Wednesday 31 August 2011

Bosan lah

Zaman sekarang ni, ada lagi ye dialog sedemikian??

Dialog #1

'Abang, besarnye rumah gf abang! Adik tengok pun dah segan la, betul ke abang serius dengan dia?'

'Mak, tadi adik pergi rumah gf abang, besar rumah dia mak.'

'Kamu yakin ke pilihan kamu ni? Kita ni keluarga miskin je. Tak setanding dengan dia.'


Dialog #2

'Saya bukan orang senang. Saya takut awak hidup susah je bila dengan saya. Awak kan dah biasa hidup senang?'


Dialog #3

'Acik bukan nak mencampur hal kau dengan bf kau Ros. Tapi kau ni cantik, berpelajaran, umur pun muda lagi. Setakat posmen tu, tak usah le. Baik kau fokus kau punya study, kerja baik-baik. Cari yang betul-betul boleh menjamin masa depan kau. Sampai bila dia nak kerja macam tu? Acik cakap dari pengalaman.'

Update : Dialog #4 (Thank you Cik Put)

'Abang, abang minat tak Senah? Adik tengok macam abang suka dia je.. Senah pon adik tengok suka abang.'

'Ade la juga suka... Tapi tengok la rumahnya.. Kaya... Abang tak mampu nak bagi dia apa-apa nanti...'



Bosan lah.

Thursday 25 August 2011

They care about me :')

Arau ke Shah Alam ke Melaka ke..

I'm going to further my studies..

This what I found out on the family PC's desktop..


Comel tak family I??

Comel giler kan?!

Wednesday 24 August 2011

Dirty Little Secret




Everybody have a secret..

What's your Dirty Little Secret?

Do tell, don't speak out you name..

Leave comment by anonymous..

Share out people!

It will be a relief to share..

Tuesday 23 August 2011

Penat aka tired

I just got back from Perlis! Weeeee~~~~~?

With Miss Put, Miss Jem, Miss Tira, Mr Hery and Mr Sapet..

Rinduuuuuu...

So, tadi, salah satu event of the day is jumpa Mr Hery meets Mr Koordinator untuk minta izin untuk tukar campus.

FYI, I've done this before. Right after I got the offer letter for continual of degree studies. I went to UiTM Shah Alam, I met with Bahagian Pengambilan Pelajar, I met the Deans of Business Faculty. And I was disappointed. I accept it.

So, bila Mr Hery pergi bertanya, Miss Nena ikut juga. Mr Koordinator cakap, alasan kena kukuh. *ada lah alasan yang diberikan

And, Miss Nena like... There is still hope??

Miss Put, Miss Jem dan Miss Tira, encourage me. Ayat mereka yang sangat terharu dan tak boleh bla..

'Sekarang kita kena fikir, macam mana nak bawak Aena keluar dari tempat ini (Arau).'

Sumpah terharu wahai perempuan sekalian.

Tapi, saya dah pernah mencuba. Anda tahu kisah saya. Anda mungkin tahu betapa kecewanya saya.






Saya dah penat. Saya tak nak putus asa. Saya juga tak sanggup kecewa lagi.


To Miss Wani : kite bukan tak nak dengan kamu, tapi, yela, kawan-kawan biasa tak ada. Tak syiok..

Monday 22 August 2011

Mesej Minta Maaf

Ai ada satu habit, bila orang mesej Ai, Ai akan balas laju-laju...

Tapi, just in case, time mereka mesej, Ai busy..
-kerja
-tidur
-not available
-hp tinggal tah kemana
-hp cas

Ai tak balas mesej mereka..
-lupa
-tak relaven untuk balas, sebab soalan dah basi

So, siapa yang terkena..

Ai minta maaf banyak-banyak..


QOTD #1 : Maybe

"A guy and a girl can be just friends, but at one point or another, they will fall for each other. Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late or maybe forever"

Dave Matthews Band


Credit: Nana's desktop sticky note


New segment of the blog : Quote of the day~

Day 12: Something you don't leave the house without

Identification Card? Nahhh

License? Nope..

