Saturday 31 December 2011

Selamat 2012

Allah beri kita hujan bila kita menangis meminta matahari, tapi rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.
 
Assamualaikum wbt kepada semua umat Islam. Apa khabar semua di penghujung 2011 ini? Adakah semua azam selesai?
 
Merujuk kepada ayat pertama diatas, sahaja nak berkongsi.
 
Aku pelajar UiTM Perlis, aku memang tak nak belajar disini, ada pengalaman pahit. Dua minggu di Arau, aku masih tidak dapat biasakan diri. Walaupun sudah 3 tahun di sini. Aku rasa keseorangan. Suatu hari, aku menangis. Menangis mengenang rakan-rakan lama. Aku harap aku bersama mereka disaat itu, atau mereka bersama aku disaat itu.
 
Allah beri kita hujan bila kita menangis meminta matahari...
 
 
Aku berusaha menyesuaikan diri dengan rakan kelas terutamanya, dengan rakan serumah juga. Akhirnya, aku mengenali mereka dengan lebih rapat, aku mulai kenal erti senyum, erti gembira, erti bersuka ria. Mulanya, agak malu, alah bisa, tegal biasa. (betul ke?). Aku mulai sayang mereka. Kami rapat macam satu keluarga. 

...rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi..




Terima kasih Allah.

Selamat 2012.


No comments: