Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Saturday, 8 February 2014

Stop it. Please.

Hi Sedan, Hi Nebby gak.
Eherm. Ok serius.
I should change my address.

So, I should be in Shah Alam. Merasa suasana hidup ikut fakulti instead of campur dengan semua orang like it is a bad thing.
I should be in Melaka, merasa lecturer support our cause habis-habisan. Merasa lecturer bagi kerjasama dan menyenangkan kerja untuk KAMI ke oversea.
I should be in Segamat, merasa jadi senior Hanis Zalikha, padahal dia pun dah habis diploma time tu.
I should be in Puncak Alam, merasa bontot jadi cantik sebab setiap hari naik tangga 'Batu Caves'.
I should be in Sarawak, merasa bulatan besar sangat dan laksa Sarawak yang sedap tu dan tak reti nak balik rumah.

You know what? I'm not. And I am stuck at Arau, Perlis. Yes. 3 tahun diploma + 2 tahun degree. 5 tahun total.

Please stop mentioning what I loss during those years. It hurts.

Gladly, I found my remedy and I dear them all. Very. I love you Kyotocol. Thank you for being there. Mwah.

Gamba paling senonoh aku dapat cari yang ada kenkorang semua
Dipetik dari FB Deeba. No 28 tu.
Batch kitorang ada:

1. Jamirul Syafiq - ketua yang suka menonoks, suka menjerit
2. Izayu Ibrahim - ganas tapi ada dimple yg manis selalu gaduh dgn Jimmy (No1.)
3. Fatihah Zaimi - photographer kelas yg suka awkward bila gambar dia kena ambik
4. Syed Faisal - suka gila dgn jet/kapal terbang/helikopter even hafal setiap jenis
5. Lea Zila - byk gambar rare dkt dia pasal dia suka snap setiap masa dahla suka lukis comelcomel
Zarifah Bt Zahir Affandi - kakak garang yg suka cubit yg suka tegur adikadik dia supaya behave tp baik sebenarnya
7. Amirruddin Omar - si kaki gym
8. Twins Khumaini - pandai mengurut, sentiasa ada kerja nak dibuatnya tapi selalu sakit, cepat sihat meny
9. E-kin KnightLey - budak IB tapi dah jadi budak sportrec pasal selalu main frisbee dengan diorang 

10. Naim Kamal - sweetheart *kononnya* budak kelas, baik tapi jahat, dahla power futsal !
11. Siti Nor Asikin Khamis - style datindatin, sporting je, suka gelak nyaring & sentiasa nak majukan diri, dia urut best !
12. Keen Zainuddin - pandai pilih baju bundle power, lawak dahla kreatif gilos suka posing pulak tu
13. Anip Matt - 'sape tuuu' boleh cakap siam banyak general info yg dia tahu
14. Ainaa Hazwani - snow white yg paling semua orang selesa sebab dia coooool
15. cik bi - bekas mpp uitm dan suka pergi hep
16. Ashraf Samsudin - lawak nak mampos tapi penakut ular/ulat kecik/tinggi etc etc
17. Rubi Alias - diam je tapi kerja selalu cepat siap lepastu rileks je style dia
18. Erin Amani - neelofa jadian katanya potong rambut lepastu menyesal terpaling slumber
19. Nadzrul Nordin - safee sali utk ragbi suka KPOP *hahahhaahaha* layan RM jugak
20. 'Aeisyah Ahmad Khairul - ommunie yg kaki travelling english terer!
21. Mahfuzah Zulkifli - menantu aei yg berpakej lengkap dah duduk obesea pun
22. Mohammad Faris - kaki minum tea o/air suam kaki bebel suka bangkang tp lastlast buat jgk kadangkadang gentleman ok
23. Siti Quraisyiah - beauty with brain yg pelat sikit tapi pelat yg comel la
24. Juhaida Amran - tegas pendirian, macam garang je sebenarnya sporting
25. Sedan - pun suka menonoks sikit gaya cakap matang macam umur 33, tapi perangai budakbudak jugak
26. Nurul Ain Othman - otak peniaga ape je nak dijualnya suka peluk orang
27. Athirah Azizah - baguih buat powerpoint, photoshop, video eh pasal computer dia terer lah edit edit
28. Deeba Firdaus - errrr sesentap tapi suka outdoor tapi malas jogging tapi nak kurus


Damn aku rindu korang. :'(
*I tot kelas kita ada 29 orang? Hewhewhew

Monday, 9 September 2013

My Melaka Journey

Assalamualaikum dan salam sejahtera hendaknya,


So... Last weekend, saya ke Melaka Bandar Bersejarah. Ini kali ke-2 ke Melaka. Tapi, kata orang Melaka seorang tu, 'Kalau pergi Melaka tak try Coconut Shake Pantai Klebang jangan cakap dah pergi Melaka'. Sedih hati 2 saat. So, rasa tak lokek la pergi Melaka kali ni.


Kita bertolak dari Kuala Lumpur pagi Sabtu. Perjalan mengambil masa 1jam++ kot.. Kita tidur lah. Sampai di Melaka, kita terus ke Taman Buaya dan Rekreasi Melaka. Buaya nya, banyak sangat, besar-besar. Tapi, buaya ni malas eh. Duduk diam je. Selamat la ada satu buaya ni buat show sikit. Terhibur lah hati. Tiket, untuk dewasa RM15. Ok la kot. Kanak-kanak tak tahu. 



Sesudah habis di Taman Buaya, kita pergilah check in di homestay. Homestay kita di Taman Pandan Maju. Cari lah kat Google Map, jenuh tak jumpa (or mine is outdated, tak tahu la pula kan). Nak cari homestay ni, Google je. Homestay ni, kita dapat di Carihomestay.net. Menarik juga website ni. Dah kelaskan ikut negeri, ikut bandar pula. Wow! Harga homestay kita ni, RM170 semalam. Check out pukul 2 petang, tapi kita nak check out lambat, kena tambah sikit la. Lokasi dia, tak jauh cari Pusat Bandaraya and Bandar Dihilir. Bilik ada 3, air cond, washing machine, tv with Astro, fridge, pinggan mangkok. Cantik la. Yang kureng sikit, takde water heater. Wuuwuu. (manje nyew!) Check it out here. Pandan Maju Homestay


Rehat-rehat kan badan kejap, segar-segarkan badan juga. Kita keluar untuk sesi malam pula. Dalam pukul 5.30pm kita keluar. Teruslah mencari Coconut Shake yang kononnya famous tu. Guna Google Map, dekat je la dengan rumah. Mula dah runsing da, kenapalah jalan nya jem sangat. Rupanya, benda tu tepi jalan je. Tak tahu lah kalau kita salah coconut shake ke kan. Tapi orang beratur memang panjang. Kita sampai dalam pukul 6pm kat sana. Tengok board, dia kata, tutup 6.30pm. Beratur pun tak panjang. Alhamdulillah, merasa sudah. Harganya, RM2.50 satu. Sedap juga. Merasalah.


Next lagi, kita lunch + dinner at Asam Pedas Claypot Kota Laksamana. Kita bukan orang Melaka kan, katanya Melaka famous asam pedas. Dan tentulah bersepah orang jual asam pedas. Kita tak tahu yang mana best, kita Google je. Top search, Asam Pedas Claypot Kota Laksamana. Kita datang dalam pukul 7pm. meja dah banyak tapi orang tak ramai lagi. Dia punya hassle nak uruskan kedai, gaya macam akan fullhouse. Set dia, nasi putih + asam pedas (boleh pilih ikan), sayur kacang panjang and sambal belacan. Ok la. 3/5 la. Sebab tak pedas sangat and tak masam sangat. Tapi ada ikan pari, faveret!