Hand phone?? Nope..


Clothing! Yea~



cantik nya dia~

Sunday 21 August 2011

Damn!!

Sudah seminggu aku berharap..

Sudah seminggu juga dia mempermainkan ku..

Mempermainkan fizikal, mempermainkan mental..

Aku tersiksa!









oh Period ku!



*update: selepas post ini di publish, saya terus punch card untuk meneruskan kerja. tiba-tiba, rasa sakit yang amat. saya menuju ke tandas dan guess who suddenly appear?! Makcik Period! Sumpah mengada!

Wednesday 17 August 2011

Permandangan Comel

Juadah berbuka di bulan Ramadhan ini, biasanya di masak oleh Puan Mummy.. Main course la..

The drinks akan di beli di bazar Ramadhan oleh Encik Daddy. Biasalah, minuman berbuka merupakan air kelapa. Mungkin lebih dari satu, bergantung kepada permintaan.

Bagi appetizer pula, biasanya buah-buahan. Yang Encik Daddy beli ataupun diberi oleh Encik Cousin. Buah pilihan merupakan tembikai dan betik.

Seterusnya, dessert. The luxury of the family. 7 kepala, 7 taste berbeza. Ada yang suka kuih muih, ada yang suka bubur.

Saya dan Encik Bongsu, suka murtabak. Saya, to be specific suka bucu murtabak sahaja. Potong la 6, 8, 10. Saya akan ambil, hanya 1 piece, iaitu di bucu murtabak of the day.

Semalam, saya terpaksa berbuka di Kinta City, seorang diri kerana kerja yang tiada sudahnya. Ece'eh!

Sepulangnya saya ke rumah, saya menuju ke dapur, to look at what I've been missing today. Angkat tudung saji, dalam satu pinggan yang ada 3 jenis kuih lain, Encik Daddy telah tinggalkan 1 bucu murtabak untuk saya.

1 sahaja!

Permandangan itu sungguh comel!

Thank you Encik Daddy, Encik Tengah, Cik Achik dan Encik Bongsu..

Anyway, I didn't miss much, sebab Puan Mummy berbuka puasa di sekolah. So, di rumah pun, makan makanan yang dibeli. Yes yes yes!

*nampak tak sinar kedengkian di Ramadhan yang mulia ini??



Ow ow ow. See how I use the phases (main course, drinks, appetizer & dessert) of servings?? Ini semua gara-gara Cooking Mama!

Day 11: Favorite tv shows

I'm tooooooooooo verrrrryyyyyyy lazy to follow tv shows..

The only time I'll follow it, when I have all the series of the season.

Here goes,

This is how they began..


This is how they end..



Loving every drama, tears, laugh, excitement, etc.
Love it sooooo much I hope the series never ends..
Love it soooo much, I'm glad its ended perfectly...

Tuesday 16 August 2011

Of Stomach Ache #2, Beads & Watches

The other day, I posted about stomach ache..
Feel free to refer..

Today, I had stomach ache! I call it severe. I hate stomach ache..

Since I'm working, I can't lie down...

What I did was,
  1. Visit the toilet
  2. Drink carbonated beverage.
Deyme! It works!! So, feel free to practice it anytime you need em..

Stomach ache no more!

_____________________________

Moving on..

I've purchased items online!! And I'm very satisfied with the items and services provided! Thank you to Beadxie Shopx and Chross Watch!


This is what I've purchased from Beadxie Shopx. Yea, just another girly stuff. It's cute ok!



And these is what I've purchased from Chross Watch. I've been longing for this watch like forever. It's something like dream come true? Hehe.. *sorry, gambar pecah pulaa..

You can browse their album for more info..

That's all folks.


This is me, satisfied with their service. Roger out.

