Showing posts with label Sharing. Show all posts
Showing posts with label Sharing. Show all posts

Thursday, 22 December 2016

The Making of ainaalif.jr - Third Trimester

Assalamualaikum,
By the time I post this, Alhamdulillah, I gave birth to a beautiful baby boy. Pengalaman mesti la di tulis selepas ia berlaku kan. So, here goes my experience for the third trimester.

Since I've forgotten things, blame my pregnancy brain, I'm referring to Fit Pregnancy and Baby as my guide for this post. 

Braxton Hicks and baby movement
Braxton Hicks, dalam bahasa biasa, perut mengeras. Bak kata my colleague, Zana, masa mengeras tu, baby macam tengah tambah daging (membesar). Perasaan tidak selesa sikit, tapi it'll go away lepas you change position. Duhh. Every pregnant mothers knew this. 

Baby movement pula, bila terasa something kicking dalam perut. At first, I macam geli. Hahaha! Sorry sayang. I mean, it does feel weird. Lepas hidup 26 tahun, tiba-tiba feels like your food kicking you. Tak gila? So, start disini, kebiasaannya, doktor akan suruh kira pergerakkan bayi, those kicks. Pastikan bayi bergerak 10x dalam masa 12 jam. Since I am very forgetful, I've made a personal group, to count these kicks. Nak tahu pukul berapa start, pukul berapa habis, jarang antara satu sama lain dan bila dia aktif.

My baby active dalam pukul 6. A way to say, "Mommy, it's 6pm, ready to go homeeee!" 

Persiapan ke hospital
Macam yang diperkatakan dalam The Making of ainaalif.jr - Second Trimester, kami laki bini dah mulai beli barang untuk ketibaan orang ketiga. I'll share the list in the next post - insyaAllah, this is penting. At least for me, if I have the chance to do this again the first time, I would want to know.

Sakit-sakit di third trimester:
  • Sakit perut - OMG! Dulu I ada online window shopping and this 'supporting belt' was flashed to me. Imma like, 'Hek eleh, amende natang ni. Bawak perut pun tak lalu ke?'. Sekali jadi kat kita, huh! Amekkau. Like seriously, tak larat bawa perut. I remember times, I was holding my tummy macam bawak tembikai.
  • Fatigue - Sangat! Buat menda sikit, penat. Balik lambat sikit, penat. Jalan jauh sikit, penat. Tak buat apa-apa, penat. Selalu je suami balik, tengok I dah tidur. Adeyhh.
  • Backaches - This is too real people! terutama masa baring. Jangan la berangan nak baring biasa, you'll have to lie on your sides, preferably left side (dan ada orang akan argue - sunnah baring belah kanan.) Which is  not wrong - terpulang pada keselesaan.Tengah malam pun I akan bising nak tukar posisi kiri ke kanan sebab sakit okeyyy.
  • Lack of bladder control - so far, masih boleh control, cuma sangat kerap la pergi toilet. Takpe, kemudahan toilet dimana-mana. No biggie. 
My third trimester:
  • You are big! So, people everywhere gives you everything. Want to seat, have a seat. Nak jeruk? Abang bagi diskaun, rezeki anak. Lif hampir terlepas, no worries, ada je tolong tahan. Barang berat, biar suami angkat semua (terima kasih suami).
  • Jaga berat badan - ini sangat penting. Sila perhati berat anda ye. It's true berat semasa mengandung ni bertambah, tapi berat semasa third trimester ni tak patut bertambah banyak sangat. Ini yang terjadi pada saya. Hutang lagi post pasal The Delivery Day.
  • Lawat hospital yang cadang nak bersalin nanti. Ini juga akan di cover dalam The Delivery Day.
  • Prepare to breastfeed. Pergi mana-mana pun, orang akan cakap, susu ibu adalah yang terbaik. Tapi, tak salah nak prepare formula milk. Bukan menidakkan rezeki, cuma kita tak boleh predict masa hadapan kan. Lain kali bebel kat post lain. Maybe juga dalam The Delivery Day.
  • Kaki bengkak like crazy. Rasa macam kaki tu belon. Bengkaknya... Nak jalan pun susah. Mak kata, bila bengkak tu surut, nak bersalin dah tu. First kaki bengkak, I ok je, dia surut. Tak bersalin lagi. Kali ke 2 bengkak, surut je, bersalin terus. Suratan atau kebetulan? Ntah. Tips nya, selalu-selalu tinggikan kaki masa tengok TV. Minta suami tolong picitkan, bagi darah mengalir je.
Oh ya, last. Saya buat monthly checkup di klinik swasta - sebab saya nak scam setiap bulan dan saya takde masa nak ambil banyak cuti. Atas desakan semua yang mengenali diri ini, (termasuk doktor dihospital), sayan telah mengambil keputusan untuk buat juga buku di klinik kesihatan berdekatan. Malangnya, saya telah di tegur (macam marah, tapi nurse muka ada senyum), cakap, "Kalau dah buka buku kat swasta, tak perlu buka buku kat sini dah. Lagi pun dah lewat sangat. Test di swasta dan disini sama je. Nak bersalin nanti, bawa kad ni, serah pada hospital. Doktor tak halau. Melainkan awak ada masalah kesihatan yang kena refer hospital, tak ada keperluan nak buka buku di sini."

So, that's that. Alhamdulillah, journey mengandung 9 bulan. Sekarang, dah jadi Mak saya ni. Hehehe. 



Thursday, 23 October 2014

Broga

Well well, orang lain dah pergi, dengan ini, hamba nak declare, hamba pun dah pergi Broga lah.

Bila cakap pasal Broga ni, tak urban la kalau duduk KL tapi tak pergi kan? Gittew. So, aim nak pergi dalam tahun pertama kat KL ni, tapi, tak kesampaian. Alhamdulillah, merasa juga la pergi pada tahun pertama di Shah Alam.

Kami ber-4, patut ber-5, last minute Izmer cancel. Ayat dia, "Sorry, tak dapat ikut, kawan nikah pukul 10am, takut tak sempat. Korang continue lah ye?' Imma like, "Ok. No probs. Next time maybe." and he was like, "Korang continue ke?" and I was like, "Kau ingat kau penting sangat nak kteorg cancel sebab kau?"

Ok tak, yang last tu tipu. But we did continue, so, there was 4 of us, the Arau-ians, the Kyotocol. Ayu, Sedan, Kikin & I.

Kami sampai kaki bukit dalam 6.15am, marah juga la Cik Ayu sebab takut tak sempat kejar sunrise. Oh, parking inside the area, was charged RM2. Ok la, kau park kat luar, nanti kaki dah lembik, penat jalan woi. Boleh pulak, stokin aku buat hal, HILANG! Dengan kelam kabut kejar sunrise, stokin hilang, gelap, aku tak perasan langsung ada kedai jual stokin kat situ! Note: readers, ada kedai jual stokin,  torchlight, hiking stick in case you need any lah. Aku hiking without socks lah.

Hiking up it was ok, tak la beban dan menyakitkan kaki sangat. Coming down, pergh! Terasa melecet si kecil saya. :'(

We reached the top about 7.00am. Tak dapat lah sunrise macam dalam gambar. But the sun is there and the view is mesmerizing. Alhamdulillah, syukur nikmat, kepada Tuhan yang memberi rahmat. Since it was Deepavali, the crowd is huge! Ramai gila beb! Tak la sunyi sangat since semua pun buat hal masing-masing.

Tangkap gambar berjuta la mesti, tapi, since camera Ayu, belum dapat lagi gambar itu. Next week mungkin, sobs sobs.

Rating (compare to Bukit Tabur):
Toughness : 2/5 (memang hiking, but my first tough hike was Bukit Tabur, so, this is mehh)
View : 3/5 (nothing much, weather was not very good, sub-urban pula. So, OK la. )
Cramps : 2/5 

Now, I don't know what's wrong, I think I'm going to have fever. Huu. Budak manja di suruh panjat bukit. Cenggitu lah jadi nya. Oh, I think since we chillax naik & turun, my legs do not cramp much. Sikit lah.

Saturday, 8 February 2014

Stop it. Please.

Hi Sedan, Hi Nebby gak.
Eherm. Ok serius.
I should change my address.

So, I should be in Shah Alam. Merasa suasana hidup ikut fakulti instead of campur dengan semua orang like it is a bad thing.
I should be in Melaka, merasa lecturer support our cause habis-habisan. Merasa lecturer bagi kerjasama dan menyenangkan kerja untuk KAMI ke oversea.
I should be in Segamat, merasa jadi senior Hanis Zalikha, padahal dia pun dah habis diploma time tu.
I should be in Puncak Alam, merasa bontot jadi cantik sebab setiap hari naik tangga 'Batu Caves'.
I should be in Sarawak, merasa bulatan besar sangat dan laksa Sarawak yang sedap tu dan tak reti nak balik rumah.

You know what? I'm not. And I am stuck at Arau, Perlis. Yes. 3 tahun diploma + 2 tahun degree. 5 tahun total.

Please stop mentioning what I loss during those years. It hurts.

Gladly, I found my remedy and I dear them all. Very. I love you Kyotocol. Thank you for being there. Mwah.

Gamba paling senonoh aku dapat cari yang ada kenkorang semua
Dipetik dari FB Deeba. No 28 tu.
Batch kitorang ada:

1. Jamirul Syafiq - ketua yang suka menonoks, suka menjerit
2. Izayu Ibrahim - ganas tapi ada dimple yg manis selalu gaduh dgn Jimmy (No1.)
3. Fatihah Zaimi - photographer kelas yg suka awkward bila gambar dia kena ambik
4. Syed Faisal - suka gila dgn jet/kapal terbang/helikopter even hafal setiap jenis
5. Lea Zila - byk gambar rare dkt dia pasal dia suka snap setiap masa dahla suka lukis comelcomel
Zarifah Bt Zahir Affandi - kakak garang yg suka cubit yg suka tegur adikadik dia supaya behave tp baik sebenarnya
7. Amirruddin Omar - si kaki gym
8. Twins Khumaini - pandai mengurut, sentiasa ada kerja nak dibuatnya tapi selalu sakit, cepat sihat meny
9. E-kin KnightLey - budak IB tapi dah jadi budak sportrec pasal selalu main frisbee dengan diorang 