Dah kenyang, dah makan, kita ke Bandar Di Hilir. Naik River Cruise. Sila bawa MyKad untuk warganegara ye. Boleh dapat tiket harga RM10. Kalau tak RM15. Ada photobooth macam biasa, tapi gambar tak wajib beli pun. Tangkap je gambar, senangkan hati workers tu. Harga gambar RM35 - RM45. Sepanjang rivercruise tu, ada bangunan yang ada painting yang menarik. Cantikk.. and Kampung Morten, pergh! Lawaa.. Oh, duduk depan kat dalam kapal memang menarik, tapi, jangan la duduk depan sangat. Air sungai percik-percik. Ewww.


Dah naik Rivercruise, masa untuk patahkan kaki di Jonker Walk. Macam uptown je, tapi lagi menarik sebab banyak barang and makanan locals. Macam tepat lah pilihan kalau ke Melaka. Harga pun menarik barangannya, tapi takde cash masa tu. Tak beli apa-apa pun. Sedih hati 3 saat.


Keesokkan hari, dah segar, kumpul balik tenaga yang hilang semalam. Kita ke Bandar Di Hilir lagi. Kali ni jalan-jalan dalam bandar je. Seronoknya Melaka, bila dia punya point of attraction are within walking distance. So, Google Map point kan tempat, kita jalan je ke sana. Kita park kereta di Balai Polis Melaka Tengah. Macam jauh, tapi tak. Seriously. Nak parking tengah bandar, memang takde and mahal.

 


Kita mulakan dengan melawat Muzium Seni Bina. Amboi seronok orang seni bina tu. Kita pun seronok, dapat tahu jenis rumah-rumah Malaysia. Menarik. Nak masuk free je. Lagi la menarik. Amboi kedekut. Lepas tu, naik ke St Paul Hill. Makam orang Perancis eh? Lupa lah. Menarik, sebab tinggi and HAMPIR nampak seluruh Melaka. Sejuk juga, angin kan. Kita teruskan berjalan area situ, sampai lapar.


Dalam pukul 2pm, dah lapar. Ada orang cakap asam pedas terbaik ialah Asam Pedas 35 di Bandar Di Hilir. Alhamdulillah lagi, dekat je. Dari Mahkota Parade, dalam 10 minit berjalan je. Kali ni, dia ada lauk lain. Dan ia LEBIH sedap dari Asam Pedas Claypot Kota Laksamana. Pedas dia best, masam dia pun terasa. terliur pula. Lokasinya di Jalan PM 5. Kepada awak yang baca sambil Google Map tak jumpa tu.

Dah kenyang, dah gemuk, jalan lah buang lemak. Kali ni kita mencari cenderahati nak bawa balik. Kita lupa la nama tempat tu. Memang banyak la cenderahati yang menarik hati. Kawan-kawan pun dah dapat. Makanan locals yang mengimbau kenangan lalu pun kita ada beli. Puas hati lah.


Dalam pukul 6 petang, kita check-out homestay tu. Amboi tepat pukul 6pm orang tu dah text tanya, dah keluar belum. Efficient betul. Kita continue berjalan di Bandar Di Hilir dalam kereta saja. Sebab penat. Then kita dinner di Ikan Bakar Parameswara, Medan Ikan Bakar Umbai. Kesian sikit pada restoran di depan tu, takde orang pun, di belakang, penuh. Anyway, saya ni orang Perlis (5 tahun je), compare Umbai and Kuala Perlis, KP lagi best. Harga, Umbai lebih melampau. Bukan mahal sikit tau, MELAMPAU. Untuk menjamin makan best dan mengelak perasaan ditipu, tanya in details sebelum lauk anda dimasak.

That's the end of My Melaka Journey. 

Thursday, 30 August 2012

Inai, Aidilfitri dan Merdeka.

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1Malaysia.

Masih belum terlambat bagi patik untuk mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri. Disini saya ingin menyusun sepuluh jari (yang telah berinai) memohon maaf atas segala kesilapan yang telah patik lakukan sepanjang perkenalan. Masa awal raya dulu, jenuh kat Twitter kata, kita ikut resmi Najwa Latip 'kosong-kosong' ye.

Eh eh, panjang pulak intro.

Entri kali ni pasal pengalaman berinai.