Day 9: A favorite picture of your best friend

Entri ini tidak bermaksud untuk pilih kasih, pilih sayang, pilih pilihan.. Saya ada ramai best friend, tapi saya tidak mengambil inisiatif (tu ke eja nye?) untuk mencari gambar kalian di laman sesawang. Jadi, saya menyelongkar facebook kalian, and this is the best so far.. Walaupun saya tahu hakikatnya, mereka ada lebih gamba menarik..

Cik Put Put the baldi headed girl! Saya suka gambar ini.. Anda nampak mysterious.. Hahaha!! Sejak gamba ini release, anda juga dikenali dengan nama 'Baldi'


Cik Shaza Shifaa pula, saya suka gambar ini. Gambar yang saya jeles tak dapat ikut berjalan, tapi saya ada lagi 2 tahun di Perlis untuk kesini.. Gambar ini juga telah membuat Cik SS menang pertandingan kan?? *wink


Sekian

Monday 15 August 2011

Day 8: A place you've traveled to

Ai prefer the title to be..

A place you and family traveled to.

So, here goes..




Pulau Perhentian~

I'm not really a bitch err.. Maaf! Beach person but Pulau Perhentian is a breath-taking island, still is if I'll keep searching the picture.
With crystal clear water, amazing!
I don't like the beach tough, sakit kaki. I do not know how to swim. Hope you can see the relation here..
I went snorkeling (the only time I can swim, with assistance). Everybody else saw a turtle, poor me.
This is the one family trip I'll remember most, *cause its the only real family trip?



*When you come from family of 7, its hard to gather them together and go somewhere when the only fund is the parents

Saturday 13 August 2011

Day 7: Favorite movies

Day 6: A picture of something that makes you happy

This could replace Wordless Wednesday.. I'll post next Wednesday then~




Moving on~










Basically I like romantic comedy.
Action, without gruesome-head-off-blood-all-over, just gun and brilliant mind.

These favourite can be found on my Facebook page too..

Day 4: Your parents

Hamboii.. Panjang nyer kau punya Day 3 - Day 4 Aena??
Suka hati aku lah! Ye dak??

Encik Daddy,
Tuan Haji Razak bin Abdullah

Waktu kecil dahulu, cara nak ingat birthday Daddy ialah kerana, pada hari birthday Daddy, sekolah baru buka dari cuti semester. Sejak itu, ingat lah birthday Encik Daddy.
Encik Daddy juga seorang yang tidak memaksa.

A kata saya, A juga kata Daddy, selagi A itu tidak memudaratkan.

Saya suka bercerita perihal rakan rakan kepada Encik Daddy, cause he listens, remember and response.

Saya sayang Encik Daddy saya.


Puan Mummy,
Puan Hajah Norlaila binti Abdul Ghani.

Seorang cikgu di sekolah, juga di rumah.

Hari jadi sangat special. Setiap tahun akan cuti pada hari ini. Bukan sahaja Malaysia, malah seluruh dunia! Betapa special nya insan ini kepada saya.

Puan Mummy selalu bagi nasihat sentap. Macam tau je perkara tak diingini berlaku. Alhamdulillah, setiap kali mengikut budi bicara Puan Mummy, tiada yang tak diingini berlaku..

Saya sayang Puan Mummy sangat!


Kena marah

Lokasi #1 : Di tingkat atas rumah.
Situasi #1 : Menonton Ghost of Girlfriends Past. Terbau suatu aroma yang membunuh dari tingkat bawah rumah! Macam makanan favourite je..

Lokasi #2 : Di dapur.
Situasi #2 : Menikmati makanan kegemaran! Mak lalu di belakang dan berbicara.



'Mak marah betul makan nasi dengan kicap tu!'


Sobs sobs..
Mak marah saya..
Saya dah berdosa ke kat mak??
Dah jadi anak derhaka ke??
Sobs sobs..
Tapi... sambal tumis mak sedap makan dengan kicap...
Opah ajar!




*nanti raya minta maaf cium cium lah. ok?

Thursday 11 August 2011

Penghormatan


Sesi sembang pagi dengan rakan sekerja..

'No offense. Actually, I don't trust anybody here. Except you and this guy.'

Penghormatan tu beb!



Thank you~

Tuesday 9 August 2011

Empty Chair

Apa perasaan anda..

Ada kerusi kosong, sebelah kerusi tu, ada rakan anda sedang duduk lepak.

Anda penat berdiri. Anda putuskan untuk duduk.

Anda menuju ke kerusi kosong itu, dan melabuhkan punggung.

Sebaik sahaja anda merasai kenikmatan duduk.

'Kawan' berdiri, meninggalkan tempat duduk nya.

To do nothing but standing.



Saya hanya mampu tersenyum.

Saturday 6 August 2011

Best Friend

Joyah : Eiiii!! Menyampah betul aku dengan Senah! Pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet kutuk aku.. Pot pet pot pot pet pot pet siap la dia.. Pot pet pot pet pot pet pot pet benci betul!!

Aku : *diam seribu bahasa*

_____________________________

Senah : Eh, kau tau! Si Joyah tu.. pot pet pot pet pot pet pot pet tak reti buat kerja.. pot pet pot pet pot pet pot pet menggatal lebih.. pot pet pot pet pot pet pot pet malas aku nak layan.

Aku : *mengangguk tanda malas nak dengar lebih panjang*

_____________________________

*yawn~*

Elok la korang kawan baik. =)

Brother of same mother (name)



Dulu...
Dia cari aku, nak idea hiasan bilik..
Aku bagi idea, satu pun tak di pakai, dia guna kreativiti sendiri..
Dia hias bilik dengan kreativitinya, buruk!
Dia cari aku lagi, dan marah kerana pilihan buruk 'aku'..
Dia pilih yang aku cadangkan..
Aku tersenyum..

Dulu..
Dia mengelak dari jumpa aku..
Dia mengelak dari bercakap dengan aku..
Dia marahkan aku!
Sejam kami berbual di telefon..
Dia luahkan semua ketidakpuasaan hatinya selama mengenali aku..
Katanya, hidup dia lebih teratur jika dia tak kenal aku!
Aku sedih! Menangis!
Tak lama selepas itu, dia pujuk aku..
Katanya, tanpa mengenali aku, dia tak kenal hati budi 'rakan karib'nya..
Dalam mata yang berkolam, aku tersenyum..

Hampir setahun,
Dia menyambung pembelajaran di Melaka..

Hampir setahun,
Kami tidak berjumpa..

Hampir setahun,
Kami mengikuti perkembangan masing-masing melalui alam maya, telefon..

Dia,
Pemberi semangat..
Pengkritik tetap..
Kawan..
Musuh..
Abang..

Ya..
Aku benci kau juga!



Sorry.. I can't really-directly be your junior..
I'll study International Business in Perlis, you do the same in Melaka ya..
Good luck bro!


p/s: To dear Lynn.. Take care of my brother~



Monday 1 August 2011

Energy drink

Cara-cara membuat milo o dengan selamat.

  1. Masukkan air panas 1/3 cawan. Proses membuat milo dimulai dengan mengisi air panas untuk mengelakkan hot-water-dispenser anda kotor dipercik air milo/teh/dan lain-lain.
  2. Masukkan gula secukup rasa. Tujuannya, mengelakkan anda terminum atau membazir di masa hadapan akibat kelibat-kelibat askar semut! Semut itu melupakan, jadi langkah ini sangat crucial. *Jika anda menggunakan susu pekat manis, gantikan gula dengan susu.
  3. Masukkan milo sesedap mungkin. Personally, saya suka milo banyak-banyak. Anda pula bagaimana?
  4. Kacau campuran hingga sebati.
  5. Masukkan air sejuk/biasa kedalam cawan hingga penuh.
  6. Sambung mengacau dan nikmati milo anda.

Minum milo anda jadi sihat dan kuat!
Selamat bersahur dan berbuka kalian!!

Jangan bagi alasan nak cuba resipi milo ini disiang hari di bulan Ramadhan ini ya! Hepp!! Jahat budak jahat!