Wednesday 6 April 2011

Kaya

Siapa kata kaya tu objektif??
Boleh main bulat-bulat macam dalam exam?

Which definition best matched 'kaya'?
a. Banyak harta pusaka, emas, berlian, iPhone, DSLR
b. Menatang alah yang sapu atas roti tu.
c. Down-to-earth, baik, sopan santun, gadis Melayu-lah.
d. Dipulaukan oleh masyarakat. *Teeeett*. Isu sensitif.

Oke.

a. banyak harta pusaka, emas, berlian, iPhone, DSLR

Ini kononnya, definisi kaya terbaru oleh masyarakat remaja zaman kini. Tang iPhone and DSLR tu la. Tak ramai boleh beli. Ye dak? Aku pun tak boleh beli. Mahai.. Mummy daddy, harapan la nak bagi duit nak beli. Banyak lagi benda boleh guna dengan duit kunun nak beli iPhone & DSLR tu.
Haku pun tak nak. Tak reti guna. Rugi je.
Ini sangat stereotaip oke. Kaya je, berduit. Berwang je kaya. Memang lah. Tak salah. Tapi, ayuh kita tengok definisi kaya yang lain.


Tingkap dalam otak tu, kasi bukak besar-besar. Baru boleh terima udara segar. Wangi busuk belakang cerita. Asyik tengok permandangan indah je, tak dapat rasa udaranya, rugi jugak.


Kau merepek apa ni perempuan???
Maaf. Errr


b. Menatang alah yang sapu atas roti tu.

This type of kaya sangat seronok! Lebih-lebih lagi, bila ia disapu atas roti dan digabungkan dengan planta. Nak nak, ada toaster, kite bako je. Sedap! Ia juga merupakan sarapan haku pada pagi ini. Bersama secawan nescafe. Selepas melakukan yoga..


Motif kau bagitahu pasal yoga ialah???????
Err.. Maaf lagi..


c. Down-to-earth, baik, sopan santun, gadis Melayu-lah.

Hah! Yang ini pula, maksud sangat tersirat.

Kaya budi bahasa. Melayu ni memang, cakap nak tersirat sahaja. Yang cakap direct tu, tak ramai yang berani. Yang berani pun, jaga juga la batas Melayu kita, tak semua orang boleh terima kalau kita cakap direct sangat. Pandai lah jaga hati kawan-kawan. Itu pun haku nak ajar macam mana ke??

Kalau dah makan popia yang dipotong 5, the very last piece tu, tak ada siapa nak ambil, ayat yang akan keluar,
'Kau jangan nak jadi Melayu sangat kat sini.'
Ambil je the last piece, moga-moga dapat suami soleh/isteri solehah? Tak ke untung badan?

Kalau dipuji pula,
'Wehh, terer nye kau buat air, kau lah pembuat air paling dasyat dalam dunia yang bulat ini.. Buat kan satu untuk aku?'
Kawan tu saja ampu malas buat air, yang Melayu ni dah suka, dan dan air kawan haram tak sedap.

Benda ini semua daily life, sebelum bangkang kata aku mengutuk bangsa sendiri, kau tengok sekeliling dulu. Aku tak berani kutuk, kalau aku tak buat benda yang sama.


d. Dipulaukan oleh masyarakat.



Benda dah basi, ada lagi yang gaduh pasal ni. Haku paneh pun tak boleh juga. Aku yang tulis macam ni. Cuba relate-kan post ni dengan komen di atas. Mu pahe dok?
Haku bukan jenis nak gaduh ni, tu pasal tak ada yang attack haku, kawan-kawan pula jadi mangsa. Adoii..
Ni salah haku, haku minta maaf, aku mengaku bersalah, terbelagak tak kena tempat, haku maksud lain, kome fikir satu side je.



Permandangan indah tu satu side yang cantik.
Kalau udaranya segar, bunyi burung berkicauan. Bertambah cantiklah permandangan.
Kalau bau busuk, bunyi tractor tengah buat bangunan 23 tingkat kat sebelah, tak berapa cantik pula permandangan indah itu.
Kau je yang boleh pilih, nak tengok whole picture ke, nak tengok apa yang kau suka je.

No comments: