Monday 24 August 2015

The Making of #ainaalif : The MUA

Google : Ida Kaiza

Google Result for Ida Kaiza

Now, wouldn't it easy to be recognize and have a unique name?
For MUA untuk hari pernikahan, I chose Cik Ida Kaiza. Cik ni disarankan oleh Totty (abuden?). Kebetulan pula, one of my friends, juga menggunakan khidmat dia untuk majlis pertunangannya. So, more reason for me to trust my choice.

Antara yang best dengan akak ni; see Google Search No 1 tu, it directed to her blog where all the calendar booking for the year. Before korang nak kacau akak ni, check her calendar and ask. Wouldn't that eliminate all the hassle. Dunia di hujung jari bro.

19 Sept 15 - Mine
Terima kasih juga Kak Ida update calendar tu.

Untuk mekap hari perkahwinan pula, saya guna khidmat yang disediakan di butik pengantin je. Dalam pakej. Butik ini dan MUA nya di sarankan oleh Ekin Ecane. And that should be my next topic. 

The Wedding Planner.

This is a short post. So, I'll end with pictures of my friends. Untuk tatapan saya, bakal pengantin dan bakal customer Ida Kaiza? Mungkin.

Till next time.

Disini bermulanya sebuah cinta #ainaalif.

Pieja on her E-Day by Ida Kaiza
Ekin Ecane
Kiri - Nikah & Kanan - Persandingan
by Wawa the Wedding Planner
*update - after party*

Kak Ida did my solemnization make-up. Aku rasa, tujuan utama makeup adalah untuk nampak cantik dalam gambar, sebab aku rasa aku buruk gila IRL (in real life); tengok gambar, Imma like, "Omaigoshh! Is that meee? Really?!! I'm that prettyyy?!" Macam tu la..

Since aku taknak cukur kening - soalan pertama Kak Ida haritu. Kak Ida decide untuk glue kan kening aku. So, jadi nipis. Tapi bila nak cuci, seksa. Ke ada tips cuci yang aku tak tahu? Tobek jugak la kening.

Abaikan gemuk tu.
Nampak tak kening nipis tetiba?!
For Wedding Day pula, I dah engaged with Wawa The Wedding Planner. So, makeup by Datin Wawa herself. I insisted days before nak MUA perempuan, sebab nak ambil solat sebelum majlis. Alhamdulillah dapat.

Maaflah. Gambar before tu, tu je paling buruk. Mak tengok pun gelak! Hahaha!
Sedih juga saya melihatnya. Tapi nampak la kesan mekap tu kan.
Di fahamkan, Kak Ida juga antara MUA Wawa ni. So, kalau bertuah, minta la dia mekapkan anda kalau ambil pakej di Wawa.

Highly recommended!!
Ida Kaiza
017-647-2363
Blog: Ida Kaiza

Wednesday 19 August 2015

The Making of #ainaalif : Kad Kahwin

Previously on The Making of #ainaalif; Our Engagement followed by Introduction to the wedding.

Next up: Kad Kahwin.

Source: IG @pameranpengantinmalaysia
Al-kisah, awal tahun ni (2015) ada Pameran Pengantin di SACC Shah Alam. I went for the first time, saja tengok-tengok and I fell in love. Tapi waktu tu, belum lagi nak kahwin (dah la, belum start enjin what-so-ever lagi). So, chillax lah. Bila tahu the next event, terus mark calendar, clear the schedule for at least 2 days. You know, great deals demand great attention. Kena fikir baik-baik. Semua pakej macam lumayan.

So pada bakal pengantin, boleh la follow Instagram: @pameranpengantinmalaysia and keep updated lah. Kalau orang KL-Selangor senang nak deal sebab most vendors from there. Kalau orang luar, boleh deal stuff yang sekali kerja, macam door gift or photographer or in my case, kad kahwin.

Pada hari berkenaan, memang banyaaakk booth yang buat promosi kad kahwin. Ada yang se-grand alam, ada yang se-simple alam. Depends on wants and budget la kan. I have always wanted a kad kahwin yang sekeping je. Depan details pasal majlis perempuan, belakang details pasal majlis lelaki. Siap. And ada je yang promosi macam tu. 

What caught my eyes was the deal from Mesra Kad Kahwin. And I've been eyeing on these for 2 years tau. Ingat nak deal so that they follow my demands, last-last I yang terfollow their package which includes:
  • 1000 800 pcs kad kahwin 
  • 1000 800 pcs envelope bercetak
  • 1000 300 pcs kotak door gift kecil or 400 pcs kotak door gift besar
  • 2 4 pcs bunting
  • 4 pcs arrow signs
  • 1 pc guest book
  • 20 pcs button badges
  • 1 pc photobook
  • 1 pc canvas
Price: RM890 je! Ok, I rasa murah. Tengok la dapat apa beb? Anyway, kami tak ikut pakej 100% pun. Kita boleh tukar quantity as advised. So, quantity kami in purple

Payment pula: Booking terpulang, first deposit (bagi info) RM200, second deposit (for them to start printing) 20% and balance upon pickup last item.

Since ada je item for before and after wedding, ada la tinggal sikit commitment balance.

Artwork? I can't share all, but I can share my wedding card. InsyaAllah after majlis I will posts the other pictures lah. I need those surprise elements for my wedding kan. 

Kad Kahwin & Envelope bercetak
For this particular package, you can choose from 7 designs. Ada banyak design lain kalau taknak ikut pakej ni. I thought this package on that day je. Rupanya, kalau pergi kedai, mungkin juga akan di promote pakej ini. 

Place / Lokasi kedai: Wangsa Walk Mall, depan FOS sebelum Food Court.

Oh. Tips Bakal Pengantin & parents.
Kalau nak post kad, better guna sampul surat kosong instead of sampul bercetak ni. It will cost more on the postage stamp. 

That's that for kad kahwin. Next I might be sharing about MUA. Since her FB page keeps popping up on my News Feed. Petanda suruh share la tu.

Till next time.

Disini bermulanya sebuah cinta
#ainaalif

Tuesday 18 August 2015

The Making of #ainaalif : Introduction to the Wedding

InsyaAllah, kami akan bernikah pada 19 September 2015 dan majlis untuk kedua pihak lelaki dan perempuan akan diadakan pada 20 September 2015 di Dewan Carsem.

Let's talk about our journey to get there.

1. My guide
Macam Pandu Puteri pula. Nope, saya team St John waktu sekolah dulu. So, nak kahwin ni langkah yang besar. Saya pun antara orang awal yang kahwin di kalangan kawan rapat. So, macam blur. Kakak pun takde nak tolong. Tiba-tiba cari semua kawan yang dah kahwin. 

One of them, dear Totty. Terus WhatsApp tanya kursus kahwin and nasihat-nasihat yang perlu. Totty pulak creative orangnya, so, apa-apa panduan warna tak tahu, tanya dia, and I follow je.

Kedua Ekin Ecane nama Facebook dia. Dia invite kita ke wedding dia and her wedding day seems magical, so, macam tertarik and terus bertanya-tanya apa yang patut. Like, her wedding planner, her make-ups and stuff.

Next, Moon. Yang ni macam pelik, I've been telling the whole world I'm getting married, tiba-tiba dia message me on Facebook and bagi tahu what to do. Tiba-tiba she's getting married before I am. Alhamdulillah majlis dia baru selesai 8 Ogos 2015 yang lepas.

Turut membantu, Chico. Ni power, bulan November 2014 kata, "I nak kahwin" the next thing, "Datang lah wedding I Februari nanti". His wedding cake is amazing and I pun bertanya-tanya juga pada dia.

2. Kursus Pra-Perkahwinan
Cik Anis teman saya dan Encik Tunang ke kursus kahwin.
Untung hang takyah pergi lagi nanti.
Kursus ini wajib bagi pasangan Muslim yang akan mendirikan rumah tangga. Kami pilih Hasani Kursus Kahwin. Siapa orang Ipoh, memang ini lah tempat pertama dalam otak bila cakap pasal kursus kahwin. It may sounds weird, tapi memang dari sekolah rendah bincang dengan kawan akan ke sini.

