Showing posts with label alifjandro. Show all posts
Showing posts with label alifjandro. Show all posts

Monday, 9 September 2013

My Melaka Journey

Assalamualaikum dan salam sejahtera hendaknya,


So... Last weekend, saya ke Melaka Bandar Bersejarah. Ini kali ke-2 ke Melaka. Tapi, kata orang Melaka seorang tu, 'Kalau pergi Melaka tak try Coconut Shake Pantai Klebang jangan cakap dah pergi Melaka'. Sedih hati 2 saat. So, rasa tak lokek la pergi Melaka kali ni.


Kita bertolak dari Kuala Lumpur pagi Sabtu. Perjalan mengambil masa 1jam++ kot.. Kita tidur lah. Sampai di Melaka, kita terus ke Taman Buaya dan Rekreasi Melaka. Buaya nya, banyak sangat, besar-besar. Tapi, buaya ni malas eh. Duduk diam je. Selamat la ada satu buaya ni buat show sikit. Terhibur lah hati. Tiket, untuk dewasa RM15. Ok la kot. Kanak-kanak tak tahu. 



Sesudah habis di Taman Buaya, kita pergilah check in di homestay. Homestay kita di Taman Pandan Maju. Cari lah kat Google Map, jenuh tak jumpa (or mine is outdated, tak tahu la pula kan). Nak cari homestay ni, Google je. Homestay ni, kita dapat di Carihomestay.net. Menarik juga website ni. Dah kelaskan ikut negeri, ikut bandar pula. Wow! Harga homestay kita ni, RM170 semalam. Check out pukul 2 petang, tapi kita nak check out lambat, kena tambah sikit la. Lokasi dia, tak jauh cari Pusat Bandaraya and Bandar Dihilir. Bilik ada 3, air cond, washing machine, tv with Astro, fridge, pinggan mangkok. Cantik la. Yang kureng sikit, takde water heater. Wuuwuu. (manje nyew!) Check it out here. Pandan Maju Homestay. 


Rehat-rehat kan badan kejap, segar-segarkan badan juga. Kita keluar untuk sesi malam pula. Dalam pukul 5.30pm kita keluar. Teruslah mencari Coconut Shake yang kononnya famous tu. Guna Google Map, dekat je la dengan rumah. Mula dah runsing da, kenapalah jalan nya jem sangat. Rupanya, benda tu tepi jalan je. Tak tahu lah kalau kita salah coconut shake ke kan. Tapi orang beratur memang panjang. Kita sampai dalam pukul 6pm kat sana. Tengok board, dia kata, tutup 6.30pm. Beratur pun tak panjang. Alhamdulillah, merasa sudah. Harganya, RM2.50 satu. Sedap juga. Merasalah.


Next lagi, kita lunch + dinner at Asam Pedas Claypot Kota Laksamana. Kita bukan orang Melaka kan, katanya Melaka famous asam pedas. Dan tentulah bersepah orang jual asam pedas. Kita tak tahu yang mana best, kita Google je. Top search, Asam Pedas Claypot Kota Laksamana. Kita datang dalam pukul 7pm. meja dah banyak tapi orang tak ramai lagi. Dia punya hassle nak uruskan kedai, gaya macam akan fullhouse. Set dia, nasi putih + asam pedas (boleh pilih ikan), sayur kacang panjang and sambal belacan. Ok la. 3/5 la. Sebab tak pedas sangat and tak masam sangat. Tapi ada ikan pari, faveret!


Dah kenyang, dah makan, kita ke Bandar Di Hilir. Naik River Cruise. Sila bawa MyKad untuk warganegara ye. Boleh dapat tiket harga RM10. Kalau tak RM15. Ada photobooth macam biasa, tapi gambar tak wajib beli pun. Tangkap je gambar, senangkan hati workers tu. Harga gambar RM35 - RM45. Sepanjang rivercruise tu, ada bangunan yang ada painting yang menarik. Cantikk.. and Kampung Morten, pergh! Lawaa.. Oh, duduk depan kat dalam kapal memang menarik, tapi, jangan la duduk depan sangat. Air sungai percik-percik. Ewww.


Dah naik Rivercruise, masa untuk patahkan kaki di Jonker Walk. Macam uptown je, tapi lagi menarik sebab banyak barang and makanan locals. Macam tepat lah pilihan kalau ke Melaka. Harga pun menarik barangannya, tapi takde cash masa tu. Tak beli apa-apa pun. Sedih hati 3 saat.


