Monday 18 July 2011

Rezeki masing-masing

Saya pemegang diploma dari UiTM.

Saya bakal meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Muda di UiTM.

UiTM dihatiku? Sikit lah.

Semester akhir di UiTM, saya ingin memohon sambung belajar. Saya meminta pandangan para pensyarah. Samada memohon terus dengan UiTM atau UPU.

1. Kamu tak boleh memohon melalui UPU. UPU hanya untuk mereka yang telah tamat belajar. Kamu hanya boleh memohon melalui UiTM. Dibawah tajuk, 'Penerapan Pelajar Diploma Tahun Akhir ke Ijazah Sarjana Muda'

2. Kamu hanya boleh memohon melalui UiTM. Jika kamu memohon UiTM dan UPU, kedua-dua permohonan kamu tidak akan dilayan. Jangan tamak, pilih salah satu sahaja.

3. Jika pilihan kamu adalah memohon melalui UiTM, bagus. Jika kamu tidak memohon melalui UiTM, mana-mana universiti lain tidak akan melayan permohonan kamu, kerana kamu bukan seorang graduan. Mengapakah kamu tidak mahu memohon UiTM? Ramai pelajar diluar sana berebut-rebut untuk menjadi pelajar UiTM.


Saya hanya memohon melalui UiTM, Alhamdulillah, saya berjaya melanjutkan pembelajaran.
Sahabat saya memohon kedua-duanya, alhamdulillah. Beliau dapat tawaran dari dua buah universiti, UiTM dan UM.
Kawan saya tidak memohon UiTM dan hanya memohon UPU, beliau tidak dapat tawaran dari mana-mana pihak universiti pun.

Konklusi saya seorang yang cetek ilmu pengambilan pelajar.
:: UiTM suka mengugut pelajar supaya tidak lari ke universiti lain untuk menyambungkan pelajaran
:: Kadang-kadang, mereka akan menepati janji. Kadang kala, lain pula jadinya.
:: Saya lebih suka menyambungkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti selain UiTM, tetapi rezeki saya di sini.

5 comments:

hani wani said...

tu yang kamu majuk tu ?

Nena's said...

tu merajuk sikit.. pastu tambah plak event2 lain, merajuk lg besar laa.. heee.. ngade kan?

Fakhrulzakry said...

actually same goes to me. but nak buat camne, takut nak isi upu, mohon lah uitm jugak, mujur dpt. hurm

Nena's said...

kalo apply uitm je, rasa kompem dia amek kot..
dak uitm pun die xtrima, cmne lak pelajar lain kannn

a d i n said...

peh.. aku taktau plak uitm macam ni.. macam pelik je taleh apply upu.

anyways, rezeki ada di mana2, gudluck ye cik aena, =)