorang je lalaki. Group kami group #1, nama Lipan Bara. Kami tak menang sorakkan terbaik, well, bila first group, memang akan ada salah.

Biasa la bro. Kami dilayan oleh faci macam putera dan puteri, sikit punya baik. Bagi makan durian banyak-banyak, rambutan many-many, nak mandi sungai sampai kembung pun oke and dapat dry beg!!Tengah seronok tuu, dengar la ura-ura kata, 'Malam ni depa nak ragging kita, kita layan ja apa depa wat la ni'.

Petang petang sikit, 'badadadumm'. Survivor! In groups, dia akan hantar kita bersepah-sepah, bagi makanan and shelter, dan ditinggalkan dalam hutan for 12 hours. First dengar, pergh! Kejam syial! *oh-so-budak-bandar. Tapi dah sampai campsite, bandar tak bandar, kelam kabut cari kayu nak buat api. Sampai pun dah pukul 6.30 petang, bila-bila je matahari terbenam.

Buat api, buat api, buat api 4 jam beb! Tu pun 2 unggun je, Alhamdulillah lah. Ade juga, so kami memasak pula, penat buat api, lapar la semua nya pun. Masak nasi, sardin and bubur nasi. Sedap pulak, dengan masakan tak seberapa tu, makanan rasa abu api tu. Dah makan solat, then sembang-sembang, makan lagi, pastu tidur. Group lain, dengar cerita, tidur mewah. Group gua, gua tidur 3 jam, Erin Hot dalam 2 jam, Leya 4S pun hampir 2 jam, Sikin Sexy and Yap Gagah 30 minit je. Cerita hantu tu, ada la sikit, nak tau, tanya personally ye.

Ok, sini je entri first day. Nak tulis semua sekaligus, kang menyampah pulak nak baca. Kan? Survivor kami tak bergambar langsung, takut. Ni gambar Lipan Bara yang dah survive.


Gambar ehsan Kapten Amri and Leya 4S.