Keesokkan hari, dah segar, kumpul balik tenaga yang hilang semalam. Kita ke Bandar Di Hilir lagi. Kali ni jalan-jalan dalam bandar je. Seronoknya Melaka, bila dia punya point of attraction are within walking distance. So, Google Map point kan tempat, kita jalan je ke sana. Kita park kereta di Balai Polis Melaka Tengah. Macam jauh, tapi tak. Seriously. Nak parking tengah bandar, memang takde and mahal.

 


Kita mulakan dengan melawat Muzium Seni Bina. Amboi seronok orang seni bina tu. Kita pun seronok, dapat tahu jenis rumah-rumah Malaysia. Menarik. Nak masuk free je. Lagi la menarik. Amboi kedekut. Lepas tu, naik ke St Paul Hill. Makam orang Perancis eh? Lupa lah. Menarik, sebab tinggi and HAMPIR nampak seluruh Melaka. Sejuk juga, angin kan. Kita teruskan berjalan area situ, sampai lapar.


Dalam pukul 2pm, dah lapar. Ada orang cakap asam pedas terbaik ialah Asam Pedas 35 di Bandar Di Hilir. Alhamdulillah lagi, dekat je. Dari Mahkota Parade, dalam 10 minit berjalan je. Kali ni, dia ada lauk lain. Dan ia LEBIH sedap dari Asam Pedas Claypot Kota Laksamana. Pedas dia best, masam dia pun terasa. terliur pula. Lokasinya di Jalan PM 5. Kepada awak yang baca sambil Google Map tak jumpa tu.

Dah kenyang, dah gemuk, jalan lah buang lemak. Kali ni kita mencari cenderahati nak bawa balik. Kita lupa la nama tempat tu. Memang banyak la cenderahati yang menarik hati. Kawan-kawan pun dah dapat. Makanan locals yang mengimbau kenangan lalu pun kita ada beli. Puas hati lah.


Dalam pukul 6 petang, kita check-out homestay tu. Amboi tepat pukul 6pm orang tu dah text tanya, dah keluar belum. Efficient betul. Kita continue berjalan di Bandar Di Hilir dalam kereta saja. Sebab penat. Then kita dinner di Ikan Bakar Parameswara, Medan Ikan Bakar Umbai. Kesian sikit pada restoran di depan tu, takde orang pun, di belakang, penuh. Anyway, saya ni orang Perlis (5 tahun je), compare Umbai and Kuala Perlis, KP lagi best. Harga, Umbai lebih melampau. Bukan mahal sikit tau, MELAMPAU. Untuk menjamin makan best dan mengelak perasaan ditipu, tanya in details sebelum lauk anda dimasak.

That's the end of My Melaka Journey. 

