This is a story I can't recall who told me or where I read it about. Something worth sharing.
Dalam sebuah keluarga - abah, ibu, abang dan adik. Abah seorang peniaga berjaya. Abah berharap, dimasa akan datang, anak-anak abah mengikut jejak langkah abah, mungkin lebih berjaya dari abah. Bila anak-anak abah dah besar, abah mengajar rahsia berjaya kepada anak-anak.
Kata Abah,
'Kalau bekerja nanti, ada dua syarat - (1) Jangan kena matahari dan (2) Jangan kutip hutang.'
Si Abang dan Adik, ikut kata abah, dengan taat sekali.
Beberapa tahun selepas itu, masing-masing dah mempunyai perniagaan sendiri. Ibu pergi melawat kedua anaknya. Perniagaan si Adik, tidak berjaya. Hutang keliling pinggang tapi si Adik tetap menggunakkan kereta mewah untuk bergerak. Ibu bertanya, apa yang menyebabkan Adik jadi begitu.
Kata adik,

Ibu mengangguk faham. Kemudian ibu pergi melawat si Abang pula. Suasana pejabat si Abang tidak seperti Adik. Abang kelihatan gembira dan tenang membuat kerjanya. Seperti adik, ibu bertanya apa rahsia Abang menjadi berjaya begitu?
Kata abang,
'Pesan abah, jangan kena matahari, setiap hari, abang datang kerja sebelum matahari terbit dan pulang selepas matahari terbenam. Pesan abah lagi, jangan kutip hutang, mereka yang berurusan dengan abang, tiada seorang pun yang berhutang, semua bayar cash.'
Ibu terkedu mendengar penjelasan abang. Satu pesan yang sama dari Abah kepada anak-anaknya, tetapi dua pendekatan yang sangat berbeza.
2 comments:
hutang mcD i mana?
abah pesan, jgn kutip hutang~
Post a Comment