Waktu kecil molek comel (macam sekarang) dulu, patik, adik-adik dan kazen selalu jugak berinai. Note that, patik ada seorang je adik perempuan, dia wajib la berinai macam Kak Long ni, adik lelaki pun ikut juga kadang-kadang. Kazen laki pun sama. Macam seronok teringat raya dulu-dulu. 

Inai kami, biasanya opah yang buat. Dekat rumah opah ada pokok inai. So, opah ambil daun inai tu, gilingkan sampai lumat. Tektik opah, tambahkan sedikit nasi, bagi merah inai tu nanti. Mungkin juga nak menambah kuantiti inai tu. Mungkin. Malam raya tu pula, beratur tunggu turn nak berinai. Kalau permintaan tak ramai, opah akan buat sendirian. Kalau ramai permintaannya, Mak Cho, Puan Mummy atau mak masing-masing akan turun padang. 

Kami ni kanak-kanak, so, nak bagi inai tu tak bersepah kena muka ke, cadar, tilam semua la. Opah akan balutkan inai dalam plastik. Yang dah dewasa sikit, tak balut la. Dah besar kan.

Keesokkan harinya, masing-masing bangun awal. Nak berebut bilik mandi satu. Nak tengok inai siapa paling merah satu. Lepas compare (permainan paling biasa bila keluarga bercambah berkumpul) baru la mulai salam bermaaf-maafan. 

Oh memori.

Sekarang ni, inai tak payah giling, ada yag serbuk je. Sekarang ni, patik dan adik-adik dah tak balik rumah opah, tidur semalaman di sana. Rumah kami di Ipoh, kampung di Gopeng. Perjalanan mengambil masa 30-45 minit. Pagi raya baru kami bergerak ke kampung. Petang pula akan ke Sungai Siput beraya disana pula. Sekarang ni, semua mudah.

Oh, itu kisah inai dan Aidilfitri. Sebenarnya ada kisah lain, tapi panjang pulak. Untuk mengelakkan muntah hijau. Sampai sini sahaja. 

Raya, raya juga. Jumaat ni ulangtahun kemerdekaan negara. Apakah erti merdeka kepada anda?


Friday, 27 July 2012

Stages

I am studying in Perlis and currently in my hometown, Ipoh. While in Arau, I believe there is someone like me and my family. I seldom call them just to say hi, ask how they are doing or just because I feel like doing so. Sometimes, I knew about my brother choking incident, my mother not feeling well, through Facebook. NO. Don't blame Mark Zuckerberg. We always been this way.

When I'm back in Ipoh, for almost 2 weeks now, I just learnt that my aunt have cancer and currently at stage 4. I'm no doctor and I have frickin' idea about cancer stages. But, from movies, film and Mr Wikipedia. Stage 4 is the last stage of cancer. And I wonder, what happen after stage 4? What could be happening till it requires my family from Kelantan to come to Perak?

I searched for 'Stages for cancer' and this is what I get:


As a no doctor Miss Nena, what happen after stage 4? I'm not a child and I knew better than 'people lives forever' but for me, it's really hard to accept the fact. I wonder how my cousins handle this. To know they are going to lose their mother. and yet, I have this thinking, this question. But I don't know how to ask my mommy or daddy.

The question that have 'death' word.

But then, I could just think positively, spread the positive attitude. It's depressing enough to have cancer. I Shouldn't make it worst. So, I'm thinking a question like:

'Is Mak Ngah going to be ok?'

Well, hey, who am I lying? I hope she's going to be just fine. Maybe, celebrate Raya with love ones. Not just this Raya, many many after.

___________________________________

*update*
I visited her just now. She not ok. She's great! Well I guess, people do live forever? I wish you well. (^_^)

Wednesday, 23 May 2012

Senarai Kesyukuran #1

  1. Saya bersyukur saya dilahirkan didunia ini.
  2. Saya bersyukur saya masih benafas.
  3. Saya bersyukur saya dinamakan Ainaa Hazwani - Mata yang cantik, Pemberianku
  4. Saya bersyukur Mak pilih Hazwani instead of Syazwani, nanti salah eja, mak kata.
  5. Saya bersyukur saya dilahirkan pada 10 Januari. No cantik!
  6. Saya bersyukur saya ada sahabat baek giler, as in, baik dan giler, Puteri Nabila.
  7. Saya bersyukur boyfriend saya Alifjandro Mokhtar.
  8. Saya bersyukur menjadi geng RPA0410.
  9. Saya bersyukur ade yang percaya dan yakin dengan kerja saya. Terima kasih.
  10. Saya bersyukur jerawat jarang tumbuh di pipi
  11. Saya bersyukur saya suka air masak.
  12. Saya bersyukur saya belajar di UiTM Arau, Perlis.
  13. Saya bersyukur saya pandai jaga diri dan tak memalukan ibu bapa.
  14. Saya bersyukur saya tak pandai simpan dendam
  15. Saya bersyukur saya bukan seorang pemarah
  16. Saya bersyukur pointer saya cantik, walaupun bukan 4.00
  17. Saya bersyukur saya ada abang yang baik. Fakhri Azri
  18. Saya bersyukur Family saya unik dan lively.
  19. Saya bersyukur saya reti membaca
  20. Saya bersyukur saya suka membaca
  21. Saya bersyukur saya tak boleh rasa dan nampak entiti.
  22. Saya bersyukur orang yang rapat dengan saya masih di dunia.
  23. Saya bersyukur dengan ketinggian dan berat saya walaupun ramai yang kutuk.
  24. Saya bersyukur ramai kutuk saya - saya dapat lebih pahala
  25. Saya bersyukur saya sempurna tubuh badan dan akal fikiran
  26. Saya bersyukur saya bukan seorang thinker - yang terlalu memikirkan masalah
  27. Saya bersyukur saya boleh let go.
  28. Saya bersyukur saya bukan rich and famous - susah nye nak hidup
  29. Saya bersyukur saya jarang sakit.
  30. Saya bersyukur badan saya tak mengada - tapi, saya mengada
  31. Saya bersyukur saya ada kawan yang boleh dipercayai.
  32. Saya bersyukur saya tak kedekut duit
  33. Saya bersyukur saya berkira duit kepada yang perlu
  34. Saya bersyukur saya dapat JPA (diploma).
  35. Saya bersyukur saya boleh mengawal kemarahan Jue.
  36. Saya bersyukur perasaan touching saya dengan rakan-rakan cepat surut.
  37. Saya bersyukur saya ada perasaan malu
  38. Saya bersyukur Cikgu Kudin dan Madam Izwani percaya saya boleh jadi Pelakon Wanita Harapan dalam Feskum.
  39. Saya bersyukur diberi peluang berlakon Hantu-Hantu Yang Saya Kenali
  40. Saya bersyukur saya reti kawal diri untuk mengungkit.
  41. Saya bersyukur saya tak reti menyakiti hati kawan setelah kawan beri tahu ketidak-suka-an nya terhadap sesuatu
  42. Saya bersyukur Mak pandai pilih baju cantik-cantik, nanti Mak tak nak, saya boleh ambil! =)
  43. Saya bersyukur saya berkulit cerah dan berambut cerah sikit dan kerinting.
  44. Saya bersyukur saya sambung belajar di UiTM Perlis dalam kos International Business
  45. Saya bersyukur saya dapat kawan dalam kelas yang giler happening!!
  46. Saya bersyukur saya dapat kawan yang memahami
  47. Saya bersyukur saya kawan dengan Ayu yang direct sound.
  48. Saya bersyukur saya kawan dengan Sedan yang banyak idea.
  49. Saya bersyukur saya serumah dengan Hana and Wani yang bestttt
  50. Saya bersyukur saya kawan dengan Q yang cantik, baik hati, comel
  51. Saya bersyukur saya kawan dengan Yap, Kecik, Naim, Pak Din yang sangat unik
  52. Saya bersyukur saya bf saya tak mengongkong saya
  53. Saya bersyukur saya cepat tangkap subject
  54. Saya bersyukur saya dapat buat kawan-kawan ketawa


Ni senarai kesyukuran yang dah buat dari Diploma dan baru di post sekarang. Sebab, terlalu banyak yang saya bersyukur, 1 list ain't gonna be enough.. InsyaAllah more lists are coming.

Friday, 2 March 2012

Tolong Decide

Ok. Cerita dia ini macam. Semester baru ni, haku dan rakan-rakan IB seluruh dunia oops Malaysia, yang sama batch of course, yang belajar kat UiTM juga, akan ambil 8 subject dalam masa 4-5 bulan. 

Masalah problem nya la ni. Aku rasa aku tak mampu nak ambil 8 subject tu. Tapiiiiiiiii.....

Deep down inside, aku rasa aku mampu la pulak..

Ok, jom analisa.

Kalau ambil semua subject tu. Kita akan...
  1. Ada cuti semester 2 bulan lebih.
  2. Puasa diwaktu cuti, yang totally boring sebab tak boleh keluar and makan.
  3. Tapi, boleh banyakkan ibadat dibulan puasa, since 'article2 kat facebook' tu cakap? ada baca tak?? -Wani ada baca. tanya dia.
  4. Sangat busy. Jangan tanya kenapa jadi zombie makan buku je.
  5. Peluang untuk dapat Dekan, kena usaha lebih, tapi tak mustahil, sebab ada senior dapat 3.84. Pergh!
  6. Peluang untuk dapat ANC lebih terjamin, provided Dekan juga.
  7. Walaupun begitu juga, saya yang malas membayar hutang prefer ANC sebab tak nak bayar PTPTN yang juga belum apply lagi. FYI, bila kita dapat ANC, PTPTN jadi scholarship, means, tak payah bayar. Weeeeeooooo!!
  8. Save RM400 (RM200/subject) intersesi

Kalau kita tak ambil semua subject. Kita akan...
  1. Tak ada cuti, sebab nak buat intersesi.
  2. Nak buat intersesi di Shah Alam, dengan bestie Nebby.
  3. Bila kat Shah Alam+Nebby+kelas yang tak banyak, kita akan enjoy.
  4. Bila ambil intersesi, peluang untuk dapat A dalam subject yang diambil akan cerah. Sekarang pun dah nampak A walaupun tak tahu subject apa nak ambil.
  5. Walaupun dapat A dalam intersesi, dan Dekan setiap semester, tak ada peluang nak dapat ANC sebab tak ikut arus modanesasi.
  6. Walaupun begitu, menurut Encik Fader Abdullah, 'ANC tak penting, yang penting First Class Degree Honour'
  7. Bulan puasa juga busy dengan kelas dan boleh choose different tempat berbuka yang sedap sebab kengkonon kat Shah Alam/KL banyak tempat makan.
  8. Tapi tak dapat makan masakan ibu tercinta.
Ok 8 point each tak? Perlu lagi ke? Nanti haku update kalau ada lagi yok?

Jemmmmm~Hello Jamilah! =D


Monday, 20 February 2012

War at home

Harini Daddy-ku pulang dari kampung
Daddy belikan kain ela
Kain ela cantik warna biru
Untuk Mummy, Anis and Me
Lalalalalalalalala
Kami bertiga sungguh seronok
Marilah mari adik-adik
Pilih kain daddy beli..
(Nyanyi ikut lagu kereta kecil warna merah)



Harini Daddy balik dari kampung
Daddy belikan kain ela warna biru
Untuk Daddy's angels

Harini Daddy akan menyaksikan perang
Perang dunia ke-3
Dimana Daddy's Angels berebut pilih kain

Angel Mummy, Angel Anis 
This.Means.War!!!!

*update*
 Yeap.
Kami berperang.
Berperang berebut kain yang satu.
Walaupun Daddy beli cukup untuk semua.
 

Monday, 13 February 2012

perihal rumah masa cuti

... haaa, tajuk hampir sama dengan sebelum ni, tapi ae beza.. translate time jadi masa.. 

so, hari ni punya ceritera chinta.. 

