Thursday 30 August 2012

Inai, Aidilfitri dan Merdeka.

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1Malaysia.

Masih belum terlambat bagi patik untuk mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri. Disini saya ingin menyusun sepuluh jari (yang telah berinai) memohon maaf atas segala kesilapan yang telah patik lakukan sepanjang perkenalan. Masa awal raya dulu, jenuh kat Twitter kata, kita ikut resmi Najwa Latip 'kosong-kosong' ye.

Eh eh, panjang pulak intro.

Entri kali ni pasal pengalaman berinai.

Waktu kecil molek comel (macam sekarang) dulu, patik, adik-adik dan kazen selalu jugak berinai. Note that, patik ada seorang je adik perempuan, dia wajib la berinai macam Kak Long ni, adik lelaki pun ikut juga kadang-kadang. Kazen laki pun sama. Macam seronok teringat raya dulu-dulu. 

Inai kami, biasanya opah yang buat. Dekat rumah opah ada pokok inai. So, opah ambil daun inai tu, gilingkan sampai lumat. Tektik opah, tambahkan sedikit nasi, bagi merah inai tu nanti. Mungkin juga nak menambah kuantiti inai tu. Mungkin. Malam raya tu pula, beratur tunggu turn nak berinai. Kalau permintaan tak ramai, opah akan buat sendirian. Kalau ramai permintaannya, Mak Cho, Puan Mummy atau mak masing-masing akan turun padang. 

Kami ni kanak-kanak, so, nak bagi inai tu tak bersepah kena muka ke, cadar, tilam semua la. Opah akan balutkan inai dalam plastik. Yang dah dewasa sikit, tak balut la. Dah besar kan.

Keesokkan harinya, masing-masing bangun awal. Nak berebut bilik mandi satu. Nak tengok inai siapa paling merah satu. Lepas compare (permainan paling biasa bila keluarga bercambah berkumpul) baru la mulai salam bermaaf-maafan. 

Oh memori.

Sekarang ni, inai tak payah giling, ada yag serbuk je. Sekarang ni, patik dan adik-adik dah tak balik rumah opah, tidur semalaman di sana. Rumah kami di Ipoh, kampung di Gopeng. Perjalanan mengambil masa 30-45 minit. Pagi raya baru kami bergerak ke kampung. Petang pula akan ke Sungai Siput beraya disana pula. Sekarang ni, semua mudah.

Oh, itu kisah inai dan Aidilfitri. Sebenarnya ada kisah lain, tapi panjang pulak. Untuk mengelakkan muntah hijau. Sampai sini sahaja. 

Raya, raya juga. Jumaat ni ulangtahun kemerdekaan negara. Apakah erti merdeka kepada anda?