Monday 17 October 2011

Cikgu

Grandpa, Tuan Haji Abdul Ghani bin Saadom
Daddy, Tuan Haji Razak bin Abdullah
Mummy, Puan Hajah Norlaila binti Abdul Ghani
+ Aunty, Uncle, Cousins, Friends..

Similarities, they are my family, they are teachers.

Saya sangat hormat cikgu, saya seboleh-bolehnya menjaga hati cikgu. Doa cikgu tu berkesan. 

Cikgu orang kedua kita patut hormat selepas ibubapa.

Waktu cuti semester yang lepas, Puan Mummy bersungguh-sungguh menyuruh saya menjadi seorang guru ganti. 

Saya, tolak sekeras-kerasnya. Keputusan dibantah oleh Puan Mummy dan Cik Adik.
Kata Puan Mummy, pengalaman.

Kata Cik Adik, seronok kakaknya menjadi cikgu, nak nak di sekolah yang sama. 

Saya rasa, memikul pangkat seorang cikgu sangat berat. Ya, walaupun hanya sementara.


Saya pandang cikgu seorang yang sangat dihormati, seorang yang tahu segalanya, walaupun kita tahu hakikat sebenar. Seorang yang penuh sopan santun tatasusila. Seorang yang baik zahir batin. Seorang yang cantik luar dalam. Seorang yang matang dan professional.

Saya, tidak mampu memikul semua itu.

Contoh, saya akan berasa sangat keciwa jika melihat cikgu saya menulis status diFB dengan kata-kata kesat. Saya akan berasa keciwa melihat cikgu saya update status dengan ayat cintan-cintun.

Jika saya seorang cikgu, saya belum pasti dapat mengawal jiwa muda ini untuk tidak berlaku demikian.



Selamat bertugas cikgu baru! Cikgu Siddek & Cikgu Adi!

3 comments:

adi.aniki said...

amboi sedas dia bg..
thx aina.
xD

Nena's said...

sedas tu, tadika kat kwsn umh aku dlu2.. adik menangis2 xnak g.. xbes kot?

hahhaa.. selamat bertugas cekgu adi aniki~!

adi.aniki said...

mama awek i kerja sana la
ahaha
xD
thx btw