Tuesday 16 August 2016

The Making of ainaalif.jr - The First Trimester

Untuk orang biasa, dan untuk mengelakkan annoying, first trimester atau trimester pertama ialah 3 bulan pertama. Geddit? Tri = three/tiga/3
First trimester, I panggil bulan-bulan lembik dan bulan morning sickness.
I rasa badan sangat lembik, semua benda tak boleh buat, masak pun jarangggg sangat. Sian suami.
Morning sickness pula, for me, Alhamdulillah, at night. So, makan malam, muntah semua. Then boleh tidur dengan selesa. Tak kacau kerja or waktu bekerja. Alhamdulillah.
So, my first trimester happened to be during Ramadan. First day, I puasa, then I muntah semua bila berbuka. Second day, I puasa, and muntah semua bila berbuka. It's like I tak makan 2 hari. So, risaukan diri dan bayi, I ambil keputusan tak puasa sampai ke sudah.
Disclaimer: Sesiapa yang nak bagi ceramah susah nak ganti puasa ape benda, sila PM saya di Facebook. Saya nak tau macam mana komen awak tu boleh mengurangkan hari saya kena ganti puasa.
So, selepas 2 bulan, atas nasihat doktor, saya ke klinik berhampiran, untuk ultrasound. Bagi bakal ibu diluar sana, 2 bulan dah ok nak buat ultrasound. Awal-awal baby tak berbentuk, tak puas tengok. Alhamdulillah, nampak bentuk baby tu. Ada kaki, tangan, kepala, mata, jantung yang berdegup.  Alhamdulillah.
Bab berpantang makan pula, I paling terseksa bila tak boleh minum kopi and makan sushi. Nenas, tebu, durian, I ok lagi.
Nota kaki buat bakal ibu,
1. Mengidam masa awal-awal kandungan adalah sangat merepek. Disahkan doktor. Itu semua hanya nafsu awak dan mengada awak.
2. Nak makan makanan tajam tu boleh, tp jangan la bantai sebiji nenas, satu jug tebu atau satu biji durian. Itu cari nahas namanya.
I think that's about it untuk first trimester ni. Simple je.

No comments: