Showing posts with label Klinik Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Klinik Kesihatan. Show all posts

Thursday, 22 December 2016

The Making of ainaalif.jr - Third Trimester

Assalamualaikum,
By the time I post this, Alhamdulillah, I gave birth to a beautiful baby boy. Pengalaman mesti la di tulis selepas ia berlaku kan. So, here goes my experience for the third trimester.

Since I've forgotten things, blame my pregnancy brain, I'm referring to Fit Pregnancy and Baby as my guide for this post. 

Braxton Hicks and baby movement
Braxton Hicks, dalam bahasa biasa, perut mengeras. Bak kata my colleague, Zana, masa mengeras tu, baby macam tengah tambah daging (membesar). Perasaan tidak selesa sikit, tapi it'll go away lepas you change position. Duhh. Every pregnant mothers knew this. 

Baby movement pula, bila terasa something kicking dalam perut. At first, I macam geli. Hahaha! Sorry sayang. I mean, it does feel weird. Lepas hidup 26 tahun, tiba-tiba feels like your food kicking you. Tak gila? So, start disini, kebiasaannya, doktor akan suruh kira pergerakkan bayi, those kicks. Pastikan bayi bergerak 10x dalam masa 12 jam. Since I am very forgetful, I've made a personal group, to count these kicks. Nak tahu pukul berapa start, pukul berapa habis, jarang antara satu sama lain dan bila dia aktif.

My baby active dalam pukul 6. A way to say, "Mommy, it's 6pm, ready to go homeeee!" 

Persiapan ke hospital
Macam yang diperkatakan dalam The Making of ainaalif.jr - Second Trimester, kami laki bini dah mulai beli barang untuk ketibaan orang ketiga. I'll share the list in the next post - insyaAllah, this is penting. At least for me, if I have the chance to do this again the first time, I would want to know.

Sakit-sakit di third trimester:
  • Sakit perut - OMG! Dulu I ada online window shopping and this 'supporting belt' was flashed to me. Imma like, 'Hek eleh, amende natang ni. Bawak perut pun tak lalu ke?'. Sekali jadi kat kita, huh! Amekkau. Like seriously, tak larat bawa perut. I remember times, I was holding my tummy macam bawak tembikai.
  • Fatigue - Sangat! Buat menda sikit, penat. Balik lambat sikit, penat. Jalan jauh sikit, penat. Tak buat apa-apa, penat. Selalu je suami balik, tengok I dah tidur. Adeyhh.
  • Backaches - This is too real people! terutama masa baring. Jangan la berangan nak baring biasa, you'll have to lie on your sides, preferably left side (dan ada orang akan argue - sunnah baring belah kanan.) Which is  not wrong - terpulang pada keselesaan.Tengah malam pun I akan bising nak tukar posisi kiri ke kanan sebab sakit okeyyy.
  • Lack of bladder control - so far, masih boleh control, cuma sangat kerap la pergi toilet. Takpe, kemudahan toilet dimana-mana. No biggie. 
My third trimester:
  • You are big! So, people everywhere gives you everything. Want to seat, have a seat. Nak jeruk? Abang bagi diskaun, rezeki anak. Lif hampir terlepas, no worries, ada je tolong tahan. Barang berat, biar suami angkat semua (terima kasih suami).
  • Jaga berat badan - ini sangat penting. Sila perhati berat anda ye. It's true berat semasa mengandung ni bertambah, tapi berat semasa third trimester ni tak patut bertambah banyak sangat. Ini yang terjadi pada saya. Hutang lagi post pasal The Delivery Day.
  • Lawat hospital yang cadang nak bersalin nanti. Ini juga akan di cover dalam The Delivery Day.
  • Prepare to breastfeed. Pergi mana-mana pun, orang akan cakap, susu ibu adalah yang terbaik. Tapi, tak salah nak prepare formula milk. Bukan menidakkan rezeki, cuma kita tak boleh predict masa hadapan kan. Lain kali bebel kat post lain. Maybe juga dalam The Delivery Day.
  • Kaki bengkak like crazy. Rasa macam kaki tu belon. Bengkaknya... Nak jalan pun susah. Mak kata, bila bengkak tu surut, nak bersalin dah tu. First kaki bengkak, I ok je, dia surut. Tak bersalin lagi. Kali ke 2 bengkak, surut je, bersalin terus. Suratan atau kebetulan? Ntah. Tips nya, selalu-selalu tinggikan kaki masa tengok TV. Minta suami tolong picitkan, bagi darah mengalir je.
Oh ya, last. Saya buat monthly checkup di klinik swasta - sebab saya nak scam setiap bulan dan saya takde masa nak ambil banyak cuti. Atas desakan semua yang mengenali diri ini, (termasuk doktor dihospital), sayan telah mengambil keputusan untuk buat juga buku di klinik kesihatan berdekatan. Malangnya, saya telah di tegur (macam marah, tapi nurse muka ada senyum), cakap, "Kalau dah buka buku kat swasta, tak perlu buka buku kat sini dah. Lagi pun dah lewat sangat. Test di swasta dan disini sama je. Nak bersalin nanti, bawa kad ni, serah pada hospital. Doktor tak halau. Melainkan awak ada masalah kesihatan yang kena refer hospital, tak ada keperluan nak buka buku di sini."

So, that's that. Alhamdulillah, journey mengandung 9 bulan. Sekarang, dah jadi Mak saya ni. Hehehe. 



Thursday, 17 September 2015

The Making of #ainaalif: Borang Nikah

Assalamualaikum. Wedding lagi 3 hari. Nervous tak? Ok la. Belum lagi. Sebab busy, takde perasaan sangat.

So, borang nikah ni; it can be simple or serabut gila.

Borang ni, kena settle dalam masa 3 bulan sebelum majlis. So, calm your tatas. Opps. Ngeeee~

Berikut ialah untuk pasangan yang kedua belah pihak dari Perak, specifically Ipoh. Sebab I've been told, lain negeri lain procedure.

Saudara-saudari Google je "Borang Nikah Online Perak" and click kepada Google result pertama. Anda akan di direct kepada website Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia
> Daftar
> Isi bahagian berkenaan
> Catat No Rujukan
Home Page Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia
Borang nikah juga boleh didapati di Pejabat Agama Islam Daerah. Kalau feeling oldschool.
Tapi, ustaz kata, kalau online ni, untung ke perempuan. Kalau Cik Abang awak nak kahwin lain, dia isi borang. Straight kita dapat email - untuk awak g ganyang Cik Abang.
*tips*

Chapter 1: Borang Nikah

1. Email akan dihantar sejurus selepas anda mendaftar. Kalau tak ada, sila check spam emails. Most probably ada di sana. Lepas check, jangan tengok saja, Move to Inbox. So, later bila nak refer, tak hilang. Spam emails kan ada lifespan 14 hari je.

2. Semua procedure, lelaki dan perempuan kena lengkap dalam masa 14 hari. TETAPI, setiap kali anda logged in, the days to completion akan di-reset. DAN pejabat agama tak refer to anything pun bila dia terima borang kita. I don't know if it's just me or semua kan.


3. Bagi kedua pasangan dari Ipoh atau Perak. Korang boleh settle kan hal kedua pihak dan hantar borang sekali je. Tak perlu hantar lelaki dulu, then lepas lulus perempuan pula. Nasihat senang dan elak bebelan dari Ustaz juga.

4. Bagi pengantin lelaki, untuk page yang mengandungi bahagian C, D, E (you'll know bila dah start buat; just print everything. Walaupun takde kaitan dengan anda) Tips taknak kena bebel.

5. Lokasi: Takut berbalah dengan pasangan sebab ada 2 pejabat agama di Ipoh ni. Serah borang di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) berdekatan dengan Mahkamah Syariah, di lot kedai. Bukan di dalam mahkamah bukan pejabat di Bank Islam & BSN tu.

6. Pengisian borang nikah. Kami bakal suami-isteri ni panjang akal. Kami serah je borang kat Ayah dan Abah masing-masing. Tiba-tiba, dalam 3 hari. Settle borang bahagian Tuan Kadi or Tuan Imam kena isi. So, save the hassle to meet the old man lah. Dengar cerita dia scary.

7. Borang pengakuan bujang. Apparently, kat Perak tak perlu. Kalau perlu; minta je di HR company. Kalau kerja sendiri, taip dan minta Ketua Kampung sign. Taip apa? Google kan je.

Chapter 2: Ujian Darah

Google: Thalassemia
Buat di Klinik Kesihatan Malaysia. Katanya wajib di situ saja. RM1 je. 
  • Encik Tunang buat di Klinik Kesihatan Tg Rambutan. Masa completion, less than 30 minutes. Result HIV ada atas kad. No siri jelas dinyatakan. Thalassemia test; juga ada bukti black and white yang kita dah menjalani ujian Thalassemia.
  • Saya buat di Klinik Kesihatan Gunung Rapat. Masa menunggu lebih kurang 30 minit. Tiada no siri.  Thalassemia just inform; "Cik bukan pembawa Thalassemia"
  • Ujian Thalassemia tak wajib, tapi better buat. Untuk anak-anak kita juga.
  • Ujian HIV memerlukan setitik darah sahaja, TETAPI jika anda nak buat Thalassemia, dia akan ambil satu tube lah.
Sila buat ujian darah on weekdays, sebab weekends klinik tutup. 

Chapter 3: Total Payment 
  • Ujian darah = RM1/person
  • Serahan borang = RM5
Sebab mention walaupun tak seberapa. Sejak saya settle kan hal kahwin ni, jarang keluar rumah, so, purse pun kosong je. Tiba-tiba Ustaz kata, "Bayar RM5 kat kaunter sana ye." Segan beb nak cakap, "Ayah nak RM5". Nak kahwin, duit takde, puii.. Tapi time tu saya ada duit la. Anjat gegirl. =_="

Chapter 4: Confirm!

Ustaz di PAID akan menasihati anda (atau bapa) untuk call Tuan Kadi 4 hari sebelum majlis, untuk mengingatkan Tuan Kadi kutip borang kita di PAID.

Alhamdulillah, 5 hari sebelum majlis; Ustaz Mazlan yang telah call saya dan confirmkan masa, tarikh, tempat nikah. Sebelum saya sempat nak remind ayah untuk call Ustaz. 

Maknanya? Sayang, kita nikah Sabtu ni ye. *wink* ^_^



p/s: Procedure lain?

Kedah: 
Semua borang kena ada dan settle 3 bulan sebelum majlis. Bukan dalam 3 bulan sebelum majlis. Know the difference.
Pasangan yang nak berkahwin, kena settle kan sendiri, nanti ada misunderstanding di pihak pejabat agama. Dia ingat anda dah kahwin. Aje haghru.

Selangor/Kuala Lumpur:
Adalah sangat normal perempuan tak dapat those statement cards di klinik kesihatan.

Kelantan:
Borang pengakuan bujang tidak diperlukan. Kalau tanya HR, HR pun tanya kita balik