10. Naim Kamal - sweetheart *kononnya* budak kelas, baik tapi jahat, dahla power futsal !
11. Siti Nor Asikin Khamis - style datindatin, sporting je, suka gelak nyaring & sentiasa nak majukan diri, dia urut best !
12. Keen Zainuddin - pandai pilih baju bundle power, lawak dahla kreatif gilos suka posing pulak tu
13. Anip Matt - 'sape tuuu' boleh cakap siam banyak general info yg dia tahu
14. Ainaa Hazwani - snow white yg paling semua orang selesa sebab dia coooool
15. cik bi - bekas mpp uitm dan suka pergi hep
16. Ashraf Samsudin - lawak nak mampos tapi penakut ular/ulat kecik/tinggi etc etc
17. Rubi Alias - diam je tapi kerja selalu cepat siap lepastu rileks je style dia
18. Erin Amani - neelofa jadian katanya potong rambut lepastu menyesal terpaling slumber
19. Nadzrul Nordin - safee sali utk ragbi suka KPOP *hahahhaahaha* layan RM jugak
20. 'Aeisyah Ahmad Khairul - ommunie yg kaki travelling english terer!
21. Mahfuzah Zulkifli - menantu aei yg berpakej lengkap dah duduk obesea pun
22. Mohammad Faris - kaki minum tea o/air suam kaki bebel suka bangkang tp lastlast buat jgk kadangkadang gentleman ok
23. Siti Quraisyiah - beauty with brain yg pelat sikit tapi pelat yg comel la
24. Juhaida Amran - tegas pendirian, macam garang je sebenarnya sporting
25. Sedan - pun suka menonoks sikit gaya cakap matang macam umur 33, tapi perangai budakbudak jugak
26. Nurul Ain Othman - otak peniaga ape je nak dijualnya suka peluk orang
27. Athirah Azizah - baguih buat powerpoint, photoshop, video eh pasal computer dia terer lah edit edit
28. Deeba Firdaus - errrr sesentap tapi suka outdoor tapi malas jogging tapi nak kurus


Damn aku rindu korang. :'(
*I tot kelas kita ada 29 orang? Hewhewhew

Monday, 9 September 2013

My Melaka Journey

Assalamualaikum dan salam sejahtera hendaknya,


So... Last weekend, saya ke Melaka Bandar Bersejarah. Ini kali ke-2 ke Melaka. Tapi, kata orang Melaka seorang tu, 'Kalau pergi Melaka tak try Coconut Shake Pantai Klebang jangan cakap dah pergi Melaka'. Sedih hati 2 saat. So, rasa tak lokek la pergi Melaka kali ni.


Kita bertolak dari Kuala Lumpur pagi Sabtu. Perjalan mengambil masa 1jam++ kot.. Kita tidur lah. Sampai di Melaka, kita terus ke Taman Buaya dan Rekreasi Melaka. Buaya nya, banyak sangat, besar-besar. Tapi, buaya ni malas eh. Duduk diam je. Selamat la ada satu buaya ni buat show sikit. Terhibur lah hati. Tiket, untuk dewasa RM15. Ok la kot. Kanak-kanak tak tahu. 



Sesudah habis di Taman Buaya, kita pergilah check in di homestay. Homestay kita di Taman Pandan Maju. Cari lah kat Google Map, jenuh tak jumpa (or mine is outdated, tak tahu la pula kan). Nak cari homestay ni, Google je. Homestay ni, kita dapat di Carihomestay.net. Menarik juga website ni. Dah kelaskan ikut negeri, ikut bandar pula. Wow! Harga homestay kita ni, RM170 semalam. Check out pukul 2 petang, tapi kita nak check out lambat, kena tambah sikit la. Lokasi dia, tak jauh cari Pusat Bandaraya and Bandar Dihilir. Bilik ada 3, air cond, washing machine, tv with Astro, fridge, pinggan mangkok. Cantik la. Yang kureng sikit, takde water heater. Wuuwuu. (manje nyew!) Check it out here. Pandan Maju Homestay


Rehat-rehat kan badan kejap, segar-segarkan badan juga. Kita keluar untuk sesi malam pula. Dalam pukul 5.30pm kita keluar. Teruslah mencari Coconut Shake yang kononnya famous tu. Guna Google Map, dekat je la dengan rumah. Mula dah runsing da, kenapalah jalan nya jem sangat. Rupanya, benda tu tepi jalan je. Tak tahu lah kalau kita salah coconut shake ke kan. Tapi orang beratur memang panjang. Kita sampai dalam pukul 6pm kat sana. Tengok board, dia kata, tutup 6.30pm. Beratur pun tak panjang. Alhamdulillah, merasa sudah. Harganya, RM2.50 satu. Sedap juga. Merasalah.


Next lagi, kita lunch + dinner at Asam Pedas Claypot Kota Laksamana. Kita bukan orang Melaka kan, katanya Melaka famous asam pedas. Dan tentulah bersepah orang jual asam pedas. Kita tak tahu yang mana best, kita Google je. Top search, Asam Pedas Claypot Kota Laksamana. Kita datang dalam pukul 7pm. meja dah banyak tapi orang tak ramai lagi. Dia punya hassle nak uruskan kedai, gaya macam akan fullhouse. Set dia, nasi putih + asam pedas (boleh pilih ikan), sayur kacang panjang and sambal belacan. Ok la. 3/5 la. Sebab tak pedas sangat and tak masam sangat. Tapi ada ikan pari, faveret!


Dah kenyang, dah makan, kita ke Bandar Di Hilir. Naik River Cruise. Sila bawa MyKad untuk warganegara ye. Boleh dapat tiket harga RM10. Kalau tak RM15. Ada photobooth macam biasa, tapi gambar tak wajib beli pun. Tangkap je gambar, senangkan hati workers tu. Harga gambar RM35 - RM45. Sepanjang rivercruise tu, ada bangunan yang ada painting yang menarik. Cantikk.. and Kampung Morten, pergh! Lawaa.. Oh, duduk depan kat dalam kapal memang menarik, tapi, jangan la duduk depan sangat. Air sungai percik-percik. Ewww.


Dah naik Rivercruise, masa untuk patahkan kaki di Jonker Walk. Macam uptown je, tapi lagi menarik sebab banyak barang and makanan locals. Macam tepat lah pilihan kalau ke Melaka. Harga pun menarik barangannya, tapi takde cash masa tu. Tak beli apa-apa pun. Sedih hati 3 saat.


Keesokkan hari, dah segar, kumpul balik tenaga yang hilang semalam. Kita ke Bandar Di Hilir lagi. Kali ni jalan-jalan dalam bandar je. Seronoknya Melaka, bila dia punya point of attraction are within walking distance. So, Google Map point kan tempat, kita jalan je ke sana. Kita park kereta di Balai Polis Melaka Tengah. Macam jauh, tapi tak. Seriously. Nak parking tengah bandar, memang takde and mahal.

 


Kita mulakan dengan melawat Muzium Seni Bina. Amboi seronok orang seni bina tu. Kita pun seronok, dapat tahu jenis rumah-rumah Malaysia. Menarik. Nak masuk free je. Lagi la menarik. Amboi kedekut. Lepas tu, naik ke St Paul Hill. Makam orang Perancis eh? Lupa lah. Menarik, sebab tinggi and HAMPIR nampak seluruh Melaka. Sejuk juga, angin kan. Kita teruskan berjalan area situ, sampai lapar.


Dalam pukul 2pm, dah lapar. Ada orang cakap asam pedas terbaik ialah Asam Pedas 35 di Bandar Di Hilir. Alhamdulillah lagi, dekat je. Dari Mahkota Parade, dalam 10 minit berjalan je. Kali ni, dia ada lauk lain. Dan ia LEBIH sedap dari Asam Pedas Claypot Kota Laksamana. Pedas dia best, masam dia pun terasa. terliur pula. Lokasinya di Jalan PM 5. Kepada awak yang baca sambil Google Map tak jumpa tu.

Dah kenyang, dah gemuk, jalan lah buang lemak. Kali ni kita mencari cenderahati nak bawa balik. Kita lupa la nama tempat tu. Memang banyak la cenderahati yang menarik hati. Kawan-kawan pun dah dapat. Makanan locals yang mengimbau kenangan lalu pun kita ada beli. Puas hati lah.


Dalam pukul 6 petang, kita check-out homestay tu. Amboi tepat pukul 6pm orang tu dah text tanya, dah keluar belum. Efficient betul. Kita continue berjalan di Bandar Di Hilir dalam kereta saja. Sebab penat. Then kita dinner di Ikan Bakar Parameswara, Medan Ikan Bakar Umbai. Kesian sikit pada restoran di depan tu, takde orang pun, di belakang, penuh. Anyway, saya ni orang Perlis (5 tahun je), compare Umbai and Kuala Perlis, KP lagi best. Harga, Umbai lebih melampau. Bukan mahal sikit tau, MELAMPAU. Untuk menjamin makan best dan mengelak perasaan ditipu, tanya in details sebelum lauk anda dimasak.

That's the end of My Melaka Journey. 

Tuesday, 5 February 2013

Internship....Lagi


They say, 'Picture worth thousand words'.

Since my picture pun tah hape-hape, membuatkan banyak pembaca tertanya-tanya (gittew) ((AIdil salah seorang)); I'll explain lah senang.

First day at PETRONAS Trading Corporation Sdn Bhd or currently known as PETRONAS Trading Labuan Company Ltd - PETCO or PTLCL, located at PETRONAS Twin Tower, Tower 1, Level 35. Dah dapatkan pas, naik lif, yang ikut tingkat. Dah ikut tingkat, ada even and odd levels pulak. First time dah sesat. Haihs.

Sampai, macam amazed sebab spacious gila. Then I met the HR Personnel for PETCO, Miss Intan Nadia. Dia brief sikit pasal FAQs.

Then, di pass kepada facilitator, Miss Ain Onizukawaki, nope, not surpervisor - yet. So, Ain just briefly brief about PETCO, introduces to all the staff. Dia bagi work station, supposedly, cubicle tu untuk seorang sahaja, since tak ada tempat lain, cubicle tu dikongsi dengan rakan intern dari UMP - Azah. Each dapat computer with currently Intranet access, hopefully Internet access in the future - untuk kerja ok! A phone line is attached too. Ramai call, macam pelik sebab kami baru - so, semua pun wrong number.