Step 1 : Daftar online di http://www.hasanikursuskahwin.com/
Step 2 : Bayar yuran RM80 je. Yang daftar online, akan dapat email and proceed to online banking lah.
Step 3 : Hadiri kursus 2 hari (Sabtu dan Ahad).

Minum pagi disediakan. Makan tengah hari sendiri. Kursus habis pukul 4 petang.
Yang perempuan sila pakai baju kurung kalau taknak kena perli dalam kelas.
Macam yang semua tahu, kursus kahwin mestilah 18SX kan. So, prepare lah mental anda. Prepare fizikal juga bagi siapa yang dah lama tak pergi kelas, kena duduk dalam kelas 2 hari.

Sijil kursus simpan baik-baik. I almost lost mine. Alhamdulillah tidak.

3. The bible
The Guide to be Bride Bible.
No no no. I am still a good Muslim. This is just a phrase I use to describe my book - Guide to being Bride. I have this habits of collecting note books particularly ones with bright colors, sekarang baru tahu gunanya. So, berguna juga la.

4. The discussion
So, pada suatu hari ni, Encik Tunang cakap, "Jom minum-minum. Bawa buku kahwin juga, boleh bincang". I remembered clearly it was almost 6pm that day. We went to #rowcome Cafe. Masakan panas pun belum ada lagi. We talked, and talked, and talked, and sorted out everything sampai bateri phone masing-masing dah nak mati. Sampai parking kereta tukar 2 kali (sebab keluar solat). Sampai pukul 12 tengah malam.

Alhamdulillah, that talk. We almost settled out everything. Dah nampak jalannya. Dah nampak majlis nya sipi-sipi. Dan juga, dah nampak lebih lagi, Encik Bakal Suami ni, macam mana orangnya.

And I fell in love with him again.

So, that's that for The Making of #ainaalif : Introduction to the Wedding. InsyaAllah I will share the details and where I got what in future posts. Since dalam gambar ade pasal kad kahwin. Maybe I'll share that next.

Until next time. Assalamualaikum.
Disini bermulanya sebuah cinta #ainaalif

Sunday 16 August 2015

The Making of #ainaalif : The Engagement

So, among all those hatred posts I've posted, I did tell that I'm engaged. Subtlely. I guess? In the blog titled Duka vs Suka.

Alhamdulillah, pada tanggal 27 Disember 2014, saya telah menjadi Cik Tunang kepada Encik Tunang. 

I don't know about anyone else, for us, we decided the date we planned to get engaged and married  first and then tell our parents. The parents meet up, and the ceremony is to make things official.

*FYI: Non-Malay reader; in Malay culture, we planned to get engaged. It's a ceremony on it's own. In Islam, (correct me if I'm wrong, when a couple agrees to marries each other, then they are engaged. Like in the movies, guys goes on one knees and proposed*

So, pada 27 Disember 2014 tu, hari Sabtu, we held a simple engagement ceremony. I will disclose what we did make that day a beautiful day. We call it perfect and we wouldn't want otherwise.

1. The hantaran
Kami berbalas hantaran pada hari pertunangan. Cadangan nya, pada hari perkahwinan nanti, either tak ada hantaran or letak balik hantaran tunang. So, hantaran di tekankan lebih pada hari pertunangan ini. Cadangan hantaran 7 balas 9 dulang. 7 dulang barangan perempuan, 9 dulang barangan lelaki.

*FYI: Hantaran biasanya nombor ganjil yang bermula dari 5vs7, 7vs9 and so on. Kebiasaannya angka besar tu barangan lelaki.

Hantaran Lelaki vs Perempuan.
Budak tak termasuk. :p
L1 : Tepak Sirih
L2 : Beg
L3 : Kasut + Tali Pinggang
L4 : Sepersalinan baju Melayu
L5 : Perfume
L6 : Buah - buahan
L7 : Buku Ilmiah
L8 : Jam + Wallet
L9 : Sejadah + Songkok

P1 : Tepak Sirih
P2 : Cincin
P3 : Kasut + Jam
P4 : Kain Ela
P5 : Perfume
P6 : Telekung + Sejadah
P7 : Coklat + Buah




Hantaran kami siapkan sendiri. Cumanya, Encik Tunang ni, anak terakhir yang kahwin, tenaga kerja dia hebat dan berpengalaman, hantaran dia sangat meriah and I love it! Saya pula anak pertama yang akan berkahwin, so, kami guna konsep simple - and it really is. And, walaupun katanya nak bagi kepada pihak lelaki 9, end up bagi 11 dulang. Sumbangan dari tetamu.

2. The jamuan
Seperti yang saya katakan, saya anak pertama mak ayah yang akan berkahwin. Anak perempuan pula tu. So, ayah macam excited dan adakan jamuan for 100 pax. Makanan kenduri biasa, I was full with butterflies, I did not eat during the cermony lah. I ate after. Mihmihmih. And if anyone knows ayah better, yes, there.is.satay! Yey! How can you not love the majlis with satay??

3. The make-up
Al-kisah, Anis, my dear sister pernah belajar mekap di satu spa di Ipoh Jaya ni. So, we went there to 'survey'. My budget was RM150. Baru nak bincang, ada MUA tu buat freelance. So, got her number and she did my makeup for RM100 only. Memang grab it lah kan. But, I did not like it. My eyes were too heavy, macam night make-up and dia nak buat sanggul I tinggi. I tak suka. I will not recommend her. Just in case orang terambil or terconsider dia. Her name, Sharifah Mashitah.

4. The photographers
Encik Tunang yang cari ni. Kawan dia. Alus. Facebook Fairus Sofian. Orangnya baik, mudah mesra dengan crowd, so, tak janggal nak bergambar. Seronok ada. Unofficial aka friend photographer, Totty. I just love her pictures and nak buat majlis meriah, got her. Datang, sorok handbag, terus bersilat, "Ok siap siap, act natural, nak amek gambar"

5. The cake
Cake dari The Coffee Beans and Tea Leaf - gitcew nama panjang. Suka kek ni! Cantik and tasty! What more can I ask from a cake?

6. The door gift
I rasa ni macam tak perlu. Tapi, anak-pertama-perempuan, so, perlu. So, we got a bahulu for the tetamu. Got from Kak Ju in Bangi. Design of the box boleh pilih and please confirmkan awal. You know how things happened. We got a little hiccup along the way but it turns out alright. Her number 013-227 1416 Kak Ju. Hope she didn't mind little feedback. Encik Tunang juga telah menambah sepaket coffee from Oldtown White Coffee and pocket calender. Juga disertakan a little sticker to emphasize the day.

7. The guests
Disini nak memohon maaf ada kawan-kawan yang marah sebab tak ajak. Truthfully, we are under quota. Lagipun, tunang je. So, I just invited closed friends and closed-by friends. Just a few yang baik hati datang dari jauh. For that, I love you lah.

Nebby, Nana, Jue, Nena, Jem, Tira, Totty
Not in picture: Sedan, Ayu, Hisyam & Ekin
8. The hand bouquet
I love Q's graduation bouquet and I want that. Thing is, hers is in purple, I got mine in yellow and white. Ok la. Got mine in Pasar Besar Ipoh. There's few kedai bunga and they can make a bouquet for you then and there. Kalau nak tunggu la. Tiba-tiba jadi minah bunga, suka semuaaa bunga.

9. The baju
Can't believe this appears not in the earlier number. Anyway, baju dibeli di Angsana Mall or Greentown Mall or Rainbow. Ada satu butik corner lot before Nagoya. Banyak choices and murah! Banding dengan gerai-gerai lain, same pattern, mine is RM170 yang lain jual RM400. Choose wisely people.

10. The mini pelamin
Pelamin mini, yeah - none. So I'm not fond of that. Motonya, show less now and wow them on the wedding day. Kalau semua nak tunjuk sekarang, jenuh nak keep up on the wedding. :p

So, I think that's that. Right after the ceremony, Encik Tunang bagi WhatsApp, "Wasn't it perfect?"
Indeed it is.

Apart from sharing my life event, post ni juga nak promote stuff and guide brides to be. And for my memories and my children's. InsyaAllah.

Disini bermulanya sebuah cinta. #ainaalif