Saturday 12 January 2013

Tips Elak Pacat

Ok Aena, gaya macam tiap-tiap hari masuk hutan, padahal, baru SEKALI je masuk hutan, survivor bagai. Ok Aena, kalau bab over, kau je yang menang. Yang lain taknak lawan pun. Ok Aena.

Ok. Time survivor hari tu, aku kena pacat sekali jee.. SEKALI jee.. So, aku macam nak share la kan, macam mana nak elak Mr Pacat ni. 

First thing first,
Avoid lah tempat berpacat. Laluan yang lembab, basah. Kalau memang tak boleh elak dah. Kena lalu situ juga, jalan laju-laju sambil kaki 90 degree.. Hahhaha!! Ini memang lawak. Aku dah praktikkan. Sangat penat untuk dilakukan juga. Sesuai untuk pergerakkan short distance bagi yang tak fit macam aku ni. Tips ini diberi oleh Encik Yap

And then, pakai tights and socks,
Personally, aku pakai tight dalam track suit. It's a heel-less tights, yang takde tumit tu. Then, pakai socks. Ia kedengaran macam sangat fobia. Memang pun. Andddd.. it's more bearable dan tidak ditertawakan rakan-rakan. Korang mesti pernah dengar nasihat cakap, masukkan seluar dalam socks. Konsepnya sama, just, tak lawak sangat. Dalam hutan pun kena cantik. *puih!




Pakai handsocks or stongan,
Tetiba dalam hutan aurat jaga gila, Kita tak tempat orang, kena la menjaga sahsiah rupa diri. Stongan tu, kalau boleh, biar yang keluarkan jari je. Ya, saya seorang geli pacat. Tips dari Cik Wani, handsocks belang-belang ni, JANGAN pakai bila camping di tengah panas, especially di pantai. Nanti kulit sama belang dengan handsocks. ok comel.


Insect repellent,
Kalau nak masuk hutan sekali je, kongi lah beli ramai-ramai. Jangan bazir duit ok. Tuhan tak suka.

Bawa garam,
Just in case pacat berjaya hisap darah korang dan korang tak puas hati dengan pacat tu. Taburkan garam atas badan dia. Nescaya, hati korang puas tengok darah keluar dari pacat dan pacat mati. *Ok perempuan ni dah psycho.

Walaupun kurang nampak, tapi, boleh la nampak yang tangan pakai stongan/handsocks. Tight and socks, tak yah tunjuk la ye. Malu. Just to know, I wore them.

Monday 7 January 2013

Outdoor Adventure Leadership Camp: Day 3

Last last last pasal camping. Bosan aih. Aku pun bosan. eh?

Dah nak habis dah camp kami. Awal-awal tanya, bila la hari ketiga ni. Time ni, dah macam 'ALaa, nak balik dah?' dasar manusia! hoho

Hari ketiga
Kami mulai hari dengan Mini Orientation. Memang mini betoi la.. Terkejar-kejar sana sini, kurang 10 minit habis. Tapi, memang penat la cerita nya, kena laju-laju kan. Lepas main, baru breakfast. Then ke aktiviti seterusnya. White water rafting bagi yang belum main and river boarding bagi yang  dah main rafting and lastly ATV. 

Oleh kerana Skipper rafting tak sampai lagi, geng rafting main air dulu. Geng ATV dah lama pergi main. Sebab main air - nak sejukkan badan, nanti menggigil masuk air. Pagi pulak, memang sejuk gila lah air sungai tu kan. Dah lama mandi baru macam teringat, durian boleh panaskan badan, so, makan durian banyak-banyak.

Tak lama lepas tu, skipper datang, oh - skipper tu orang yang kawal bot tu and yang bagi arahan apa nak buat. Aku memang excited la, tapi Sedan Tough senyap je, muhasabah diri mungkin. Kebetulan ada inflatable bot kat situ and paddle, geng rafting ni ambil and konon-konon prektis la.

Nak rafting ada 5 arahan simple, forward (paddle dari depan ke belakang), backward (dari belakang ke depan), stop or relax (angkat paddle keluar dari air), boom! (jangan duduk tepi, masuk dalam bot) and up (kembali ke posisi asal). Rafting pula ada 2 skipper, satu tak ingat nama, satu Kapten Amri, team Vulcan - dapat yang professional skipper, team Lipan Bara dapat Kapten Amri. Kami mula lah berafting! Excited habaq hang! Mula macam takut takut, tapi macam best.

Yang jadi tak best dan pengalaman, bila bot kami stuck di satu jeram yang dipanggil sandwich. Aku ingat, time tu, aku nampak Erin Hot tengah pegang kasut, aku cakap pakai la kasut sambil bergerak ke kanan bot ikut arahan Kapten, tak sempat gua pegang tali bot tu, bot terbalik!

Aku stuck bawah bot tu, peluk bantal di tengah bot tu. Tapi aku pikir, sampai bila nak macam ni, air tak tenang, nanti patah tulang semua, aku try keluar dari bawah bot. Dah keluar, aku nampak kawan-kawan kat depan dengan bot tebalik. Selamat juga dah belajar apungkan diri, aku praktikkan. Memang langgar banyak batu la, sakit bontot beb. Telan air jugak dah banyak sangat.

Alhamdulillah, dalam banyak-banyak batu yang bontot ni langgar, ada satu tu, air dia tak deras sangat, gua terduduk terus, tercungap-cungap sorang-sorang tengah sungai tu. Skipper team Vulcan datang selamatkan. Alhamdulillah sangat.

Ambil nafas sekejap sambil Yap Gagah hantar Erin Hot balik khemah sebab Erin Hot dah traumatize. Then, perjalanan diteruskan, kali ni dengan skipper Vulcan and Faris Fit ganti Erin Hot. We did enjoy the moments! Seronok! Walaupun dah lemas sikit, I think I'll do it again. InsyaAllah.

Next, kami pula main ATV. Kami tanya Faris Fit, seronok tak main tu. Dia kata, 'seronok, masa turun dan masa naik.' Tanya lagi, apa yang seronok. Faris Fit cakap, 'Dah, tu je'. Memang pun, mencabar masa naik dan turun, jalan agak bosan, cuaca tak mengizinkan kott.. At least, dapat main.

Selepas tu, majlis penutup. Terima kasih Sir Niza datang ke majlis penutup kami. Usai majlis penutup, kami pun naik bas dan pulang ke Arau. Sepanjang dalam bas, gua tidur je. Penat syiall.

Panjang pulak entri ni. Well, sedikit excited ada pengalaman yang tak dapat kat tempat lain.

 Ni gambar tambahan team lain. Cantik syial!

 




Terima kasih team Lipan Bara, kita team no 1 dari awal sampai habis, just last tu, jadi team no 1 dari belakang pula. Terima kasih for the meaningful weekends,  nangis sama, gelak sama, main sama, sakit sama. I love you ollz lah!!