Ain bawa round lagi and show us the prayer area. Dalam gambar di atas. Prayer area ni belakang cubicle I je. Kalau nak solat kat surau pun ok, jauh je la.

Ada juga discussion area, dekat dengan pintu masuk PETCO. Maybe, just maybe we'll do presentation here. I'll do my best!

Ain juga tersangat lah comel dan baik hati, she bought us to Sky Bridge. Kami guna pas harian, memang tak boleh access. So, tiba-tiba I jadi seorang intern yang jakun dengan Sky Bridge. Weyyy, masuk guna pas pekerja pula.

From my cubicle, kalau dah penat buat kerja, bosan ke, boleh pusing - eh, dah nampak KL Tower. Menarik betul.

(^_^)

So far, itu je pengalaman baru. Kerja, biasa lah, mesti ada. Wish me luck je lah oke!

Much love,
xoxo

Saturday, 12 January 2013

Tips Elak Pacat

Ok Aena, gaya macam tiap-tiap hari masuk hutan, padahal, baru SEKALI je masuk hutan, survivor bagai. Ok Aena, kalau bab over, kau je yang menang. Yang lain taknak lawan pun. Ok Aena.

Ok. Time survivor hari tu, aku kena pacat sekali jee.. SEKALI jee.. So, aku macam nak share la kan, macam mana nak elak Mr Pacat ni. 

First thing first,
Avoid lah tempat berpacat. Laluan yang lembab, basah. Kalau memang tak boleh elak dah. Kena lalu situ juga, jalan laju-laju sambil kaki 90 degree.. Hahhaha!! Ini memang lawak. Aku dah praktikkan. Sangat penat untuk dilakukan juga. Sesuai untuk pergerakkan short distance bagi yang tak fit macam aku ni. Tips ini diberi oleh Encik Yap

And then, pakai tights and socks,
Personally, aku pakai tight dalam track suit. It's a heel-less tights, yang takde tumit tu. Then, pakai socks. Ia kedengaran macam sangat fobia. Memang pun. Andddd.. it's more bearable dan tidak ditertawakan rakan-rakan. Korang mesti pernah dengar nasihat cakap, masukkan seluar dalam socks. Konsepnya sama, just, tak lawak sangat. Dalam hutan pun kena cantik. *puih!




Pakai handsocks or stongan,
Tetiba dalam hutan aurat jaga gila, Kita tak tempat orang, kena la menjaga sahsiah rupa diri. Stongan tu, kalau boleh, biar yang keluarkan jari je. Ya, saya seorang geli pacat. Tips dari Cik Wani, handsocks belang-belang ni, JANGAN pakai bila camping di tengah panas, especially di pantai. Nanti kulit sama belang dengan handsocks. ok comel.


Insect repellent,
Kalau nak masuk hutan sekali je, kongi lah beli ramai-ramai. Jangan bazir duit ok. Tuhan tak suka.

Bawa garam,
Just in case pacat berjaya hisap darah korang dan korang tak puas hati dengan pacat tu. Taburkan garam atas badan dia. Nescaya, hati korang puas tengok darah keluar dari pacat dan pacat mati. *Ok perempuan ni dah psycho.

Walaupun kurang nampak, tapi, boleh la nampak yang tangan pakai stongan/handsocks. Tight and socks, tak yah tunjuk la ye. Malu. Just to know, I wore them.

Sunday, 4 November 2012

Of Science, Mathematics, Physics and Congratulation

Hello. Assalamualaikum.

Saya sedang menghabiskan masa-masa terakhir mid-semester break as an International Business students' dengan tidur, keluar dengan Elly, Eddy and Nana, berdating dengan Incik BF dan membantu Puan Mummy semak kertas final exam. Ya, menyemak kertas exam. Kertas exam Fizik dan Sains. Heyyy, gua budak pure science kot duluu..

Saya tak tahu sekarang ni, Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris. Tapi, soalan yang diberikan dalam both languages lah. Yang geram ni, adik-adik yang Form 4 ni - baya adik saya Faris. Seingat saya, awak semua belajar Sains dan Matematik or shall I say Science and Mathematics in English since Standard 1! Since standard 1 kids. 

So, kakak was very disappointed to see, adik answering in Malay. I mean, you learn in English, the questions is in English, when you answer in Malay, the term might be different.

For example dear adik, the picture on the left. In Malay, we call this pattern on the tire as 'bunga'. We don't call it 'flowers' in English. 

Adik, English is important. Bila kat sekolah ni yang nak belajar English kaw-kaw punya. You know adik, jangan takut nak mencuba. Awak bantai je guna English. Bahasa pasar pun takpe. Asal awak mencuba.


Lagi adik-adik dan kakak-kakak serta abang-abang sekalian. This is common mistakes. I'm no grammar nazi but it hurts my eyes so much to see you congratulate people using CONGRATES

Dude, the spelling is CONGRATULATION. no existence of E. Therefore, it shall be CONGRATS.

Sama-sama kita belajar ye.
















p/s: Cik Put, kite merajuk dengan kamu.

Saturday, 6 October 2012

Pesan Abah

This is a story I can't recall who told me or where I read it about. Something worth sharing.