Tadi tengah syok online, baca blog sendiri.. Incik Daddy bawakan 2 mangkuk letak depan mata Ai.. Satu, dipenuhi dengan jambu batu yang telah dipotong kecil. Satu lagi, dengan kuah rojak-pakcik-malas. Incik bF saya tau yang mana satu.. Budak area rumah pun, kalau pergi pasar malam yang sama mesti tau.

Anyway, disini menguatkan lagi yang Incik Daddy saya sungguh manis dan memahami anaknya suka jambu tapi malas nak potong..

Tambah markah handsome untuk Incik Daddy!!

Incik Daddy juga mungkin dalam diam mengatakan anaknya ini sudah gemuk?? So, dia bagi makan jambu sahaja sebelum anaknya makan nasi. Tidakkk!!!

Perihal Rumah Time Cuti

Semalam pergi shopping dengan mummy, kat Greentown Mall, tapi kita orang lama Ipoh ni, kita panggil Rainbow. Kita beli barang dapur, banyak, penat nak tolak troli berat tu. So anyway, kami nak beli susu, sebab susu kat rumah dah habis. FYI, kat rumah kami, tak guna susu lemak manis or krimer manis. Kami menggunakan susu tepung, lebih sihat. So, we came out with two choices, either nak Fernleaf Kuat or Omega Plus.



Previously, kami guna Fernleaf Kuat. Ai yang tak suka susu sangat pun, suka Fernleaf kuat. Then, semalam nak beli, kami macam berbalah. 

Mummy nak fernleaf kuat, sedap katanya. Adik kat rumah nak Omega Plus, kata mereka sedap. 


Ai yang tak tahu apa-apa ni, tengok packaging both. Fernleaf Kuat ada 3T, Tulang, Tumbesaran, Tenaga. Untuk Omega Plus pula Helps lower cholesterol, high in calcium and reduced fat. So, Ai prefer Omega Plus, sebab Ai rasa my cholesterol level getting higher. Ai ni budak bisnes (marketing) so, I percaya kepada advertisment, printing and branding. Puan Mummy pula dia Cekgu Sains dan Fizik. Untuk membuat keputusan, Puan Mummy compare-kan nutrition facts of each product. Amek kau! Ok diam.




*******************************

Tadi, sedang lipat baju, ada banyak seluar track, semua kepunyaan adik bongsu, Awe. Mamat ni, sangat berdisiplin, tak tahu ikut siapa. pagi sekolah. Tengah hari, rehat, Facebook, FIFA World Cup kejap, then buat homework, sampai petang. Petang keluar bersukan. Malam tuisyen. Habis tuisyen study sampai pukul 12 tepat. Tutup buku, tidur. 

Demmit! we're talking about a Form 4 student on February. Patutnya, honeymoon months lagi. Time cuti CNY seminggu tu, ajak dia tengok wayang, dia jawab, 'Along nampak tak homework Awe berlambak ni?'. Ok diam.

Apa-apa pun, Along doa ang sukses!


Dia study dalam bilik, sebab kakak-kakak dia duk melalak kat depan.

Monday, 12 December 2011

Yibao

Suatu hari yang tidak kurang stressnya, Incik Daddy called. We talked and I felt relief.

Then I checked my phone, I got a missed call from a number I don't know, usually I just ignore it. But then something inside me said, 'Call the godamm number!' and I did. It was my Granny! we talked for a minute or two and I felt even relived.

Usually, on Saturday, I'll wake up late and start day with assignments and studies. Not this Saturday. Mrs Mummy going to be here! I'm pleased!

I miss my family and Ipoh.
Saya rindu keluarga saya dan Ipoh.

Monday, 7 November 2011

Dinner

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam yang menyambut perayaan ini.

Selamat hari cuti pertengahan semester kepada pelajar ISM UiTM.

Selamat hari cuti minggu terakhir bagi pelajar diploma freshie UiTM.

Selamat hari cuti kedua terakhir kepada pelajar lama diploma UiTM.