Wednesday, 23 May 2012

Senarai Kesyukuran #1

  1. Saya bersyukur saya dilahirkan didunia ini.
  2. Saya bersyukur saya masih benafas.
  3. Saya bersyukur saya dinamakan Ainaa Hazwani - Mata yang cantik, Pemberianku
  4. Saya bersyukur Mak pilih Hazwani instead of Syazwani, nanti salah eja, mak kata.
  5. Saya bersyukur saya dilahirkan pada 10 Januari. No cantik!
  6. Saya bersyukur saya ada sahabat baek giler, as in, baik dan giler, Puteri Nabila.
  7. Saya bersyukur boyfriend saya Alifjandro Mokhtar.
  8. Saya bersyukur menjadi geng RPA0410.
  9. Saya bersyukur ade yang percaya dan yakin dengan kerja saya. Terima kasih.
  10. Saya bersyukur jerawat jarang tumbuh di pipi
  11. Saya bersyukur saya suka air masak.
  12. Saya bersyukur saya belajar di UiTM Arau, Perlis.
  13. Saya bersyukur saya pandai jaga diri dan tak memalukan ibu bapa.
  14. Saya bersyukur saya tak pandai simpan dendam
  15. Saya bersyukur saya bukan seorang pemarah
  16. Saya bersyukur pointer saya cantik, walaupun bukan 4.00
  17. Saya bersyukur saya ada abang yang baik. Fakhri Azri
  18. Saya bersyukur Family saya unik dan lively.
  19. Saya bersyukur saya reti membaca
  20. Saya bersyukur saya suka membaca
  21. Saya bersyukur saya tak boleh rasa dan nampak entiti.
  22. Saya bersyukur orang yang rapat dengan saya masih di dunia.
  23. Saya bersyukur dengan ketinggian dan berat saya walaupun ramai yang kutuk.
  24. Saya bersyukur ramai kutuk saya - saya dapat lebih pahala
  25. Saya bersyukur saya sempurna tubuh badan dan akal fikiran
  26. Saya bersyukur saya bukan seorang thinker - yang terlalu memikirkan masalah
  27. Saya bersyukur saya boleh let go.
  28. Saya bersyukur saya bukan rich and famous - susah nye nak hidup
  29. Saya bersyukur saya jarang sakit.
  30. Saya bersyukur badan saya tak mengada - tapi, saya mengada
  31. Saya bersyukur saya ada kawan yang boleh dipercayai.
  32. Saya bersyukur saya tak kedekut duit
  33. Saya bersyukur saya berkira duit kepada yang perlu
  34. Saya bersyukur saya dapat JPA (diploma).
  35. Saya bersyukur saya boleh mengawal kemarahan Jue.
  36. Saya bersyukur perasaan touching saya dengan rakan-rakan cepat surut.
  37. Saya bersyukur saya ada perasaan malu
  38. Saya bersyukur Cikgu Kudin dan Madam Izwani percaya saya boleh jadi Pelakon Wanita Harapan dalam Feskum.
  39. Saya bersyukur diberi peluang berlakon Hantu-Hantu Yang Saya Kenali
  40. Saya bersyukur saya reti kawal diri untuk mengungkit.
  41. Saya bersyukur saya tak reti menyakiti hati kawan setelah kawan beri tahu ketidak-suka-an nya terhadap sesuatu
  42. Saya bersyukur Mak pandai pilih baju cantik-cantik, nanti Mak tak nak, saya boleh ambil! =)
  43. Saya bersyukur saya berkulit cerah dan berambut cerah sikit dan kerinting.
  44. Saya bersyukur saya sambung belajar di UiTM Perlis dalam kos International Business
  45. Saya bersyukur saya dapat kawan dalam kelas yang giler happening!!
  46. Saya bersyukur saya dapat kawan yang memahami
  47. Saya bersyukur saya kawan dengan Ayu yang direct sound.
  48. Saya bersyukur saya kawan dengan Sedan yang banyak idea.
  49. Saya bersyukur saya serumah dengan Hana and Wani yang bestttt
  50. Saya bersyukur saya kawan dengan Q yang cantik, baik hati, comel
  51. Saya bersyukur saya kawan dengan Yap, Kecik, Naim, Pak Din yang sangat unik
  52. Saya bersyukur saya bf saya tak mengongkong saya
  53. Saya bersyukur saya cepat tangkap subject
  54. Saya bersyukur saya dapat buat kawan-kawan ketawa


Ni senarai kesyukuran yang dah buat dari Diploma dan baru di post sekarang. Sebab, terlalu banyak yang saya bersyukur, 1 list ain't gonna be enough.. InsyaAllah more lists are coming.

Friday, 2 March 2012

Tolong Decide

Ok. Cerita dia ini macam. Semester baru ni, haku dan rakan-rakan IB seluruh dunia oops Malaysia, yang sama batch of course, yang belajar kat UiTM juga, akan ambil 8 subject dalam masa 4-5 bulan. 

Masalah problem nya la ni. Aku rasa aku tak mampu nak ambil 8 subject tu. Tapiiiiiiiii.....

Deep down inside, aku rasa aku mampu la pulak..

Ok, jom analisa.

Kalau ambil semua subject tu. Kita akan...
  1. Ada cuti semester 2 bulan lebih.
  2. Puasa diwaktu cuti, yang totally boring sebab tak boleh keluar and makan.
  3. Tapi, boleh banyakkan ibadat dibulan puasa, since 'article2 kat facebook' tu cakap? ada baca tak?? -Wani ada baca. tanya dia.
  4. Sangat busy. Jangan tanya kenapa jadi zombie makan buku je.
  5. Peluang untuk dapat Dekan, kena usaha lebih, tapi tak mustahil, sebab ada senior dapat 3.84. Pergh!
  6. Peluang untuk dapat ANC lebih terjamin, provided Dekan juga.
  7. Walaupun begitu juga, saya yang malas membayar hutang prefer ANC sebab tak nak bayar PTPTN yang juga belum apply lagi. FYI, bila kita dapat ANC, PTPTN jadi scholarship, means, tak payah bayar. Weeeeeooooo!!
  8. Save RM400 (RM200/subject) intersesi

Kalau kita tak ambil semua subject. Kita akan...
  1. Tak ada cuti, sebab nak buat intersesi.
  2. Nak buat intersesi di Shah Alam, dengan bestie Nebby.
  3. Bila kat Shah Alam+Nebby+kelas yang tak banyak, kita akan enjoy.
  4. Bila ambil intersesi, peluang untuk dapat A dalam subject yang diambil akan cerah. Sekarang pun dah nampak A walaupun tak tahu subject apa nak ambil.
  5. Walaupun dapat A dalam intersesi, dan Dekan setiap semester, tak ada peluang nak dapat ANC sebab tak ikut arus modanesasi.
  6. Walaupun begitu, menurut Encik Fader Abdullah, 'ANC tak penting, yang penting First Class Degree Honour'
  7. Bulan puasa juga busy dengan kelas dan boleh choose different tempat berbuka yang sedap sebab kengkonon kat Shah Alam/KL banyak tempat makan.
  8. Tapi tak dapat makan masakan ibu tercinta.
Ok 8 point each tak? Perlu lagi ke? Nanti haku update kalau ada lagi yok?

Jemmmmm~Hello Jamilah! =D


Friday, 18 November 2011

Jahat budak jahat

Currently listening to:

Aku sudah serik bercinta
Kerana asyik berakhir dengan kecewa
Tapi sejak hadirnya dia
Semua sistem kawalan kini terdedah

Kepala kata jangan gelojoh
(no)
Hati pula kata pergi (go baby go) 

Benarkah cinta itu buta
Kerana tak nampak apa selain dia
 
Apa agaknya sudah jadi
Pada ikrar untuk tak bercinta lagi
Walaupun belum bersedia
Tapi hatiku mendesak dan menggesa
Aku bagaikan sudah terkena mantera cinta
Dari manakah kau datang menyerang
Diriku yang disangka kebal
Oh jahatnya kamu
 

Engkau penyebab diriku terigau-igau
Kini ku terbayangkanmu hampir setiap waktu
Ku mahu denganmu selalu
Oh jahatnya kamu

Jahat budak jahat

Jahat - Stacy


So wrong yet so true.
Much love.
xoxo

Friday, 11 November 2011

Dasar Perempuan!

 Memang cepat tersentuh dengan perkara-perkara kecil..



Yeap, kami couple yang paling jarang dating.

Encik Alifjandro ________ (3 kata)



Kalau Shaza Shifaa ada benda sweet harini, Ai pun ada. Tahniah PaNaz!

Monday, 7 November 2011

Dinner

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam yang menyambut perayaan ini.

Selamat hari cuti pertengahan semester kepada pelajar ISM UiTM.

Selamat hari cuti minggu terakhir bagi pelajar diploma freshie UiTM.

Selamat hari cuti kedua terakhir kepada pelajar lama diploma UiTM.

Selamat hari cuti beberapa hari kepada para pelajar lain, para tenaga pengajar, penjawat sektor awam dan sektor swasta.

Selamat hari Isnin malam selasa bagi yang lain - lain.

Seperti biasa, cuti ni, memang taklah kau nak cari aku kat Arau sana nun kan. Sudah tentu aku berada di kampung halaman, Ipoh.

I'm Ipoh mali babe.

Tiap kali balik cuti, hati kecil ku meronta-ronta untuk berjumpa dengan beberapa individu ini:

  1. Keluarga ku. Habis, aku nak tidur mana tak jumpa mereka?
  2. Encik BF ku. Note, kami adalah pasangan yang paling jarang ber-dating. Dah 2 minggu berturut-turut aku pulang ke Ipoh, tidak juga bertemu si bF.
  3. Sahabat karib. You know who you are angels.

Usai berjumpa meraka, aku rasa cuti aku sudah cukup sempurna. 

So, UiTM, after Jumaat ni, you can take my cuti away, cause I've met my love ones.

Nota kaki kanan:
Bila rasa gembira tepuk tangan,
Bila rasa bosan, cari matlutfi90.


Sebenarnya ada beza pengorbanan dan kebodohan. Serius. (matlutfi90, 2011)

Friday, 9 September 2011

Day 19: Something You Miss


The Family
Pentipu Besar
FE Crew
RPA Boys
RPA Girls
Crew Siding 113
Truitty


Shaza Shifaa~




p/s: I do not know how to arrange these picture. So, who comes first or last doesn't matter. These is what I missed, I miss, I'll miss. Take care humans!