Dalam sebuah keluarga - abah, ibu, abang dan adik. Abah seorang peniaga berjaya. Abah berharap, dimasa akan datang, anak-anak abah mengikut jejak langkah abah, mungkin lebih berjaya dari abah. Bila anak-anak abah dah besar, abah mengajar rahsia berjaya kepada anak-anak. 

Kata Abah,

'Kalau bekerja nanti, ada dua syarat - (1) Jangan kena matahari dan (2) Jangan kutip hutang.'

Si Abang dan Adik, ikut kata abah, dengan taat sekali.

Beberapa tahun selepas itu, masing-masing dah mempunyai perniagaan sendiri. Ibu pergi melawat kedua anaknya. Perniagaan si Adik, tidak berjaya. Hutang keliling pinggang tapi si Adik tetap menggunakkan kereta mewah untuk bergerak. Ibu bertanya, apa yang menyebabkan Adik jadi begitu. 

Kata adik, 

'Abah pesan, jangan kena matahari, hari-hari adik pergi kerja naik kereta, nak kemana-mana pun naik kereta. Kereta gerak guna minyak ibu. Abah kata juga, jangan kutip hutang, jadi, adik tak kutip hutang mereka yang berhutang dengan adik, adik berharap dengan sabar mereka membayar hutang mereka.'

Ibu mengangguk faham. Kemudian ibu pergi melawat si Abang pula. Suasana pejabat si Abang tidak seperti Adik. Abang kelihatan gembira dan tenang membuat kerjanya. Seperti adik, ibu bertanya apa rahsia Abang menjadi berjaya begitu?

Kata abang,

'Pesan abah, jangan kena matahari, setiap hari, abang datang kerja sebelum matahari terbit dan pulang selepas matahari terbenam. Pesan abah lagi, jangan kutip hutang, mereka yang berurusan dengan abang, tiada seorang pun yang berhutang, semua bayar cash.'

Ibu terkedu mendengar penjelasan abang. Satu pesan yang sama dari Abah kepada anak-anaknya, tetapi dua pendekatan yang sangat berbeza.


Wednesday, 26 September 2012

Suara Wanita

Assalamualaikum wbt.

Sebagai seorang pelajar, presentation adalah suatu yang sangat sinonim. Minggu ni saja, 3 hari kami sekelas kena present. 3 hari berturut-turut tahu. Yang seronok time present ni, boleh borak, tidur, main dan tak payah belajar. Yang tak seronok pulak, bila kita present and bila presenter present kepada hidung beliau. Ni biasanya perempuan.
Faham tak metafora tu? Ecececeee.. Metafora, pui!




Dalam arti kata lain, presenter tu menggunakkan suara halus dan lembut semasa present. Ala-ala berbisik gittew?

So, saya sebagai pendengar yang selalu duduk belakang, macam geram la. Tolong kuat suara sikit boleh? Tak confident lettew..

Bagi mereka yang membidas, 'Suara wanita tu aurat tahu! Ana mana boleh kuatkan suara Ana.' 

Ana (nama dia Rozana, pendek Ana, bukan Ana = saya bahasa Arab tu); suara wanita bukan aurat




"Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik (kandungan dan tatacaranya)"
(Al Ahzab: 32)


Saya bukan orang yang bijak pandai mengulas hadis ni. Tapi, di sini jelas, suara wanita bila berbual, dalam keadaan biasa, bukanlah aurat! Tapiii, bila merendahkan / melembutkan suara yang jadi aurat. 

Hah, so, gadis-gadis yang bersuara lembut time present tu, baik awak kuatkan suara, dikhuatiri menjadi aurat pula.

Renung-renungkan dan selamat beramal. 

p/s: kepada pembaca pelajar wanita, tolong kuatkan suara okek. Show your confidence!

Thursday, 14 June 2012

Depressed

Do you know?

Constant exposure to electrical devices such as laptop and hand-phone lead to depressions among women but not men. No wonder I'm constantly depressed. 

Reduced usage of electrical devices mode. 

(Source: Red.FM)

__________________

Tahukah anda?

Pelajar UiTM Perlis sebanyak 10151 orang dan staff UiTM Perlis sebanyak 853 orang sahaja? Tetapi, parkir kereta yang disediakan adalah untuk 10151 orang staff dan 853 orang pelajar. Pada masa yang sama, staff dibenarkan parkir merata-rata / berdekatan / betul-betul dihadapan kelas walaupun tempat tersebut bukanlah parkir kereta.

Mood datang awal ke UiTM dan maki sistem UiTM is on.

__________________

Tahukah anda? 

Esok saya ada test International Economics but my head is exploding sikit-skit. Saya tak rasa dapat jawab test ini dengan jayanya. Kepada pelajar kampus lain yang juga mengambil, ECO 652, kalau anda tau ada intersesi. Tolong bagitahu cepat-cepat sebab saya nak drop subject ni.

__________________

Tahukah anda?

Broadband saya buat hal, dan saya bengang!

__________________

Do you know?


Sunday, 10 June 2012

The Easy-Breezy Table of Content Tutorial


Hello there, how do you do? Me, insomnia. It’s 2.33am and I’m not feeling sleepy. Or is it because of Euro 2012 at 3am?! Naah.. Not a chance. 