Selamat hari cuti beberapa hari kepada para pelajar lain, para tenaga pengajar, penjawat sektor awam dan sektor swasta.

Selamat hari Isnin malam selasa bagi yang lain - lain.

Seperti biasa, cuti ni, memang taklah kau nak cari aku kat Arau sana nun kan. Sudah tentu aku berada di kampung halaman, Ipoh.

I'm Ipoh mali babe.

Tiap kali balik cuti, hati kecil ku meronta-ronta untuk berjumpa dengan beberapa individu ini:

  1. Keluarga ku. Habis, aku nak tidur mana tak jumpa mereka?
  2. Encik BF ku. Note, kami adalah pasangan yang paling jarang ber-dating. Dah 2 minggu berturut-turut aku pulang ke Ipoh, tidak juga bertemu si bF.
  3. Sahabat karib. You know who you are angels.

Usai berjumpa meraka, aku rasa cuti aku sudah cukup sempurna. 

So, UiTM, after Jumaat ni, you can take my cuti away, cause I've met my love ones.

Nota kaki kanan:
Bila rasa gembira tepuk tangan,
Bila rasa bosan, cari matlutfi90.


Sebenarnya ada beza pengorbanan dan kebodohan. Serius. (matlutfi90, 2011)

Tuesday, 25 October 2011

Entri Tamat Diploma

Tanggal 23 Oktober, saya dan rakan-rakan satu batch sudah pun bergelar Graduan Diploma UiTM serta Alumni UiTM.. Hoho..

Saya tiada koleksi gambar peribadi, jadi saya menunggu rakan-rakan meng-uplaod gambar yang ditangkap dan berharap mereka ingat diri saya di Perlis ini. *yang korang tinggalkan seketul-ketul bila korang balik bercuti sampai hari Rabu.

Anyway, yang pantas tuntas meng-upload gambar adalah Cik Shaza dan Puan Mummy.

Puan Mummy dan Encik Daddy.. Sorry tak dapat 3 bintang.. (Tiru caption Shifaa)


Razlan loves Truitty

Gadisku

Candid!

Candid dirancang

2 family bersatu - Agaknya Jem, bila kita boleh kahwin? HAhhahaha!!

Friday, 9 September 2011

Day 19: Something You Miss


The Family
Pentipu Besar
FE Crew
RPA Boys
RPA Girls
Crew Siding 113
Truitty


Shaza Shifaa~




p/s: I do not know how to arrange these picture. So, who comes first or last doesn't matter. These is what I missed, I miss, I'll miss. Take care humans!

Thursday, 1 September 2011

Basic People

Blogger dah maju! Ni rasa bersemangat nak menulis ni!

Anyway, today I don't feel like doing anything...
Sebab badan tak berapa nak sihat walafiat..
But still, I'm going to write about..

The basics..

Saya orangnya simple sahaja, kalau dah jadi kawan saya, saya prefer mereka menganali these few peoples..

First!
My bestest friend in the whole wide world.
Siapa lagi kalau bukan Cik Put Put?
Heeee...
Alasannya, senang nak keluar beramai-ramai, seronok juga..
Korang takkan menyesal kenal Cik Put ini..
Never..
Tak percaya, tanya kawan saya yang baru mengenali dia..
Cik Khai, Cik Fira, Incik Shafiq, Incik Malek dan kawan-kawan kerja lain lah..
Sumpah dia best!

Next!
My parents..
Mummy or/and daddy~
Ni kes kalau kau nak bawak anak sulung dia ni keluar..
Senang la kalau dah kenal mereka..
Tak lah mereka bising saya keluar tak tentu hala..
Dah kenal kan..
Kenal bermaksud, tau nama, pernah berjumpa depan mata, bersalaman dan sedikit perbualan..

Oke! Dah habis!
Sakit datang balik..
So, Selamat Hari Raya, Maaf Ampun silap salah!
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-54!
Lastly, Happy September people..

phewwww...  How time flies..
Mood : Wake me up when September ends~