Sunday 15 April 2012

Happy Birthday & Meggi Goreng Bodoh

First thing first, it's April 14,

Happy Birthday kepada perempuan ini. Dah errr, brape tahun haa wish birthday kat kamu?? (22-7) kira sendiri. That's how old our friendship is.

So, selamat hari jadi! Happy birthday! Shengri kuaile! Moga Allah selamatkan kamu. Cepat kahwin & buat pilihan yang tepat - for both husband and parti pilihanraya nanti. Kerajaan ke, pembangkang ke, tak kisah, yang penting.. *inappropriate message here*.. Pilih sewajarnya. hohoo..



Happy birthday pompuan!! Lovieuuuuu~

___________________________________
ok.. moving on.. This part of the entry, khas dedicated to @NurHaniSyazwani.

Haritu kiteorang main masak-masak. Kami masak meggi goreng jep.

*oke anda boleh buat muka sekarang dan cakap betapa lame nye kami sebab dah umur 22 baru nak belajar masak meggi goreng lauk tak nak belajar pulop*

Anyway, this is a VERY-DEADLY simple-pimple-dimple-nipple meggi goreng. *sudah sudah la condemn tu*

Mulai dengan Bismillah. Then basuh tangan. Hygiene tu penting ok.

Goreng 2 biji telur, jadi scramble ini macam..


Sediakan 3 paket maggi goreng perencah kari.. Wajib kari untuk kes senang gila punya maggi goreng ye.


Next, ambil 2 ulas bawang putih. 2 sahaja oke~ Jangan banyak-banyak, nanti jadi badan jadi busuk. Walaupun bawang putih baik untuk kesihatan..


Penyekkan bawang dan cincang halusssss...


Panaskan minyak dan goreng bawang putih diatas sehingga kekuningan. (ayat @NurHaniSyazwani pada waktu kejadian, 'Alamak kantoi kuali buruk.') Errrr..


Next, Kumpulkan perencah maggi tu, 3 kan tadi?? Apaaa?? Lupa?? Cek balik! Ai cakap, 3 maggi perencah kari, so, u'olls kena ada 3 peket perencah kari..


Campurkan dengan air perencah kari sekalian tadi.. Kacau sehingga sebati..


Masukkan cecair perencah kari tadi dalam kuali buruk.. kacau sehingga naik bau..


Patah-patah kan meggi mee ikut pecahan yang digemari.. Ini adalah untuk memastikan maggi cepat masak dan kita senang makan. Aum!



Masukkan air kedalam acuan tadi, sedikit sahaja. Ai buat silap haritu. Terletak banyak pula. Kalau air tak cukup sebab meggi belum lembut, boleh tambah lagi..


Masukkan meggi yang dipatah-patah kedalam acuan yang telah menggelegak..


Tadaaaa.. dah ada rupa.. Tapi, sangat sunyi. Sebab takde sayur sayuran dan hiasan lain. So, jika ingin perasaan meggi yang lebih meriah. Masukkan sayur, cucur, tauhu dan lain-lain.


Akhir sekali, masukkan telur yang awal-awal digoreng. Gaul sebati sekata.


Hidang!! Maaf, rumah kami takde bekas cantik-cantik. Alas meja cantik je mampu.


Ok. P main masak-masak. Ai rela jadi judge tak berbayar. hohoo..

Idea dan gambar dan alas meja cantik : Credit to @NurHaniSyazwani aka Hani Al-Bakri katanyaa...

1 comment:

Anonymous said...

haha. resepi internet. malangnya anis dah bt dlu sblm along. :P