Saturday 9 June 2012

Arwah Syafiq Omar

Jumaat 8 Jun 2012

Usai solat Jumaat, dia menemani tiga rakannya bermain air terjun. Dia anak yang baik, mendengar kata ibu. Ibu kata, jangan mandi, ibu takut, bahaya. Dia akur. Dia hanya menjadi pemerhati dan penyelamat. 

Salah seorang rakannya lemas, lama dia tidak timbul ke permukaan air. Tanpa berfikir panjang, dia terjun dan menyelamatkan rakannya itu. Dia berjaya menyelamatkan rakannya dan dia segera mencapai sesuatu untuk menyelamatkan dirinya pula. Tapi dia tergelincir dan dia tenggelam. Ada yang kata tangannya dislocated, dia tak dapat berbuat apa-apa. 

Sekumpulan polis yang berada berdekatan, terjun, membantu dia. Polis berjaya membawa dia keluar. Tapi sudah terlewat. Bantuan CPR dilakukan beberapa kali. Namanya dipanggil berjuta kali. Dia kaku. Tidak memberi respon.

 Dia, telah pergi meninggalkan kita. Selamanya.

 Semasa mendengar cerita dari salah seorang saudaranya, terkeluar dari mulut akak tu, 'Patut perempuan tu yang mati.'
Terkejut patik mendengarnya. Sebelum patik salah faham. Akak tu menjelaskan bahawa perempuan yang diselamatkan itu, lemas lebih lama dari arwah. 
Tapi, Tuhan lebih sayangkan arwah. 

Kepada sahabat arwah, jangan rasa bersalah. Ni kemalangan. Sapet dah selamat disana, awak dah selamat di sini. Yang pergi takkan kembali. 


Al-Fatihah, dear bro, dear Syafiq Omar. Kami akan merindui Sapet. Sebanyak mana kami sayang Sapet, nampaknya Allah sayang Sapet lebih.

Awrah beria nak adakan gathering, kumpul geng ramai-ramai. Rindu, katanya. Masing-masing dah bawa haluan sendiri, katanya. Harini Sapet, kami berkumpul. Berkumpul ramai-ramai. Berkumpul dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Shah Alam, Seri Iskandar dan Arau. Berkumpul di Penang. Berkumpul di rumah Sapet. Tapi Sapet, badan Sapet je ada. Sapet dah pergi pun. 



3 comments:

shazatul shifaa zulaikha zulkifli said...

lama aku simpan airmata ni supaya tidak jatuh . tapi akhirnya aku tewas . memang aku bukan geng rpa . jauh sekali rakan baik . tapi arwah is a good guy even arwah sangat suka menyakat org . dan dalam ini cerita , arwah is a hero . we'll miss u , sapet . alfatihah )':

Anonymous said...

bkan tgnnya dislocated, tpi bhu.. tpi lma dh baik. aku dh bwk p mngurut.. nk kta arwah x reti berenang? tipu la.. aku dh ajr dia. sblum 2 kitorg mandi, kitorg x pyh jga dh dia sbb arwah dh pandai. msa di balai, polis kta kepala dia berdarah, kt hospital pun sma.. cma ahli keluarga dia x tau. mgkin kepala dia terhantuk kt batu dn di cocusion. mmg arwah ad kejut aku msa nk p mandi. sumpah dia x pernah pergi mandi situ kcuali ngn kmi. tpi smua dh tertulis. aku yg bgun mamai tido blik sbb arwah x kta pun dia nk g mandi. tpi x pe. arwah still ingt kt aku, syg kt aku dn still nk jga aku walaupun di hujung hyat beliau. aku kerap mengadu skit kepala sbb tido lwat. sbb 2 arwah pnya las post dia nasihatkan aku jgn tido lwat dh lps n. tpi cm ne.. aku sorg2 je kt bilik.. tpi x pe.. aku gmbira. sbb Allah lbih sygkan dia. niat sngt la murni. menolong org yg lemas. mlm 2 arwah pksa aku tido lmbt. sruh aku tgok movie dgn dia. smpai la pkul 7.. arwah nk wat reunion kt ipoh. mla2 aku ckp x dpt dtg. tpi arwah kt jgn mengada. kita gerak skali ngn ean, syamir, ngn burn g ipoh. mmg reunion la kita dpt. x pe. bnda n mngajar kita supaya lebih bersyukur dgn ap yg kita ad. lebih mmbuatkan diri kita n lbih dkt dgn Allah. moga beliau ditemptkan dgn para sahabat. al-Fatihah untuk arwah dan saudara mara islam kita.

Nena's said...

azri.. jgn cmni.. arwah mesti sedih.. ko doakan arwah, sedekahkan al-fatihah.. biar arwah tenang kat sana.. sian kat ko yg hari2 dgn arwah.. ='(