So, today I’m going to share how to do a page number for your 400-pages assignment. The easy one of course. Are you ready?

On your mark!

Get set!!

GO!!! 

Ok para manusia sekalian. Ini aim kita. Buat Table of Content yang tak payah kita scroll roller mouse kita banyak-banyak, lepas tu lupa page berapa, lepas tu scroll lagi. Penat tahu tak?

Mula-mula, buka u'ollz punya Microsoft Word of any edition. Saya punya lama punya. two-geelo-geelo-seben (2007). So, you should be looking at something like this.
Di sini, kita akan mempraktikkan hiasan dalam kotak merah yang disediakan oleh I-don't-know-who-invented-MS Word. 


Ni example of saya punya assignment. Hepp!! Jangan curi!
Cerita nye macam ni, 2.0 tu main, 2.1 itu sub main and 2.1.0 tu sub-sub main..
Kita nak buat tiga stage ni.
Macam mana nak buat stage? Gunakan hiasan dalam kotak merah panjang tu.. The one we talked about just now? c'mon la.. takkan dah lupa.. Muda lagi kan..
Untuk 2.1, kita gunakan heading 1. Heading paling besar. Head segala head. Macam biasa, highlightkan semua and klik Heading 1.

Same goes to heading 2. Ia merupakan sub-heading 1 tadi.. Dia jatuh satu anak tangga la kiranya. Boleh macam tu?

Mesti korang dah bosan kan? Bila aku akan cakap, same goes to Heading 3, the Sub-sub-heading. Dia telah jatuh 2 anak tangga dari heading pertama. Agak-agak sakit tak?

Next yang isi nya, takkan isi pun heading kot? Menyampah lah u'ollz ni.. For  isi, u'ollz guna je normal or no spacing. Either way. Your choice anyway.
Usai perkara diatas, kita dah hampir masuk main point. Masa untuk membuat Table of Content yang dicita. So, choose, Reference. Klik. *klik*


Dah sampai reference tu, klik table of content di sebelah kiri anda.  Klik the drop down menu.

Ta-daa.. The drop down menu. So, disini, kau boleh pilih, nak guna title Content or Table of Content. The third choice gua tak cuba lagi. u'ollz boleh cuba jika rajin.

For me, I choose Table of Content, then simply klik 'em. And, ta-daa!!  Semua dah siap, words and page number without scrolling 2-3 kali. Dalam kotak merah, ialah contoh kita sebentar tadi. 
Just in case ada perubahan page, simply move your mouse over the table of content and klik update table. Disini, kita boleh pilih apa update yang kita nak buat. And simply klik 'em.
Ini apa yang patik tahu dan boleh share dengan anda semua. 

Hmmph.. Macam ada yang risau dengan tulisan? Tak suka eh tulisan ol skool sangat. Times New Roman? Oh-please, I only use Impact. Huuu.. Tulisan boleh tukar, spacing, colour, semua boleh. Just, kalau boleh, jangan kacau turutan heading tu. tu yang penting disini! 

Other that that, nothing.

Credit to Cik Put- yang bertanggungjawab ajar saya ilmu ini.. Love you~

Toodles. Salam.. (^_^)

