Showing posts with label brideguide. Show all posts
Showing posts with label brideguide. Show all posts

Sunday, 14 February 2016

The Making of #ainaalif: Dan lain-lain

These are things I consider luxury mainly because kau boleh dapat yang lebih murah or you can live without it.

Luxury Item 1: Photobooth
I deal dengan @la_passion Instagram handle dia. Sebab? Affordable price dan those yang cakap nak reply Whataapp and actually reply Whatsapp. Korang boleh deal theme nak macam mana dan arrange la dengan source dia kan. Benda boleh bincang.
IG: @la_passion
Nama: Yana
Phone#: 012-597-9124

Di sini, saya juga suka untuk mempromosi encik yang telah buat door gift saya, Encik Hairul. Instagram handle @lovedoorgift. Cumanya, dia specialize in Kuala Lumpur. Kerja kawan kemas dan kreatif. Boleh usha Instagram dia kalau mahu.
IG: @lovedoorgift
Nama: Hairul
Phone#: 011-1531-8740

Sebelum majlis juga, ada sahabat terdekat nak sponsor photobooth dari @waghihphotobooth. Tapi kami tolak alasan, banyak sangat arguement dari kami dan tukang nak sponsor. Kalau ada bajet lebih, boleh usha-usha kawan.
IG: @waghihphotobooth

Luxury Item 2: Wedding Cake
Ni almost wajib la, tapi bila kau mengada macam aku, nak custom made bagai, dia jatuh luxury. Saya pilih Cik Sajidah Shopian untuk kek kahwin. Dia dicadangan oleh Cik Anis Manis dan Cik Azah @azahkitchen dan Nana. Sebab dia? Dia banyak supply kek di kedai area Ipoh, harga affordable. Kelemahan, hang pickup kek sendiri nooh, no delivery. So, gua akan terpikir-pikir keselamatan kek time make-up.

Di sini, saya juga suka untuk mempromosi kawan @ekinishak juga pembuat kek. Kek dia sangat sedap dan cantik! Sebab tak pilih dia? Lambat. Dia dah busy time gua kahwin tu, ada job lain.

Luxury Item 3: Inai
Ini juga almost wajib. Tapi, bergantung pada design, juga boleh menjadi luxury.

Saya telah memilih Cik Fiqa - dimana dia telah di recommend oleh Puan Jue Nidzam, sebab hasilnya sangat halus. Cik Fiqa juga telah membantu saya dan Puan Tira dalam mencari tukang inai last minute time Tira kahwin dulu. Cik Fiqa juga agree untuk ikut design yang saya suka, dan telah berlatih di tangan sendiri sebelum hari sebenar. Comel kan?
IG: @fiqa_henna
Nama: Fiqa
Phone#: 017-539-5236

Option lain: @za_henna_art - jumpa di KTM. Hasil sangat menarik, cantik, halus.
Henna di De Chantek Andaman, Ipoh Jaya. Phone: 017-549-3612

Saya bagi semua yang saya ada. Kot kot perlu.

Luxury Item 4: Hantaran
Oleh kerana kami sudah menghantar barangan hantaran waktu bertunang, pada hari persandingan nanti, barang yang makanan, barangan lama yang di hantar semula. Saja nak buat majlis meriah. Saya telah mendapatkan hiasan dulang mostly di Kraftangan Pengkalan. Staff dia sangat baik dan membantu (sebaik mungkin). Harga juga berpatutan dan banyak hiasan cantik dan up-to-date.

Saya juga telah membeli dulang hantara (sebab anak sulung) dan berharap adik-adik guna la di masa akan datang kan. Alah membeli, bisa memakai. Dulang ni saya beli di OK Bahagia di Jalan Kuala Kangsar. Tapi, last pergi kedai tu da tutup. Or pindah. Di area Jalan Kuala Kangsar juga. So, kalau nak cari kedai pengantin ni, jalan slow, hati-hati tengok kiri kanan. Area ni either jem or lengang (which most drivers will drive macam peleset)

Luxury Item 5: Rings
I'm not at big fans or gold tapi tahu la nilai emas. So, ada la barangan emas yang ayah bagi, cincin pusaka, rasa dah cukup. Tapi teringin nak cincin kahwin ala-ala Mat Salleh kan, so, kami beli di Kedai Emas Raffa di Angsana Mall (previously known as Rainbow, Greentown Mall, UO). Time ni la nak support Melayu. Juga, design dia mostly sangat cantik! Kedai ni di rakemen oleh mak dan rakan-rakan bakal suami.

Pagi saya pergi ke Kedai Emas Raffa dan survey bersama mak. 
In our relationship, kita jarang nak report kita pergi mana to each other.

Petang tu pula, bila dengan Encik Tunang ni, "Kawan saya cakap kedai kat Rainbow, tingkat 1" 
*aku terkebil-kebil tengok dia. Terkejut ada. Excited ada* 
"Mana sayang tau saya pergi survey kat sana tadi? Saya dah jumpa dah cincin saya nak!"

I think that's that for now. Kalau gua ada teringat lagi gua share. Buat masa ni rasa post ni dah berhabuk kat draft. Might as well share dulu.

Happy wedding future brides and grooms!

Tuesday, 18 August 2015

The Making of #ainaalif : Introduction to the Wedding

InsyaAllah, kami akan bernikah pada 19 September 2015 dan majlis untuk kedua pihak lelaki dan perempuan akan diadakan pada 20 September 2015 di Dewan Carsem.

Let's talk about our journey to get there.

1. My guide
Macam Pandu Puteri pula. Nope, saya team St John waktu sekolah dulu. So, nak kahwin ni langkah yang besar. Saya pun antara orang awal yang kahwin di kalangan kawan rapat. So, macam blur. Kakak pun takde nak tolong. Tiba-tiba cari semua kawan yang dah kahwin. 

One of them, dear Totty. Terus WhatsApp tanya kursus kahwin and nasihat-nasihat yang perlu. Totty pulak creative orangnya, so, apa-apa panduan warna tak tahu, tanya dia, and I follow je.

Kedua Ekin Ecane nama Facebook dia. Dia invite kita ke wedding dia and her wedding day seems magical, so, macam tertarik and terus bertanya-tanya apa yang patut. Like, her wedding planner, her make-ups and stuff.

Next, Moon. Yang ni macam pelik, I've been telling the whole world I'm getting married, tiba-tiba dia message me on Facebook and bagi tahu what to do. Tiba-tiba she's getting married before I am. Alhamdulillah majlis dia baru selesai 8 Ogos 2015 yang lepas.

Turut membantu, Chico. Ni power, bulan November 2014 kata, "I nak kahwin" the next thing, "Datang lah wedding I Februari nanti". His wedding cake is amazing and I pun bertanya-tanya juga pada dia.

2. Kursus Pra-Perkahwinan
Cik Anis teman saya dan Encik Tunang ke kursus kahwin.
Untung hang takyah pergi lagi nanti.
Kursus ini wajib bagi pasangan Muslim yang akan mendirikan rumah tangga. Kami pilih Hasani Kursus Kahwin. Siapa orang Ipoh, memang ini lah tempat pertama dalam otak bila cakap pasal kursus kahwin. It may sounds weird, tapi memang dari sekolah rendah bincang dengan kawan akan ke sini.

Step 1 : Daftar online di http://www.hasanikursuskahwin.com/
Step 2 : Bayar yuran RM80 je. Yang daftar online, akan dapat email and proceed to online banking lah.
Step 3 : Hadiri kursus 2 hari (Sabtu dan Ahad).

Minum pagi disediakan. Makan tengah hari sendiri. Kursus habis pukul 4 petang.
Yang perempuan sila pakai baju kurung kalau taknak kena perli dalam kelas.
Macam yang semua tahu, kursus kahwin mestilah 18SX kan. So, prepare lah mental anda. Prepare fizikal juga bagi siapa yang dah lama tak pergi kelas, kena duduk dalam kelas 2 hari.

Sijil kursus simpan baik-baik. I almost lost mine. Alhamdulillah tidak.

3. The bible
The Guide to be Bride Bible.
No no no. I am still a good Muslim. This is just a phrase I use to describe my book - Guide to being Bride. I have this habits of collecting note books particularly ones with bright colors, sekarang baru tahu gunanya. So, berguna juga la.

4. The discussion
So, pada suatu hari ni, Encik Tunang cakap, "Jom minum-minum. Bawa buku kahwin juga, boleh bincang". I remembered clearly it was almost 6pm that day. We went to #rowcome Cafe. Masakan panas pun belum ada lagi. We talked, and talked, and talked, and sorted out everything sampai bateri phone masing-masing dah nak mati. Sampai parking kereta tukar 2 kali (sebab keluar solat). Sampai pukul 12 tengah malam.

Alhamdulillah, that talk. We almost settled out everything. Dah nampak jalannya. Dah nampak majlis nya sipi-sipi. Dan juga, dah nampak lebih lagi, Encik Bakal Suami ni, macam mana orangnya.

And I fell in love with him again.

So, that's that for The Making of #ainaalif : Introduction to the Wedding. InsyaAllah I will share the details and where I got what in future posts. Since dalam gambar ade pasal kad kahwin. Maybe I'll share that next.

Until next time. Assalamualaikum.
Disini bermulanya sebuah cinta #ainaalif