Wednesday 22 February 2012

Exam Result


Tadi blog walking, singgah blog AdiAniki.
Dengar lah lagu yang berkumandang.

These are the verses yang menusuk.. Sesuwai sangat untuk yang baru dapat result..

When you try your best, but you don't succeed 
And the tears come streaming down your face
When you lose something you cannot replace
I promise you I will learn from my mistakes
But if you never try you'll never know
Just what you're worth
Lights will guide you home
Coldplay - Fix You 


We've done our best sebelum ni but unfortunately (for some of us) our best is not good enough.
We need to step up our game and dance with the rhythm. Gittew.


Tahniah kepada semua! Anda berjaya mengharungi sem lepas..
Good luck kepada semua! untuk sem akan datang..

Monday 20 February 2012

War at home

Harini Daddy-ku pulang dari kampung
Daddy belikan kain ela
Kain ela cantik warna biru
Untuk Mummy, Anis and Me
Lalalalalalalalala
Kami bertiga sungguh seronok
Marilah mari adik-adik
Pilih kain daddy beli..
(Nyanyi ikut lagu kereta kecil warna merah)



Harini Daddy balik dari kampung
Daddy belikan kain ela warna biru
Untuk Daddy's angels

Harini Daddy akan menyaksikan perang
Perang dunia ke-3
Dimana Daddy's Angels berebut pilih kain

Angel Mummy, Angel Anis 
This.Means.War!!!!

*update*
 Yeap.
Kami berperang.
Berperang berebut kain yang satu.
Walaupun Daddy beli cukup untuk semua.
 

Monday 13 February 2012

perihal rumah masa cuti

... haaa, tajuk hampir sama dengan sebelum ni, tapi ae beza.. translate time jadi masa.. 

so, hari ni punya ceritera chinta.. 

Tadi tengah syok online, baca blog sendiri.. Incik Daddy bawakan 2 mangkuk letak depan mata Ai.. Satu, dipenuhi dengan jambu batu yang telah dipotong kecil. Satu lagi, dengan kuah rojak-pakcik-malas. Incik bF saya tau yang mana satu.. Budak area rumah pun, kalau pergi pasar malam yang sama mesti tau.

Anyway, disini menguatkan lagi yang Incik Daddy saya sungguh manis dan memahami anaknya suka jambu tapi malas nak potong..

Tambah markah handsome untuk Incik Daddy!!

Incik Daddy juga mungkin dalam diam mengatakan anaknya ini sudah gemuk?? So, dia bagi makan jambu sahaja sebelum anaknya makan nasi. Tidakkk!!!

Perihal Rumah Time Cuti

Semalam pergi shopping dengan mummy, kat Greentown Mall, tapi kita orang lama Ipoh ni, kita panggil Rainbow. Kita beli barang dapur, banyak, penat nak tolak troli berat tu. So anyway, kami nak beli susu, sebab susu kat rumah dah habis. FYI, kat rumah kami, tak guna susu lemak manis or krimer manis. Kami menggunakan susu tepung, lebih sihat. So, we came out with two choices, either nak Fernleaf Kuat or Omega Plus.



Previously, kami guna Fernleaf Kuat. Ai yang tak suka susu sangat pun, suka Fernleaf kuat. Then, semalam nak beli, kami macam berbalah. 

Mummy nak fernleaf kuat, sedap katanya. Adik kat rumah nak Omega Plus, kata mereka sedap. 


Ai yang tak tahu apa-apa ni, tengok packaging both. Fernleaf Kuat ada 3T, Tulang, Tumbesaran, Tenaga. Untuk Omega Plus pula Helps lower cholesterol, high in calcium and reduced fat. So, Ai prefer Omega Plus, sebab Ai rasa my cholesterol level getting higher. Ai ni budak bisnes (marketing) so, I percaya kepada advertisment, printing and branding. Puan Mummy pula dia Cekgu Sains dan Fizik. Untuk membuat keputusan, Puan Mummy compare-kan nutrition facts of each product. Amek kau! Ok diam.




*******************************

Tadi, sedang lipat baju, ada banyak seluar track, semua kepunyaan adik bongsu, Awe. Mamat ni, sangat berdisiplin, tak tahu ikut siapa. pagi sekolah. Tengah hari, rehat, Facebook, FIFA World Cup kejap, then buat homework, sampai petang. Petang keluar bersukan. Malam tuisyen. Habis tuisyen study sampai pukul 12 tepat. Tutup buku, tidur. 

Demmit! we're talking about a Form 4 student on February. Patutnya, honeymoon months lagi. Time cuti CNY seminggu tu, ajak dia tengok wayang, dia jawab, 'Along nampak tak homework Awe berlambak ni?'. Ok diam.

Apa-apa pun, Along doa ang sukses!


Dia study dalam bilik, sebab kakak-kakak dia duk melalak kat depan.