p/s: Al-Fatihah untuk arwah Syafiq Omar

Wednesday, 23 May 2012

Senarai Kesyukuran #1

  1. Saya bersyukur saya dilahirkan didunia ini.
  2. Saya bersyukur saya masih benafas.
  3. Saya bersyukur saya dinamakan Ainaa Hazwani - Mata yang cantik, Pemberianku
  4. Saya bersyukur Mak pilih Hazwani instead of Syazwani, nanti salah eja, mak kata.
  5. Saya bersyukur saya dilahirkan pada 10 Januari. No cantik!
  6. Saya bersyukur saya ada sahabat baek giler, as in, baik dan giler, Puteri Nabila.
  7. Saya bersyukur boyfriend saya Alifjandro Mokhtar.
  8. Saya bersyukur menjadi geng RPA0410.
  9. Saya bersyukur ade yang percaya dan yakin dengan kerja saya. Terima kasih.
  10. Saya bersyukur jerawat jarang tumbuh di pipi
  11. Saya bersyukur saya suka air masak.
  12. Saya bersyukur saya belajar di UiTM Arau, Perlis.
  13. Saya bersyukur saya pandai jaga diri dan tak memalukan ibu bapa.
  14. Saya bersyukur saya tak pandai simpan dendam
  15. Saya bersyukur saya bukan seorang pemarah
  16. Saya bersyukur pointer saya cantik, walaupun bukan 4.00
  17. Saya bersyukur saya ada abang yang baik. Fakhri Azri
  18. Saya bersyukur Family saya unik dan lively.
  19. Saya bersyukur saya reti membaca
  20. Saya bersyukur saya suka membaca
  21. Saya bersyukur saya tak boleh rasa dan nampak entiti.
  22. Saya bersyukur orang yang rapat dengan saya masih di dunia.
  23. Saya bersyukur dengan ketinggian dan berat saya walaupun ramai yang kutuk.
  24. Saya bersyukur ramai kutuk saya - saya dapat lebih pahala
  25. Saya bersyukur saya sempurna tubuh badan dan akal fikiran
  26. Saya bersyukur saya bukan seorang thinker - yang terlalu memikirkan masalah
  27. Saya bersyukur saya boleh let go.
  28. Saya bersyukur saya bukan rich and famous - susah nye nak hidup
  29. Saya bersyukur saya jarang sakit.
  30. Saya bersyukur badan saya tak mengada - tapi, saya mengada
  31. Saya bersyukur saya ada kawan yang boleh dipercayai.
  32. Saya bersyukur saya tak kedekut duit
  33. Saya bersyukur saya berkira duit kepada yang perlu
  34. Saya bersyukur saya dapat JPA (diploma).
  35. Saya bersyukur saya boleh mengawal kemarahan Jue.
  36. Saya bersyukur perasaan touching saya dengan rakan-rakan cepat surut.
  37. Saya bersyukur saya ada perasaan malu
  38. Saya bersyukur Cikgu Kudin dan Madam Izwani percaya saya boleh jadi Pelakon Wanita Harapan dalam Feskum.
  39. Saya bersyukur diberi peluang berlakon Hantu-Hantu Yang Saya Kenali
  40. Saya bersyukur saya reti kawal diri untuk mengungkit.
  41. Saya bersyukur saya tak reti menyakiti hati kawan setelah kawan beri tahu ketidak-suka-an nya terhadap sesuatu
  42. Saya bersyukur Mak pandai pilih baju cantik-cantik, nanti Mak tak nak, saya boleh ambil! =)
  43. Saya bersyukur saya berkulit cerah dan berambut cerah sikit dan kerinting.
  44. Saya bersyukur saya sambung belajar di UiTM Perlis dalam kos International Business
  45. Saya bersyukur saya dapat kawan dalam kelas yang giler happening!!
  46. Saya bersyukur saya dapat kawan yang memahami
  47. Saya bersyukur saya kawan dengan Ayu yang direct sound.
  48. Saya bersyukur saya kawan dengan Sedan yang banyak idea.
  49. Saya bersyukur saya serumah dengan Hana and Wani yang bestttt
  50. Saya bersyukur saya kawan dengan Q yang cantik, baik hati, comel
  51. Saya bersyukur saya kawan dengan Yap, Kecik, Naim, Pak Din yang sangat unik
  52. Saya bersyukur saya bf saya tak mengongkong saya
  53. Saya bersyukur saya cepat tangkap subject
  54. Saya bersyukur saya dapat buat kawan-kawan ketawa


Ni senarai kesyukuran yang dah buat dari Diploma dan baru di post sekarang. Sebab, terlalu banyak yang saya bersyukur, 1 list ain't gonna be enough.. InsyaAllah more lists are coming.

Thursday, 8 December 2011

Tutorial Reference

Assalamualaikum, Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia,

Oke, first thing first, I'm no computer geek but Ai rasa terpanggil nak buat pasal ni. Sebagai seorang student, lecturer asyik suruh kita masukkan reference. So, kita pun susah payah sengetkan tulisan, tebalkan tulisan dan sebagainya. 

Ada cara senang.. Macam mana??

Step 1:
Switch on your machine.


My desktop, yes, saya konon skema.

Step 2:
Buka Microsoft Office Word
Any edition you had.
  
Mine is 2007

Step 3:
Time to manage those sources..


Click reference. #1
in the box #2 ada many interesting stuff..

Click Insert Citation to produce something like this ..
I love Ainaa Hazwani (Puteri Nabila, 1997)

In style, lecturers usually use APA format. Do confirmed this.

Bibliography, to produce what you want to appear in your references.

All of the above must be started by clicking Manage Source.



Step 4:


Copy : Copy from Master List to Current List. Master list tu, untuk sources yang anda dah handlw sebelum ni. Current list, pilih from Master List, any source yang berguna untuk project currently you're working on.
Delete: Dikala anda terasa semak dengan Master List or Current List's sources.

Edit: Jika ada pernambahbaikkan dalam source anda yang telah disediakan.

New: Untuk source yang baru anda terima..


Step 5:


Untuk type of source, pilih lah, mana anda dapat source anda tu.
Books, website, Journal, Article in journal.
Pilih baik-baik, sebab, lain source, lain requirement dia..

Step 6:

Untuk nama authors, anda kena klik Edit dulu.



Dia akan keluar macam ni, so, add their first name, last name, middle name kalau tau. Then click add. Kalau ada 10, buat lah 10 kali macam ni. Dah settle, klik OK.



Step 7:

Then, bila dah settle isi semua ruangan yang berkaitan, klik Bibliography, select bibliography.


So, table ni akan keluar..


Tambah perkataan REFERENCE atas tu, dah macam buat kerja susah payah. Padahal mudah je..




Selamat mencuba rakan-rakan!

*update: Notice the word REFERENCE and BIBLIOGRAPHY? 

Bibliography - semua buku or any reading material yang digunakan untuk project anda.

Reference in the other hand, sources yang anda cited dalam kerja anda sahaja.

Anda kaji banyak buku untuk menyiapkan kerja anda, takkan sia-siakan begitu sahaja? So, tulis semua dalam BIBLIOGRAPHY. Tapi only 1 or 2 of them make it to REFERENCE. err, faham tak?