Thursday 20 December 2012

Outdoor Adventure Leadership Camp: Day 1

Tarikh: 7-9 Disember 2012
Tempat: Sg Sedim, Kulim, Kedah

Sebelum
Gua rasa macam sikit-sikit best, sebab enjoy dengan kawan-kawan, away from work, destressed. Tapi, pikir banyak-banyak macam tak best pun ada, sebab tak tahu tempat kat mana, apa akiviti, macam mana penjagaan diri dan kebetulan, datang bulan pulak..

Hari Pertama

Sampai Sg Sedim, campsite. Memang excited! Sebab, mesti ada aktiviti White Water Rafting, dah sampai Sedim kott!! Macam ok jugak tempat dia. Well at least, ada toilet, walaupun tak mewah. Bak kata Kapten Amri, nak bagi keluar dari comfort zone. Girls dapat satu khemah, macam sempit juga memandangkan girls ramai. Khemah boys seronok, mereka bahagi 3, sidai baju, tidur, beg & kasut. Kami, situ la sidai baju, situ lah tidur, situ lah beg. 

First day, siang tu, just be with team members and create name. Team gua ada 5 orang, Nena Omey, Leya 4S, Erin Hot, Sikin Sexy and Yap Gagah. Yes, seorang je lalaki. Group kami group #1, nama Lipan Bara. Kami tak menang sorakkan terbaik, well, bila first group, memang akan ada salah.

Biasa la bro. Kami dilayan oleh faci macam putera dan puteri, sikit punya baik. Bagi makan durian banyak-banyak, rambutan many-many, nak mandi sungai sampai kembung pun oke and dapat dry beg!!Tengah seronok tuu, dengar la ura-ura kata, 'Malam ni depa nak ragging kita, kita layan ja apa depa wat la ni'.

Petang petang sikit, 'badadadumm'. Survivor! In groups, dia akan hantar kita bersepah-sepah, bagi makanan and shelter, dan ditinggalkan dalam hutan for 12 hours. First dengar, pergh! Kejam syial! *oh-so-budak-bandar. Tapi dah sampai campsite, bandar tak bandar, kelam kabut cari kayu nak buat api. Sampai pun dah pukul 6.30 petang, bila-bila je matahari terbenam.

Buat api, buat api, buat api 4 jam beb! Tu pun 2 unggun je, Alhamdulillah lah. Ade juga, so kami memasak pula, penat buat api, lapar la semua nya pun. Masak nasi, sardin and bubur nasi. Sedap pulak, dengan masakan tak seberapa tu, makanan rasa abu api tu. Dah makan solat, then sembang-sembang, makan lagi, pastu tidur. Group lain, dengar cerita, tidur mewah. Group gua, gua tidur 3 jam, Erin Hot dalam 2 jam, Leya 4S pun hampir 2 jam, Sikin Sexy and Yap Gagah 30 minit je. Cerita hantu tu, ada la sikit, nak tau, tanya personally ye.

Ok, sini je entri first day. Nak tulis semua sekaligus, kang menyampah pulak nak baca. Kan? Survivor kami tak bergambar langsung, takut. Ni gambar Lipan Bara yang dah survive.


Gambar ehsan Kapten Amri and Leya 4S.

1 comment:

Anonymous said...

Salam,

Lovely blog! If you have any interesting photos of Ipoh that you would like to share with us, please do not hesitate to contact us. :)