Tuesday 14 June 2011

Bila mereka dah tua ...

Saya takkan benarkan mereka memandu. Kesilapan kecil mereka akan menambahkan dosa anak-anak muda yang memaki. Saya dan adik-adik juga akan terrkena tempiasnya.

Anak muda : Ey orang tua ni! Kalau dah pekak, dah rabun, tak payah la bawak kereta! Kalau mati tengah jalan ni macam mana?! Kau tak ada anak ke hah?!

Sedih. Marah. Sebelum itu terjadi, biarlah saya menjadi pemandu peribadi mereka.



----------------------------

Saya takkan benarkan mereka ke shopping malls, sendirian, menaiki tangga statik yang menggunung. Kalau terjatuh, terluka, apa lagi lah kudrat mereka nak ke klinik pula. Orang tua, mereka ingat mereka kuat, kita tau, kuat manalah mereka ini.

Anak muda 1: Kesian makcik tu, mesti dia bosan kan duduk rumah seorangan. Mendaki tangga tinggi ni, kalau jatuh macam mana?

Anak muda 2: Kau tolonglah dia?

Anak muda 1: Eh, aku tengah kerja ni, tak nampak? Kau lah tolong dia, kau kan lelaki??

Anak muda 2: Habis, aku sekarang tengah melancong ke? Kerja juga kan???

KASIHAN. Itu sahaja yang terbit dihati anak muda. TOLONG? 1 dalam 100. Lebih baik saya yang bawa mereka kemana mereka nak pergi. Ke Kuala Sepetang untuk menikmati Mi Udang, ke Pokok Sena untuk mendapatkan Rebung Madu, Ke Kuala Terengganu untuk melihat sunset, saya sanggup.

----------------------------

Aena sayang Ayah
Aena sayang Mak
Aena sayang & rindu Atok
Aena sayang & rindu Opah

Maaf semua, Aena banyak buat semua sakit hati.

No comments: